Thursday, November 24, 2011

PENGENALAN PUSAT RAWATAN WALINUR SYIFA

PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA

Pusat rawatan ini telah beroperasi pada tahun 2000 dan beroperasi sehingga sekarang dalam bidang Perubatan Islam dan juga Rawatan Tradisional. Di sini kami menggunakan teknologi Al-Quran seperti bacaan ayat2 ruqiah, ayat2 syifa, gelombang tenaga zikir dan mengunakan tenaga dalaman yang mana " TIDAK ADA PERANTARAAN JIN, SYAITAN, DAN IBLIS ", untuk merawat sesuatu penyakit samada penyakit zahir mahupun batin serta menggunakan herba-herba dan rempah ratus tertentu.

Penyakit zahir yang dirawat seperti barah, maigrain, mata, telinga, mulut, gagap, tengkuk, resdung, dada, asma, lelah, jantung, hati, buah pinggang, kaki, lutut, sendi, kebas2 jari, saraf, meroyan, gangguan jiwa, dadah, rawatan patah tulang, urut patah tulang, urut terseliuh, dan lain-lain.

Penyakit batin pula seperti sihir, santau, terpukau, tersampuk, sawan, saka, busung, kuwong, gangguan bisikan dari makluk halus, gangguan misteri dan lain-lain lagi. Rawatan rumahtangga dan keluarga seperti suami/isteri curang, masalah dengan madu/bermadu, suami terlalu garang, bengis dan ego , anak2 degil, suka melawan cakap org tua, suka berjalan malam, dan sebagainya.

Rawatan penerang hati dan ada menyediakan pelaris untuk diri, kedai, pejabat, rumah dan lain-lain. Juga ada menyediakan  pendinding diri, pemagar rumah/kedai/pejabat, kebun dari gangguan makhluk halus dan sihir. Kepada sesiapa yang ingin mengetahui sesuatu perkara, boleh menggunakan SCAN, samada dekat ataupun jauh.

Pusat Rawatan kami turut menyediakan rawatan jarak jauh, iaitu pesakit tidak perlu datang atau hadir di pusat rawatan ini. Solat hajat khusus untuk sesuatu perkara dan ada menjual barang2 pelik dan antik seperti batu-batu permata, keris, badik, teras kayu, besi kuning, timah hitam, dan banyak lagi.

Kepada sesiapa yang mempunyai masalah atau penyakit misteri sila berhubung di talian (Ustaz Nazmi) 014-2171141 dan (Pejabat) 017-9092581. Rawatan mandi bunga untuk pelaris, pengasih, penyayang, dan penyeri diri, untuk membuang aura negatif, untuk pulihkan semangat, untuk mendapatkan jodoh dan lain-lain. Masalah zuriat kepada mereka yang telah lama bernikah tetapi masih lagi tidak di kurniakan anak, Insyallah kami boleh membantu. sabda Nabi S.A.W "Setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati" Hadis riwayat muslim. Dan sesuatu perkara yang Allah S.W.T jadikan di atas muka bumi ini ada gunanya dan tidak dijadikan olehnya sia-sia.

ALAMAT : Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa
Lot 2547/A, Kg Kubang Pa'Amin, Kasar, 17000 Pasir Mas, Kelantan.

WAKTU RAWATAN
Khamis - Selasa : 8.30 am - 5.30 pm
Jumaat                :  8.30 am - 6.30pm
Rabu                   : CUTI

PENGASAS USTAZ NAZMI
Tel H/p :  014- 217 1141 / 011-199 80010
Pejabat : 017-909 2581


BERAPAKAH HARGA  RAWATAN DI SINI
  1. Rawatan sihir/santau yang menggunakan Air Kelapa 
  2. Masalah dadah menggunakan rawatan Air Kelapa 
  3. Khidmat nasihat untuk pasangan suami/isteri atau anak-anak.
  4. SCAN untuk mengetahui sesuatu perkara melalui jarak dekat atau jarak jauh.
  5. Rawatan jarak jauh untuk mengetahui sesuatu masalah kerana kesukaran untuk hadir ke klinik.
  6. Solat hajat khusus untuk mengetahui sesuatu perkara
  7. Menangkap makluk halus/jin ataupun saka dirumah / tempat tinggal.

BAGAIMANAKAH CARA RAWATAN DIKENDALIKAN 

LANGKAH PERTAMA :
Setiap individu yang hadir ke klinik perlu mendaftar mengikut nama bin/binti ibu dan diberi nombor rekod di dalam kad pendaftaran secara percuma. Setiap kali pesakit datang dan ingin membuat rawatan perlu membawa kad yang diberikan bagi mempercepatkan urusan dikaunter pendaftaran.

LANGKAH KEDUA:
Tunggu dan nama anda akan di panggil,hanya 2 org sahaja dibenarkan masuk untuk membuat rawatan iaitu pesakit dan peneman.

LANGKAH KETIGA:
Anda akan di scan /membuat pemeriksaan mengenai apakah penyakit anda atau apakah punca penyakit anda.

LANGKAH KEEMPAT:
Membuat rawatan dengan bacaan ruqyah dijalankan selama 15 minit dan lebih mengikut keadaan pesakit.

LANGKAH KELIMA :
Setelah selesai melakukan rawatan, pihak kami akan menyediakan segala barangan keperluan bagi pesakit serta akan diberikan dikaunter pendaftaran. Setiap barang yang diberikan kepada pesakit akan diberi penerangan mengenai cara penggunaannya.

LANGKAH KEENAM :
Jika perlu, pesakit perlulah hadir untuk membuat rawatan susulan yang seterusnya. Pesakit akan diberikan kad pendaftaran, dan tercatit disitu akan tarikh susulan dan masa temujanji bagi pesakit perlu hadir.                                                                                                         

KULIT MAWAS/BIGFOOT

KULIT MAWAS/BIGFOOT BARANG TERHAD  DILARANG COPY IMAGES INI !!! K00001 KEHEBATAN  0502102024250 KEGUNAANYA 👇 KHASIAT INI HAK MILIK WALINUR ...