Tuesday, December 07, 2021

PENYAKIT KANCING GIGI YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / ILMU HITAM

PENYAKIT KANCING GIGI YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / ILMU HITAM




Penyakit kancing gigi ini merupakan penyakit yang mempunyai tanda kekejangan otot yang menyakitkan. Kebiasaanya kekejangan otot ini berlaku pada rahang gigi dan di bahagian otot paha, pernafasan dan belakang badan. Penyakit ini dikatakan penyakit berbahaya sehingga boleh mendatangkan maut jika dibiarkan berpanjangan terutamanya apabila melibatkan kecederaan luar yang berpunca daripada objek runcing, tajam dan berkarat seperti paku, jarum dan serpihan besi. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan penyakit kancing gigi mungkin juga berpunca daripada gangguan makhluk halus, sihir, santau dan ilmu hitam. Contohnya, seseorang itu kerap mengalami kancing gigi ketika tidur waktu malam serta mengalami mimpi-mimpi menakutkan secara berterusan tanpa mengetahui punca yang sebenar. Berikut merupakan tanda-tanda dan punca-punca kepada penyakit kancing gigi :


 TANDA-TANDA :
  • Kelesuan
  • Otot menjadi kejang dan keras sehingga terkancing gigi
  • Sukar mengunyah dan menelan
  • Sukar untuk membuka mulut dan senyum dengan lebar
  • Pengecutan otot yang kuat
  • Membuang air kecil dan besar tidak terkawal
  • Demam panas sehingga berpeluh
  • Rasa panas di dada
  • Rasa seperti ada sesuatu di kawasan tekak
  • Sakit di bahagian belakang dan bawah badan 
  • Sukar tidur malam
  • Sering rasa berdebar secara tiba-tiba
  • Mimpi menakutkan/mengerikan
  • Sering terjaga dari tidur (tidur terkejut)


PUNCA-PUNCA :
  • Terkena objek yang tajam dan runcing (paku, jarum)
  • Objek runcing yang tercemar dan berkarat
  • Virus penyakit ini boleh merebak melalui jangkitan manusia, kuda dan haiwan berdarah panas
  • Terkena angin santau yang dihantar oleh dukun dengan khidmat jin untuk menyeksa atau menyakitkan mangsa
  • Termakan barang pelaris di kedai makan atau tempat yang dikunjungi
  • Terlangkah barang-barang sihir di tempat yang dikujungi secara sengaja atau tidak sengaja


📌Kepada sesiapa yg menghadapi masalah ini, jadi bolehlah datang ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa bagi menyelesaikan masalah anda, in sha allah kami dapat membantu . Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi 0111-9980010 ( PEMBANTU PERUBATAN )  

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

BATU LEKLAI NAGA

 BATU LEKLAI NAGA PANJANG 19 CM LEBAR 11 CM DILARANG COPY IMAGES INI !!! K00001 KEHEBATAN BLN 25021202024750 KHASIAT INI HAK MILIK WALINUR S...