Thursday, November 16, 2017

PENYAKIT TIDAK SEMBUH DISEBABKAN KIFARAH KE ATAS DIRINYA SENDIRI

KIFARAH

Image result for penyakit tidak sembuh akibat dosa

Kifarah adalah balasan Allah di dunia akibat dosa yang dilakukan oleh seorang hambanya, juga ujian-ujian Allah itu boleh berlaku, yang mungkin melibatkan kematian oleh yang dikasihi, kehilangan harta benda ataupun penyait, tidak kira sama ada penyakit tersebut berlaku dalam tempoh masa yang lama ataupun sekejap bergantung kepada ketentuan (qada') illahi atau buat selama-lamanya sehingga mati. Selagi ketentuan (qada') bagi sakit itu belum menepati qada' Allah, maka sakit (kifarah) tadi tidak akan sembuh biarpun pelbagai usaha dilakukan oleh manusia. Jelas di sini membuktikan bahawa ada di antara penyakit itu akan sembuh dengan sendiri biarpun tanpa usaha manusia untuk mendapatkan kesembuhan ataupun tidak akan sembuh biarpun banyak usaha yang telah dilakukan.

Botak (bukan nama sebenar) datang berjumpa dengan Ustaz buat pertama kalinya dalam keadaan dirinya yang agak teruk, wajahnya kusam, pipinya cengkung dan nampak seperti dirinya tidak terurus. Dia memaklumkan kepada Ustaz Nazmi bahawa dirinya sudah berapa kali tidak dapat tidur malam.

Setelah di scan oleh Ustaz Nazmi mendapati yang dirinya ada termakan barangan sihir yang sememangnya ingin ditujukan kepadanya. Ustaz terus membuat rawatan untuk Botak dengan rawatan ruqyah yang di dalamnya menggunakan ayat Al-Quran dan zikir-zikir khusus untuk mengubati penyakitnya ini.

Namun, setelah beberapa kali dirawat, penyakitnya tetap tidak kunjung sembuh walaupun sudah sedikit berkurang. Dek kerana kesiankan si Botak ini, Ustaz Nazmi terus menerus mencuba untuk merawat penyakitnya dan mendapati yang dia disihir atas kesalahan yang dia sendiri buat.

Botak memberitahu bahawa dia pernah mengambil sesuatu yang amat penting dari gurunya yang berbangsa cina dan disebabkan kehilangan barang tersebut gurunya mengupah bomoh cina untuk menyihir si pencuri barangan miliknya itu. Ustaz Nazmi mendengarkan ceritanya ini terus menyarankan agar Botak memulangkan kembali barang tersebut kepada pemiliknya dan memohon maaf atas kelakuannya ini.

Akhirnya, Botak bersetuju dengan nasihat yang diberikan dan memulangkan kembali barang tersebut serta menambah satu lagi barang yang sama yang dibeli dengan duitnya sendiri lalu memohon maaf dari gurunya itu. Alhamdulillah, atas keinsafan yang timbul pada dirinya, Botak kini semakin sembuh dan bisa menjalani kehidupannya seperti sediakala setelah di Ruqyah oleh Ustaz Nazmi sekali lagi.

semua masalah boleh diselesaikan jika diusahakan dengan cara yang betul. Kunjungilah Pusat Rawatan Islam Walinursyifa. Bagi pesakit yang tidak dapat hadir, rawatan jarak jauh turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi) 

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

BATU LEKLAI NAGA

 BATU LEKLAI NAGA PANJANG 19 CM LEBAR 11 CM DILARANG COPY IMAGES INI !!! K00001 KEHEBATAN BLN 25021202024750 KHASIAT INI HAK MILIK WALINUR S...