Thursday, December 07, 2017

TERMAKAN BARANG KOTOR YANG BERUPA SANTAU ATAU SIHIR

TERMAKAN BARANG SIHIR

Image result for termakan barang sihir

Ramuan santau yang telah disiapkan akan dimasukkan secara zahir, samada oleh manusia atau secara ghaib dengan menggunakan bantuan jin yang berkhidmat dengan tukang sihir ke dalam makanan atau minuman. Mereka yang mengambil makanan atau minuman tersebut akan terkena racun santau yang telah dimasukkan tadi.

Santau adalah satu dari cabang sihir di mana amalan ini menggunakan bahan-bahan santau disamping ianya disertai dengan jampi serapah untuk memanggil jin berdamping dengan bahan-bahan santau tersebut.

BAHAN-BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBUAT RACUN SANTAU :
  • Bahan Bisa yang boleh diperoleh daripada bahan untuk membuat racun seperti air lipan bara, bisa ular senduk, bisa ular kapak, bisa katak puru, obor-obor, bisa getah ipuh, buah kacang hantu, bisa akar-akar kayu dan sebagainya
  • Bahan miang/gatal di antaranya ialah seperti miang sembilu buluh, miang tebu, miang rebung, tali guni dan ulat bulu yang masih hidup. Mangsa yang terkena santau ini selalunya akan merasa gatal di tekak, manakala badannya terasa bisa.
  • Bahan pedih (melukakan) yang menyebabkan mangsa merasa pedih apabila terkena santau. Bahan tersebut adalah kaca, mentol lampu, rambut, benang sutera, tali sabut, kuku manusia atau binatang, kelongsong telur ayam, bahan-bahan kotor dari binatang yang telah mati seperti kulit lipas, lipan dan sebagainya
Dalam beberapa kes santau, ada yang boleh membawa kepada maut. Sebelum menemui ajal (dengan izin Allah), mangsa akan menderita akibat kesakitan fizikal tahap kronik seperti batuk berpanjangan, sakit kepala yang kuat, kerosakan jantung, paru-paru, perut, usus, buah pinggang, hati, hempedu, dan juga gangguan emosi.

Keadaan kronik ini akan dihadapi oleh mangsa dalam tempoh yang panjang yang boleh membawa sampai bertahun-tahun. Santau juga boleh dilepaskan secara terbuka di tempat-tempat terbuka seperti di kedai-kedai makan.

Kebanyakan orang yang terkena gangguan makhluk halus samada dalam bentuk sihir, santau, lebih-lebih lagi saka akan keberatan untuk melakukan rawatan, keadaan ini terjadi semata-mata kerana tipu daya dan fitnah syaitan. Sebahagiannya pula tidak mempercayainya.

Sukacita disarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Penyakit sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.

Dapatkanlah rawatan dengan segera. In Syaa Allah kami sedia membantu anda. Rawatan Jarak Jauh untuk pesakit yang tidak dapat datang ke klinik kami turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

BATU LEKLAI NAGA

 BATU LEKLAI NAGA PANJANG 19 CM LEBAR 11 CM DILARANG COPY IMAGES INI !!! K00001 KEHEBATAN BLN 25021202024750 KHASIAT INI HAK MILIK WALINUR S...