Saturday, July 14, 2018

MASALAH ANAK-ANAK DEGIL YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM DAN SAKA

MASALAH ANAK-ANAK DEGIL YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM DAN SAKA



Masalah anak-anak degil ini sering menjadi perbualan hangat bagi kebanyakan ibubapa pada masa kini. Mana tidaknya, jika anak-anak dibawa keluar atau kemana-mana sahaja, mereka akan membuat kacau dan tingkah laku mereka sukar dikawal. Sebagai ibubapa, kita tidak boleh menyalahkan tindakan anak-anak sepenuhnya. Malah kita perlu lihat pada diri kita dahulu sebagai ibubapa kepada mereka. 

Perkara yang paling utama yang perlu diteliti adalah daripada aspek keturunanKeturunan merupakan salah satu punca mereka berkelakuan sedemikian. Misalannya, jika ibubapa mereka seorang yang  berdarah seni, maka tidak hairanlah salah seorang daripada anaknya akan mewarisi kesenian tersebut. Begitu juga dengan penyakit, mungkin penyakit atau perangai/sifat degil itu sendiri turut diwarisi oleh salah seorang daripada anak yang dilahirkan. Punca tersebut perlu dikenalpasti terlebih dahulu sebelum melihat kepada faktor yang lain. 

Faktor yang kedua yang menjadi perbualan kepada permasalahan anak-anak degil adalah daripada gangguan luar iaitu gangguan daripada makhluk halus atau jin
  1. Saka.
  2. Ibubapa mengamalkan ilmu yang salah (ilmu hitam).
  3. Kena santau.
  4. Terlangkah barang sihir sewaktu masuk ke dalam hutan.
  5. Termakan barang sihir.

Senarai faktor di atas akan memberi kesan kepada diri seseorang mahupun anak-anak yang degil secara zahir mahupun batin. Mari kita fahami beberapa TANDA yang boleh dikenalpasti yang berlaku terhadap anak-anak disebabkan atas faktor berikut:-
  • Mengalami gangguan saraf.
  • Masalah kemurungan yang berpanjangan.
  • Kerasukan atau histeria.
  • Sering mengigau atau terjaga sewaktu tidur.
  • Tidur dalam keadaan resah, cemas dan sering terjaga.
  • Kerap menangis / merengek dan ketawa dalam tidur.
  • Mengunyah seperti makan sesuatu ketika mata baru mula terlelap.
  • Takut tanpa sebab seperti ternampak sesuatu yang menakutkan.
  • Mimpi tentang kematian, jatuh dari tempat yang tinggi dan perkara yang menakutkan.
  • Bermimpi melihat binatang berbisa seperti ular, kala jengking dan lain-lain.
  • Sentiasa berada dalam keadaan gelisah, takut, cemas dan gelisah tanpa mengetahui apa puncanya.
Sekiranya ibubapa mendapati anak-anak memiliki simptom-simptom seperti diatas, bawalah mereka berubat dengan segera sebelum ianya berlarutan. Disini kami senaraikan beberapa LANGKAH yang boleh ibubapa lakukan untuk mengatasi masalah anak-anak mereka yang degil:-
  • Sering mengadakan solat berjemaah bagi seluruh ahli keluarga.
  • Makan bersama dengan anak-anak di meja makan ketika sampai waktu makan. (Berjemaah)
  • Tidur bersama. Tidak membiarkan anak-anak keluar pada lewat malam.
  • "Biasakan Yang Betul Dan Betulkan Yang Biasa".
  • Berikan Tumpuan yang secukupnya kepada anak-anak.
  • Cara Berkomunikasi yang betul dan berkesan.
  • Menjadi Teman rapat dan Pendengar yang setia bagi setiap permasalahan mereka.
  • Meluangkan masa yang secukupnya kepada anak-anak.
  • Cara penyediaan makanan yang sihat dan berkat untuk ahli keluarga.
  • Mentarbiyah anak-anak mengikut ajaran Islam yang sebenar.

DOA PELEMBUT HATI (NABI DAUD)

" Ya Allah, Lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi".

Ini adalah antara doa yang boleh digunakan untuk melembutkan hati anak-anak yang degil atau orang yang keras hati. Namun, semua tanda-tanda diatas boleh diselesaikan jika mendapat rawatan mengikut kaedah yang betul. In shaa-Allah dengan izin-Nya. 

Sekiranya masalah anak degil ini tidak dapat diselesaikan dengan langkah yang diberikan, bolehlah bawa anak-anak tuan/puan untuk membuat pemeriksaan di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa. Ditakuti jika anak-anak anda mengalami masalah gangguan makhluk halus/jin seperti yang diceritakan diatas. Kami sedia membantu menyelesaikan masalah yang anda hadapi dengan menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran. Ustaz Nazmi akan memberi khidmat nasihat dan penerangan dengan jelas serta doa-doa dan zikir-zikir tertentu yang sesuai untuk mencegah masalah anak nakal ini 

Selain itu, kami di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa dapat membantu menyelesaikan semua jenis masalah batin yang anda hadapi seperti santau, sihir, saka, dan histeria. Juga membantu dan menyediakan khidmat kaunseling untuk anda yang menghadapi masalah penyakit kronik seperti barah, jantung, hati, batu karang dan lain-lain lagi.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi : 011-19980010 (Ustaz Nazmi)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

BATU LEKLAI NAGA

 BATU LEKLAI NAGA PANJANG 19 CM LEBAR 11 CM DILARANG COPY IMAGES INI !!! K00001 KEHEBATAN BLN 25021202024750 KHASIAT INI HAK MILIK WALINUR S...