Saturday, July 07, 2018

MASALAH SUAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

SUAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB


SETIAP pasangan yang berkahwin mengimpikan sebuah mahligai yang bahagia yang kekal hingga ke akhir hayat. Namun begitu, dewasa ini seringkali dilihat perceraian diguna pakai sebagai satu jalan pintas untuk menamatkan sesebuah konflik. Perceraian adalah sesuatu perkara yang menyedihkan dan akan memberi impak yang cukup besar kepada institusi kekeluargaan terutamanya pasangan yang mempunyai zuriat.  Merujuk kepada statistik Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada tahun 2009, kadar perceraian di kalangan suami isteri Islam di negara ini berlaku dalam tempoh 15 minit. Hal ini sangat membimbangkan kerana peningkatan pasangan bercerai meningkat dari hari ke hari. 

Daripada Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda :

..." أَبْغَضُ اَلْحَلَالِ عِنْدَ اَللَّهِ اَلطَّلَاقُ "

"Perbuatan halal yang dimurkai oleh Allah adalah talak" 


(Riwayat Abu Dawud dan Ibn Majah)

Banyak punca yang menyebabkan kadar perceraian di Malaysia kian meningkat dan salah satunya adalah sikap suami yang tidak bertanggungjawab sebagai pemimpin keluarga dalam mengendalikan rumah tangga. Perkahwinan merupakan satu tanggungjawab, bukan sahaja dari segi agama, malah merupakan tanggungjawab sosial juga. Menjaga kebajikan keluarga dan melindungi mereka daripada perkara-perkara buruk juga adalah antara tanggungjawab yang perlu dipenuhi. Tanggungjawab dalam memberi nafkah kepada isteri dan anak-anak juga terletak di bahu suami.  

Punca mengapa suami mengabaikan tanggungjawab memberi nafkah terhadap isteri :
  • Isteri turut bekerja dalam membantu menambah pendapatan keluarga. 
  • Kurang pengetahuan agama dan undang-undang
  • Keliru dengan keutamaaan
Antara punca lain yang menyebabkan perceraian :
  • Lemah didikan agama
  • Campur tangan orang ketiga
  • Perbezaan budaya
  • Masalah seksual
  • Masalah ekonomi
  • Masalah kerjaya
  • Masalah kesihatan
  • Masalah sosial/akhlak
  • Masalah komunikasi

Daripada Ibn Umar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud :

" Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya terhadap kepimpinannya, ketua adalah pemimpin dan akan ditanya terhadap kepimpinannya, kaum lelaki adalah pemimpin kepada keluarganya dan akan ditanya terhadap kepimpinannya, wanita adalah pemimpin dalam rumah tangga suaminya dan akan ditanya terhadap kepimpinannya, orang suruhan (hamba) adalah pemimpin (penjaga) harta tuannya dan dia juga akan ditanya terhadap penjagaannya."
 (Riwayat Al-Bukhari)

Dalam hadis ini menyebut tentang peranan masing-masing yang bertanggungjawab dalam setiap kepimpinannya. Tanggungjawab berat yang digalas oleh seorang suami dan juga bapa kepada anak-anak dalam keluarga juga akan ditanya kelak akan kepimpinannya. Oleh itu, suami jangan memandang enteng berkenaan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Seorang suami yang bertanggungjawab akan sedar akan peranannya dalam memastikan keharmonian rumah tangga supaya sentiasa terjaga. 

Antara ciri-ciri suami yang bertanggungjawab :
  • Sentiasa menerapkan nilai islam dalam kehidupan keluarga
  • Bersikap bijak dan tegas
  • Matang dalam membuat keputusan 
  • Suami yang rajin
  • Taat kepada ibu bapanya
Jika anda mengalami masalah rumahtangga atau pasangan anda tidak menjalankan kewajipan sebagai suami dengan betul, anda bolehlah kunjungi Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan yang harus dijalani di Lot 2547/A Kg.Kubang Pa'Amin Kasar 17000 Pasir Mas, Kelantan.

Selain itu, kami di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa juga merawat semua jenis penyakit batin yang anda hadapi seperti santau, sihir, saka, dan histeria. Juga menyediakan khidmat kaunseling dan membantu menyelesaikan masalah anda yang menghidapi penyakit kronik.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi : 011-19980010 (Ustaz Nazmi)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

BATU LEKLAI NAGA

 BATU LEKLAI NAGA PANJANG 19 CM LEBAR 11 CM DILARANG COPY IMAGES INI !!! K00001 KEHEBATAN BLN 25021202024750 KHASIAT INI HAK MILIK WALINUR S...