Thursday, July 05, 2018

MASALAH TEKANAN DITEMPAT KERJA

MASALAH TEKANAN DITEMPAT KERJA 





Mungkin ramai diantara kita yang masih tidak sedar akan kepentingan kesihatan mental di tempat kerja. Apa yang turut dibimbangkan, impak tekanan psikologi di tempat kerja adalah bersifat menyeluruh dan berpanjangan. Jika masalah ini tidak dibendung dengan segera, maka akan terjadinya kesan-kesan yang dapat kita lihat samada terhadap pekerja itu sendiri mahupun syarikat. Ia juga turut mengurangkan produktiviti dan akan memberikan kos tambahan kepada majikan. Terdapat pelbagai masalah yang dialami oleh pekerja yang dapat dikenalpasti.

Mari kita fahami faktor-faktor yang boleh mendorong kepada tekanan yang serius ditempat kerja dan langkah untuk mengatasinya :-
  1.  Pengurusan dan organisasi
  • Masalah ini menjadi utama kerana pekerja semestinya kena berhadapan dengan majikannya. Jika majikan terlalu memberi tekanan atau beban terhadap pekerja, hal ini akan membuatkan pekerja berasa stress dan kurang minat untuk menjalankan tugas yang diamahkan dengan sempurna. Selain itu juga, tiada sokongan daripada pengurusan atau organisasi juga menyebabkan tekanan ditempat kerja. Oleh yang demikian, majikan seharusnya memberi pujian atau sokongan kepada para pekerjanya dan tidak memberikan tekanan yang melampau. Perkara sedemikian dapat memberi peluang kepada pekerjanya untuk membuat sesuatu tugasan dengan baik serta hati yang tenang dan terbuka.
      2. Hubungan dengan rakan sejawat
  • Hubungan dengan rakan sejawat juga akan memberi kesan terhadap tumpuan semasa bekerja. Perkara ini penting untuk diambil perhatian kerana melalui komunikasi yang tidak berkesan akan menyebabkan terjadinya masalah buli ditempat kerja. Selain itu juga, gangguan emosi juga akan membuatkan kita berasa tidak selesa dan tidak senang untuk memberikan sepenuh perhatian terhadap pekerjaan. Oleh yang demikian, hubungan antara pekerja dan hubungan dengan majikan perlu dijaga. Majikan perlulah mengambil berat terhadap masalah dan kebajikan pekerjanya untuk melahirkan suasana kerja yang kondusif dan efektif.
      3. Persekitaran yang tidak selesa
  • Suasana persekitaran yang tidak terkawal seperti pekerja berbual dengan suara yang kuat, keadaan yang panas dan sempit akan memberikan impak yang negatif kepada organisasi. Tekanan sebegini berlaku menyebabkan kerana pekerja tidak selesa untuk bekerja dan berada dalam tekanan. Jika hal sebegini berlaku, prestasi kerja akan mulai merosot dan merudum. Oleh yang demikian, majikan perlulah menyediakan tempat yang kondusif kepada pekerjanya supaya dapat mengembalikan semangat (mood) pekerja untuk bekerja dalam keadaan yang selesa dan gembira. Seterusnya, masalah yang berlaku dalam tempat kerja dapat dikurangkan dan pekerja turut kurang mengalami sebarang tekanan(stress).                                                                                                             
Jika anda inginkan keterangan lanjut berkaitan kaedah rawatan masalah tekanan ditempat kerja boleh kunjungi Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa untuk mendapatkan penjelasan daripada Ustaz Nazmi sendiri. 

Selain itu, kami di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa merawat semua jenis masalah batin yang anda hadapi seperti santau, sihir, saka, dan histeria. Juga membantu dan menyediakan khidmat kaunseling untuk anda yang menghadapi masalah penyakit kronik seperti barah, jantung, hati, batu karang dan lain-lain lagi.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi : 011-19980010 (Ustaz Nazmi)


No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

BATU LEKLAI NAGA

 BATU LEKLAI NAGA PANJANG 19 CM LEBAR 11 CM DILARANG COPY IMAGES INI !!! K00001 KEHEBATAN BLN 25021202024750 KHASIAT INI HAK MILIK WALINUR S...