Pusat rawatan ini telah beroperasi pada tahun 2000 dan beroperasi sehingga sekarang dalam bidang Perubatan Islam dan juga Rawatan Tradisional. Di sini kami menggunakan teknologi Al-Quran seperti bacaan ayat2 ruqiah, ayat2 syifa, gelombang tenaga zikir dan mengunakan tenaga dalaman yang mana " TIDAK ADA PERANTARAAN JIN, SYAITAN, DAN IBLIS ", untuk merawat sesuatu penyakit samada penyakit zahir mahupun batin serta menggunakan herba-herba dan rempah ratus tertentu.
Penyakit zahir yang dirawat seperti barah, maigrain, mata, telinga, mulut, gagap, tengkuk, resdung, dada, asma, lelah, jantung, hati, buah pinggang, kaki, lutut, sendi, kebas2 jari, saraf, meroyan, gangguan jiwa, dadah, rawatan patah tulang, urut patah tulang, urut terseliuh, dan lain-lain.
Penyakit batin pula seperti sihir, santau, terpukau, tersampuk, sawan, saka, busung, kuwong, gangguan bisikan dari makluk halus, gangguan misteri dan lain-lain lagi. Rawatan rumahtangga dan keluarga seperti suami/isteri curang, masalah dengan madu/bermadu, suami terlalu garang, bengis dan ego , anak2 degil, suka melawan cakap org tua, suka berjalan malam, dan sebagainya.
Rawatan penerang hati dan ada menyediakan pelaris untuk diri, kedai, pejabat, rumah dan lain-lain. Juga ada menyediakan pendinding diri, pemagar rumah/kedai/pejabat, kebun dari gangguan makhluk halus dan sihir. Kepada sesiapa yang ingin mengetahui sesuatu perkara, boleh menggunakan SCAN, samada dekat ataupun jauh.
Pusat Rawatan kami turut menyediakan rawatan jarak jauh, iaitu pesakit tidak perlu datang atau hadir di pusat rawatan ini. Solat hajat khusus untuk sesuatu perkara dan ada menjual barang2 pelik dan antik seperti batu-batu permata, keris, badik, teras kayu, besi kuning, timah hitam, dan banyak lagi.
Kepada sesiapa yang mempunyai masalah atau penyakit misteri sila berhubung di talian (Ustaz Nazmi) 014-2171141 dan (Pejabat) 017-9092581. Rawatan mandi bunga untuk pelaris, pengasih, penyayang, dan penyeri diri, untuk membuang aura negatif, untuk pulihkan semangat, untuk mendapatkan jodoh dan lain-lain. Masalah zuriat kepada mereka yang telah lama bernikah tetapi masih lagi tidak di kurniakan anak, Insyallah kami boleh membantu. sabda Nabi S.A.W "Setiap penyakit ada ubatnya kecuali tua dan mati" Hadis riwayat muslim. Dan sesuatu perkara yang Allah S.W.T jadikan di atas muka bumi ini ada gunanya dan tidak dijadikan olehnya sia-sia.
- Rawatan sihir/santau yang menggunakan Air Kelapa
- Masalah dadah menggunakan rawatan Air Kelapa
- Khidmat nasihat untuk pasangan suami/isteri atau anak-anak.
- SCAN untuk mengetahui sesuatu perkara melalui jarak dekat atau jarak jauh.
- Rawatan jarak jauh untuk mengetahui sesuatu masalah kerana kesukaran untuk hadir ke klinik.
- Solat hajat khusus untuk mengetahui sesuatu perkara
- Menangkap makluk halus/jin ataupun saka dirumah / tempat tinggal.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.