Friday, September 09, 2022

PETUA HILANGKAN KETAGIHAN TERHADAP SYABU

 PETUA HILANGKAN KETAGIHAN TERHADAP SYABU

gambar hiasan, sumber: berita.rtm.gov.my

Syabu atau methamphetamine adalah sejenis dadah perangsang yang dihasilkan dari bahan prekursor seperti ephedrine, pseudoephedrine dan phenylpropanolamine. Selepas kawatan ketat dikenakan ke atas prekursor, para pengilang haram mula mencuba resipi baru iaitu dengan menggunakan bahan-bahan lain yang berbahaya seperti asid bateri dan pencuci longkang. Syabu boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu gred satu (berwarna putih kristal), gred dua (berwarna putih kemerahan) dan gred tiga. Dadah jenis ini digemari oleh para penagih disebabkan oleh rasa euforia iaitu rasa gembira atau seronok yang diberikan. Selain itu, syabu membuatkan pengguna rasa lebih bertenaga, hilang rasa mengantuk, meningkatkan tumpuan serta pengurangan selera. Rata-rata penagih dadah jenis ini menghadapi kesukaran untuk berhenti setelah 'terkena' penangan syabu. Terdapat beberapa petua yang boleh dilakukan untuk membantu menghilangkan rasa ketagihan terhadap syabu:

PETUA HILANGKAN KETAGIHAN TERHADAP SYABU
  • Berterus terang dengan orang yang boleh membantu.
  • Jauhi aktiviti yang boleh memudaratkan keselamatan dan kesihatan diri ketika sedang merawat atau menahan ketagihan.
  • Jauhi golongan yang masih mengamalkan penyalahgunaan dadah.
  • Jauhi faktor risiko pencetus stres.
  • Amalkan diet dan gaya hidup yang sihat.
  • Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi.
  • Hadir ke pusat pemulihan penagihan.
  • Cuba alternatif lain seperti perubatan tradisional atau rawatan Islam.
Sekiranya anda mengalami masalah seperti yang disebut atau mempunyai masalah lain dan sedang mencari penyelesaian, anda boleh datang ke Pusat Rawatan Walinur Syifa atau hubungi kami di nombor +601119980010 (Pembantu Perubatan). Anda juga boleh klik pautan ๐Ÿ‘‰ WhatsApp.

GANGGUAN MAKHLUK HALUS DALAM RUMAH

GANGGUAN MAKHLUK HALUS DALAM RUMAH

gambar hiasan, sumber: mstar.com.my

Kisah-kisah rumah berhantu dan 'berpenghuni' tidak asing bagi masyarakat kita. Rumah atau bangunan yang ditinggalkan dalam tempoh yang lama kebiasaannya disebut sebagai 'keras' dan dianggap mempunyai penumpang yang tidak dapat dilihat dengan mata zahir. Bagaimana pula dengan rumah yang sedang didiami? Adakah kemungkinan wujudnya gangguan makhluk halus di dalam rumah yang sentiasa berpenghuni? Berikut dikongsikan tanda-tanda adanya gangguan makhluk halus di dalam rumah.

  1. Sering berasa seolah-olah diperhatikan
  2. Terdapat kesan lebam pada tubuh badan setelah bangun dari tidur
  3. Sering terdengar bunyi-bunyi pelik
  4. Tercium bau yang terlampau busuk atau wangi tanpa diketahui punca
  5. Terdengar bunyi seperti suara orang sedang mengilai dan menangis
  6. Sering mengalami gangguan ketika tidur
  7. Sering mengalami mimpi buruk dan aneh
  8. Berasa sakit-sakit pada tubuh badan ketika berada di dalam rumah
  9. Bayi suka meragam ketika berada di dalam rumah
  10. Kerap kehilangan barang atau wang di dalam rumah
  11. Objek bergerak dengan sendiri atau berubah tempat seolah-olah dialihkan
  12. Kerap berasa seram sejuk atau panas ketika berada di dalam rumah
  13. Ternampak kelibat bayang-bayang di sekitar rumah
KAWASAN YANG SERING DIKAITKAN DENGAN MAKHLUK HALUS
  • bilik mandi
    • pastikan ruang bilik mandi sentiasa bercahaya dan mempunyai sistem peredaran udara yang baik
  • bilik kosong
    • elakkan ruang atau bilik kosong dibiarkan tidak berpenghuni dalam tempoh masa yang lama
  • tempat yang gelap, kotor dan lembap
    • pastikan ruang seperti stor simpanan dijaga dan dibersihkan dengan kerap
  • kawasan taman
    • pastikan kawasan taman kemas dan bebas dari semak samun
  • loteng
    • elakkan kawasan loteng dibiarkan tanpa sebarang pemantauan
Sekiranya anda mengalami masalah seperti yang disebut atau mempunyai masalah lain dan sedang mencari penyelesaian, anda boleh datang ke Pusat Rawatan Walinur Syifa atau hubungi kami di nombor +601119980010 (Pembantu Perubatan). Anda juga boleh klik pautan ๐Ÿ‘‰ WhatsApp.

BATU LEKLAI NAGA

 BATU LEKLAI NAGA PANJANG 19 CM LEBAR 11 CM DILARANG COPY IMAGES INI !!! K00001 KEHEBATAN BLN 25021202024750 KHASIAT INI HAK MILIK WALINUR S...