Showing posts with label MASALAH RUMAH TANGGA. Show all posts
Showing posts with label MASALAH RUMAH TANGGA. Show all posts

Thursday, December 28, 2017

RUMAH-RUMAH YANG SUKA DIDIAMI OLEH MAKHLUK JIN

RUMAH-RUMAH YANG JIN SUKA UNTUK TINGGAL DI DALAMNYA

Image result for rumah yang didiami jin

Sesungguhnya Allah menciptakan manusia sebagai khalifah di muka bumi. Namun, bukanlah hanya manusia yang hidup di atas bumi ciptaanNya. Siapa kira, disamping kita selesa dan bahagia saat mendiami penempatan yang kita duduki terdapat makhluk lain yang turut sama menumpang. Jadi, bagaimana untuk kita mengenal pasti kehadiran makhluk-makhluk yang tidak bisa dilihat oleh mata kasar kita sendiri. Hari ini kami akan akan berkongsia serba sedikit berkaitan rumah-rumah yang suka didiami oleh makhluk jin dan tanda-tanda rumah tersebut mempunyai gangguan makhluk halus.


RUMAH-RUMAH YANG SUKA DIDIAMI OLEH MAKHLUK JIN :
  • Rumah yang didirikan di atas kawasan yang ada mata air. Jin amat menyukai mata air yang tidak pernah kering walaupun di musim kemarau
  • Rumah yang didirikan di atas kawasan perkuburan. Tidak kira kubur itu kubur baru atau lama. Atau mungkin pernah ditanam mayat yang mati dibunuh di kawasan tanah tersebut
  • Rumah yang didirikan di atas tapak yang pernah menjadi tempat pembuangan jin-jin
  • Rumah yang didalamnya menyimpan tangkal sihir, objek sihir, atau tangkal azimat termasuk keris lama yang berpenunggu
  • Rumah yang didiami oleh orang yang memiliki saka
  • Rumah yang didalamnya berlaku amalan kesyirikan
  • Rumah yang dibina diatas tapak yang menjadi tempat laluan jin seperti laluan keluar masuk jin daripada alam jin ke alam manusia atau sebaliknya
  • Rumah yang telah disihir iaitu rumah yang diletakkan atau ditanamkan objek sihir di bawahnya oleh manusia yang berniat jahat
  • Rumah yang penghuninya ada mengamalkan amalan sihir
  • Rumah yang dimasuki oleh jin liar dengan cara mengikut seseorang semasa pulang ke rumah, tambah-tambah lagi rumah itu sudah lama tidak diperdengarkan suara azan, bacaan ayat Al-Quran serta zikir dan sebagainya
ANTARA TANDA-TANDA RUMAH ITU MEMPUNYAI PENGHUNI DARI MAKHLUK JIN:
  • Sering berlaku pertengkaran sesama sendiri di kalangan penghuni rumah itu dan terlalu emosional tanpa sebab
  • Sering merasakan seperti ada kelibat yang sedang memerhatikan atau sering melihat bayangan yang aneh
  • Sering mendengar suara aneh selepas tibanya waktu maghrib sehingga sebelum masuknya fajar
  • Barang-barang sering hilang atau berpindah tempat
  • Rumah kelihatan gelap dan suram walaupun diterangi cahaya lampu
  • Ada suara seperti dilemparkan sesuatu ke arah pintu, tingkap, dinding, siling dan juga atap
  • Dan pelbagai jenis tanda lain yang berkait dengan gangguan makhluk halus

Kebanyakan orang yang terkena gangguan makhluk halus sama ada dalam bentuk sihir, santau, lebih-lebih lagi saka akan keberatan untuk melakukan rawatan, keadaan ini terjadi semata-mata kerana tipu daya dan fitnah syaitan. Sebahagiannya pula tidak mempercayainya.

Sukacita disarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan, seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Masalah sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.


Sesiapa yang mengalami pelbagai jenis penyakit yang tidak dapat dirawat oleh perubatan moden bolehlah datang ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa, insyaallah kami dapat membantu untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi 0111-9980010 (PEMBANTU PERUBATAN) atau boleh datang ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa. 


Sunday, December 24, 2017

SIHIR PELALAU / PENGHALANG

SIHIR PELALAU / PENGHALANG

Image result for sihir pelalau

Sihir pelalau merupakan satu sihir bagi menghalang mangsa dari mencari rezeki sama ada di tempat kerja / pejabat atau premis perniagaan, rezeki berupa jodoh perkahwinan serta rezeki dari segi maju dalam pembelajaran. Semua usaha untuk mencari rezeki-rezeki ini terhalang tanpa sebab yang munasabah.

4 JENIS SIHIR PELALAU ATAU SIHIR PENGHALANG :
  • Sihir pelalau perniagaan
    • menyebabkan perniagaan mengalami kerugian yang besar atau mungkin tiada pelanggan dalam tempoh yang berterusan
  • Sihir pelalau pekerjaan
    • mengakibatkan seseorang tidak memberikan tumpuan yang konsisten dalam pekerjaannya dan meyebabkan kerugian pada syarikat
  • Sihir pelalau pembelajaran
    • anak-anak menjadi lalai dalam pembelajaran dan akhirnya tidak lulus peperiksaan atau berhenti sekolah
  • Sihir pelalau perkahwinan / pertunangan
    • Menghalang mangsa untuk berkahwin atau bertunang
SIMPTOM-SIMPTOM TERKENA SIHIR PELALAU PERNIAGAAN :
  • Pelanggan seolah-olah tidak nampak atau tidak perasan akan kedai atau premis perniagaan yang dilindung dengan sihir pelalau.
  • Tempat perniagaan tidak ada daya tarikan
  • Makanan yang dihidangkan di kedai makan yang terkena sihir pelalau cepat basi atau rosak, biarpun baru dimasak
  • Pelanggan sakit perut selepas makan dari kedai makan tertentu
  • Mangsa akan berasa tidak semangat untuk berniaga, kuat mengantuk, rasa malas, takut, gelisah dan sakit badan semasa berada di premis perniagaan mereka
SIMPTOM-SIMPTOM TERKENA SIHIR PELALAU PEKERJAAN :
  • Mangsa berasa malas di pejabat, mengantuk yang berpanjangan, resah dan gelisah di tempat kerja
  • Hilang fokus pada kerja
  • Tidak disenangi oleh kawan-kawan di tempat kerja
  • Pencapaian terhadap kerja merosot dan mangsa mempunyai semangat yang rendah untuk berkerja
SIMPTOM-SIMPTOM TERKENA SIHIR PELALAU PERKAHWINAN :
  • Hilang keinginan atau terkunci nafsu untuk berkahwin walaupun tarikh cadangan yang sepatutnya mereka berkahwin sudah dekat
  • Menyebabkan halangan untuk meneruskan pertunangan atau perkahwinan
  • Sihir ini membuatkan mangsa murung, tidak bermaya, pendiam dan menyendiri
  • Berlaku pertengkaran dan pergaduhan selepas bertunang atau berkahwin.
Kebanyakan orang yang terkena gangguan makhluk halus samada dalam bentuk sihir, santau, lebih-lebih lagi saka akan keberatan untuk melakukan rawatan, keadaan ini terjadi semata-mata kerana tipu daya dan fitnah syaitan. Sebahagiannya pula tidak mempercayainya.

Sukacita disarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Penyakit sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.

Dapatkanlah rawatan dengan segera. In Syaa Allah kami sedia membantu anda. Rawatan Jarak Jauh untuk pesakit yang tidak dapat datang ke klinik kami turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi)

Friday, December 22, 2017

TANDA-TANDA SESEORANG ITU MEMILIKI SAKA

TANDA-TANDA SESEORANG ITU MEMILIKI SAKA

Image result for tanda-tanda seseorang itu mempunyai saka

Saka adalah jin yang berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia itu. Ianya berlaku sama ada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya.

Saka juga dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.

ANTARA TANDA-TANDA SESEORANG ITU MEMILIKI SAKA :
  • Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi
  • Selalu bermimpi berada di awangan
  • Sering bermimpi dikejar binatang buas atau dipatuk ular
  • Kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang
  • Mimpi menyusukan anak (mendukung atau melihat dikira petanda yang sama)
  • Ada lebam pada tubuh setelah bangun dari tidur
  • Rumah tangga sering bermasalah, sering bertengkar dalam perkara kecil dan anak-anak menjadi degil
  • Berdebar-debar tanpa sebab
  • Sakit-sakit pada sendi, pinggang dan buku lali walaupun perubatan moden tidak dapat mengesahkan apa penyakitnya
MEREKA YANG MENJADI SASARAN SAKA :
  • Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya
  • Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama
  • Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa
  • Anak cucu yang lemah mental dan fizikalnya

Sukacita disarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Masalah sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.

Dapatkanlah rawatan dengan segera. In Syaa Allah kami sedia membantu anda. Rawatan Jarak Jauh untuk pesakit yang tidak dapat datang ke klinik kami turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 0111-9980010 (Ustaz Nazmi)

Thursday, December 21, 2017

HILANGNYA PERASAAN KASIH SAYANG YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM DAN SAKA

HILANG PERASAAN KASIH SAYANG YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM DAN SAKA


Pernikahan merupakan sebuah ikatan suci yang terjadi kerana adanya keinginan dan daya tarikan diantara lelaki dan perempuan secara berasingan. Kehidupan berumah tangga yang harmoni hanya dicetuskan oleh unsur kasih sayang. Namun, tidak semua mampu untuk mempertahankan cintanya kepada seseorang kerana kasih sayang yang semakin pudar.

Oleh sebab itu, cinta dikatakan mempunyai sifat yang turun naik dan tidak statik. Malah lebih sesuai disebut sebagai sifat yang dinamik. Namun, apakah punca pudarnya perasaan kasih sayang di dalam sesebuah percintaan itu?

ANTARA PENYEBAB HILANGNYA PERASAAN KASIH SAYANG :

  • Cemburu berlebihan yang boleh menyebabkan kurangnya rasa percaya kepada pasangan
  • Timbulnya rasa cinta terhadap orang lain selain pasangan dan menyebabkan ketidak setiaan dalam berumah tangga atau kehadiran bekas kekasih si suami mahupun isteri
  • Sering berlaku pertengkaran dan perselisihan dalam hubungan suami isteri atau ada berlaku ketidak jujuran dari mana-mana pihak
  • Terlampau sibuk sehingga mengabaikan tanggungjawap terhadap isteri atau sebaliknya
  • Kurang berkomunikasi sesama sendiri sehingga suasana dalam berumah tangga itu menjadi suram
  • Disihir dengan sihir pemisah suami isteri (At-Tafriq). Mana-mana pasangan yang terkena sihir ini akan mengalami semua situasi di atas
TANDA-TANDA PERASAAN KASIH SAYANG SEMAKIN PUDAR :
  • Timbul rasa kurang menarik saat bersama
  • Mula merasa selesa dengan orang lain dan banyak menghabiskan masa dengan mereka berbanding keluarga
  • Jarang melakukan hubungan tidak kira berupa aktiviti di ranjang mahupun sentuhan fizikal seperti bersalaman atau mencium dahi isteri
  • Berasa kurang dalam apa jua perbuatan yang dilibatkan bersama seperti berasa keseorangan walaupun sedang berjalan berdua-duaan bersama pasangan
  • Selalu memburukkan pasangan di depan kawan-kawan mahupun secara langsung
Sukacita disarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Masalah sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.

Dapatkanlah rawatan dengan segera. In Syaa Allah kami sedia membantu anda. Rawatan Jarak Jauh untuk pesakit yang tidak dapat datang ke klinik kami turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi)

Thursday, December 07, 2017

GANGGUAN MAKHLUK HALUS PADA BAYI DAN WANITA MENGANDUNG

GANGGUAN MAKHLUK HALUS PADA BAYI DAN WANITA HAMIL

Image result for GANGGUAN MAKHLUK HALUS PADA BAYI

Jin dan syaitan memang suka mengganggu bayi atau anak serta ibu yang sedang hamil kerana mereka tidak suka akan kelahiran khalifah baru ke dunia. Secara amnya, ada sejenis jin yang disebut sebagai 'Ummu Sibyan'.

Tugas mereka dalah untuk mengganggu bayi yang baru dilahirkan dan kanak-kanak (biasanya kurang dari 2 tahun) serta wanita yang mengandung.

Jin Ummu Sibyan juga boleh mengikat rahim wanita serta mencuba untuk membunuh bayi yang masih dalam kandungan seperti yang diceritakan dalam kisah "Jin Ummu Shibyan Dengan Nabi Sulaiman", mereka berkata yang ia dapat masuk ke dalam rahim wanita dan mengikat rahimnya serta menyumbat dengan tujuan agar kaum itu tidak mengandung.

TANDA-TANDA BAYI TERKENA GANGGUAN JIN :
  • Mata bayi akan melilau melihat sekeliling ke kiri dan ke kanan
  • Menangis dalam keadaan takut, seolah-olah dalam kesakitan yang teramat, meraung-raung tetapi tiada air mata
  • Tidur dalam keadaan yang terkejut-kejut, mengigau sambil mengatip gigi berulang kali, tidur di selang seli dengan tangisan
  • Demam panas yang berulang-ulang pada masa tertentu terutama selepas asar hingga ke waktu subuh
TANDA-TANDA WANITA MENGANDUNG YANG TERKENA GANGGUAN JIN :
  • Sesak dada terutama selepas waktu asar yang berlarutan hingga ke waktu malam
  • Kusut fikiran
  • Sakit di bahagian tulang-tulang belakang
  • Gangguan pada tidur seperti mimpi yang menakutkan dan sering terkejut dari tidur
Namun, semua masalah ini boleh diselesaikan sekiranya diusahakan dengan cara dan ikhtiar yang betul. Kunjungilah Pusat Rawatan Islam Walinursyifa. Bagi pesakit yang tidak dapat hadir, rawatan jarak jauh turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Kami juga ada menyediakan khidmat nasihat dan kaunseling untuk para ibu yang sedang hamil. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi) 

Tuesday, December 05, 2017

MILIK SIAPAKAH ANAK-ANAK SELEPAS BERCERAI ?

MASALAH DALAM HAK PENJAGAAN ANAK

Related image

Di sini kami ingin menceritakan satu kisah di mana ada sepasang suami isteri yang bercerai dan anak mereka kesemuanya dijaga oleh si bapa. Si ibu datang ke Pusat Rawatan kami dan menyatakan hasrat untuk mengambil 2 daripada 4 anaknya untuk dijaga. Namun, si suami seolah-olah enggan kerana ada sekatan dari ibu kepada si suami ini yang menghalang dia untuk menyerahkan anak-anak itu kepada si suami.

Si isteri yang bernama Aminah (bukan nama sebenar) meminta Ustaz Nazmi untuk membuat air pelembut hati dan solat hajat khusus untuk melembutkan hati si suami, Amir (bukan nama sebenar) dan meminta untuk scan sikap suaminya terhadap anak-anak. Ternyata Amir telah diberi makan barang kotor yang berupa sihir oleh wanita lain untuk terus membenci Aminah dan tidak menghiraukan hak yang sepatutnya diperolehi selepas bercerai.

Di dalam Islam, Rasulullah S.A.W sering menekankan bahawa ibu lebih berhak mendapat hak penjagaan ke atas anaknya. Pengorbanan ibu itu lebih mulia apabila mempertaruhkan nyawanya sendiri bagi meneruskan zuriat kaumnya.

Si ibu merupakan orang yang paling berhak untuk menjaga anak-anaknya sehingga umur anak-anak itu mencapai tahap mumayyiz (7 Tahun)

Namun begitu, ada beberapa syarat yang ditetapkan oleh undang-undang bagi menentukan seseorang itu layak atau tidak untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak kecil. Antaranya ialah :
  • Dia seorang Islam
  • Dia sempurna akal
  • Dia berumur yang melayakkan dia memberikan kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu
  • Dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiyyah
  • Dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani

Masalah sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.

Sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dalam rumah tangga tidak kira masalah yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus atau sebagainya. Kunjungilah Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa untuk menyelesaikan masalah anda. 

Kami sedia membantu dalam merawat masalah yang berkaitan dengan gangguan mistik dan perkhidmatan kauseling juga disediakan bagi mereka yang memerlukan. Kos rawatan dan perkhidmatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi)





Monday, December 04, 2017

TERSESAT DI ALAM BUNIAN SEMASA MENDAKI GUNUNG STONG

TERSESAT DI ALAM BUNIAN

Image result for ALAM BUNIAN
[GAMBAR SEKADAR HIASAN]

Bunian adalah sejenis makhluk halus dari golongan jin. Mereka tidak mempunyai jasad dan diciptakan dari api. Kebiasaannya mereka terdiri dari golongan jin Islam. Mereka juga mempunyai budaya setempat, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia tetapi tidaklah sempurna seperti wajah dan tubuh badan manusia.

Pada posting kali ini kami ingin berkongsi serba sedikit kisah sepasang suami isteri yang datang ke pusat rawatan kami untuk mengesan keberadaan anak mereka yang hilang selama dua minggu di Gunung Stong. Dipercayai anak mereka didapati hilang semasa melakukan aktiviti untuk turun dari puncak Gunung Ayam ke Baha's Camp semasa melakukan ekspedisi pendakian 3 puncak (Ayam, Baha, Stong) bersama rakan-rakan Kelab Rekreasi Universiti tempat dia belajar.

Dengan ilmu yang ada serta keyakinan sepenuhnya terhadap kekuasaan Allah S.W.T, Ustaz Nazmi mula scan untuk mengesan kedudukan semasa anak mereka yang hilang tadi dan didapati dia tengah mandi-manda bersama sekumpulan wanita-wanita cantik yang dipercayai bunian.

Mamat (bukan nama sebenar) yang merupakan anak kepada pasangan ini dipercayai tengah mandi untuk menyiapkan diri bagi majlis pernikahannya dengan salah seorang puteri bunian yang akan dilangsungkan petang itu. Dengan keizinan dari Allah, Ustaz Nazmi membaca sedikit ruqyah serta melakukan solat hajat khusus untuk menyekat dari perkara tersebut terus berlaku.

Syukur kerana berkat keagungan Allah, Ustaz Nazmi dapat berkomunikasi dengan penghulu bagi kaum bunian yang tinggal di sekitar Gunung Stong itu sendiri dan meminta untuk batalkan majlis tersebut dan biarkan Mamat untuk pulang ke pangkuan keluarganya.

Dipendekkan cerita, selepas selesai berunding dan tegas mempertahankan keputusan untuk melepaskan Mamat pulang ke alam manusia balik. Ustaz Nazmi mengarahkan untuk menghantar sesiapa untuk mencari Mamat di Sungai Rantai yang merupakan salah satu checkpoint di Gunung Stong pada keesokan harinya.

Alhamdulillah, Mamat selamat dibawa pulang dan telah pun seleasi menjalani rawatan untuk menghilangkan trauma dan melupakan setiap pengalaman yang dia tempuhi sepanjang berada di alam bunian itu untuk terus menjalani hidup seperti manusia biasa.

Kita sebagai manusia tidak patut tunduk atau bersetuju dan mengikut apa sahaja yang diperkatakan makhluk halus ini. Bunian atau jin-jin lainnya turut mempunyai akal dan pemikiran yang sama dengan kita. Jangan sesekali mudah terpedaya dengan tipu helah yang dibuat oleh mereka.

In Sya Allah semua masalah boleh diselesaikan jika diusahakan dan diikhtiarkan dengan cara yang betul. Kunjungilah Pusat Rawatan Islam Walinursyifa. Bagi pesakit yang tidak dapat hadir, rawatan jarak jauh turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi) 

Saturday, December 02, 2017

MASALAH LEMAH SYAHWAT YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM DAN SAKA

MASALAH LEMAH SYAHWAT YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM DAN SAKA

Image result for PUNCA MASALAH LEMAH SYAHWAT

PENYEBAB LEMAHNYA SYAHWAT :
  • Faktor umur
  • Faktor penyakit vaskular seperti sakit jantung, kencing manis dan urat tersumbat
  • Gaya hidup yang tidak sihat seperti mengambil dadah/alkohol, merokok dan seks bebas
  • Kuat beronani
  • Faktor perubatan seperti pengaruh ubat-ubatan, pembedahan dan trauma
  • Gangguan makhluk halus yang dipanggil sebagai sihir jerutan/sihir pengikat yang umumnya suami akan menghadapi masalah mati pucuk dan menyebabkan secara fizikalnya suami gagal menunaikan nafkah batin kepada isteri.
TANDA-TANDA LEMAHNYA SYAHWAT :
  • Zakar langsung tidak mampu menegang
  • Zakar lembik dan tidak mampu untuk bersetubuh
  • Zakar tegang tetapi tidak boleh memancutkan air mani
  • Zakar yang tidak tegang seperti biasa
TANDA-TANDA GANGGUAN SIHIR JENIS JERUTAN/PENGIKAT INI :
  • Langsung tidak dapat mencapai ereksi dan nafsu terkunci yang menyebabkan si suami seolah-olah langsung tidak mempunyai nafsu ghairah kepada isteri.
  • Kemampuan terhalang yang mana berupaya membuatkan si suami berasa sukar menembusi alat kelamin isterinya
  • Jin yang dihantar melalui sihir juga berupaya merosakkan sperma lelaki ataupun ovum wanita dan menyebabkan kesukaran mencapai peringkat kehamilan

Sukacita disarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Penyakit sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.
Dapatkanlah rawatan dengan segera. In Syaa Allah kami sedia membantu anda. Rawatan Jarak Jauh untuk pesakit yang tidak dapat datang ke klinik kami turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi)

Sunday, November 26, 2017

RAWATAN BAGI MASALAH LAMBAT JODOH

RAWATAN BAGI MASALAH LAMBAT JODOH


PERINGKAT PERTAMA (SCAN)
  • Scan menggunakan ayat Al-Quran berserta zikir untuk mengenal pasti punca-punca pemasalahan seseorang itu lambat bertemu jodoh
FAKTOR-FAKTOR LAMBAT JODOH :
  • Mempunyai saka
  • Sihir penghalang jodoh
  • Faktor keturunan
  • Kifarat bagi dosa dan kesalahan yang lepas
PERINGKAT KEDUA (RAWATAN)
  • Rawatan bagi mempunyai saka
    • Saka terbahagi kepada 4 jenis, iaitu:
      - Saka belaan
      - Saka barangan pelik yang diasap dengan kemenyan
      - Saka ayat (ayat-ayat jampi/ayat bangkit)
      - Saka ilmu persilatan (Samada dari guru silat atau pengamalnya sendiri)
    • Rawatan akan dimulakan dengan membuang saka terlebih dahulu, dan disusuli dengan mandian bunga. Rawatan biasanya akan dijalankan sebanyak 3 kali.
  • Rawatan bagi gangguan sihir
    • Rawatan berbentuk ruqyah bagi menghapuskan sihir, doa mempercepatkan jodoh dan kemudiannya disusuli dengan mandian bunga. Biasanya pesakit akan menjalani 3 kali rawatan
  • Rawatan bagi faktor keturunan
    • Rawatan akan dimulakan dengan melepaskan ibu kepada penyakit keturunan ini dan kemudiannya disusuli dengan mandian bunga. Biasanya rawatan akan dilakukan sebanyak 3 kali rawatan
  • Rawatan bagi kifarat bagi kesalahan dan dosa yang lepas
    • Pelaku perlulah membuat solat taubat terlebih dahulu dan memohon ampun kepada Allah dan meminta maaf kepada manusia yang menjadi mangsa bagi kesalahan yang melibatkan sesama manusia. Kemudiannya, akan disusuli dengan mandian bunga
Dapatkanlah rawatan dengan segera. In Syaa Allah kami sedia membantu anda. Rawatan Jarak Jauh untuk pesakit yang tidak dapat datang ke klinik kami turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi)




Thursday, November 23, 2017

PENYAKIT MIOM YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM DAN SAKA

PENYAKIT MIOM YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM DAN SAKA


Penyakit miom merupakan salah satu penyakit tumor pada otot rahim dan merupakan sel tumor jinak yang bayak tumbuh di dinding rahim serta vagina, ianya tumbuh pada wanita yang sedang haid atau dalam tempoh produktif

PENYEBAB PENYAKIT MIOM YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM DAN SAKA
  • Faktor usia dimana penyakit ini lebih banyak menyerang wanita pada umur sekitar 50 tahun
  • Faktor keturunan
  • Hormon estrogen yang berlebihan
  • Obesiti
  • Pemakanan yang tidak seimbang
  • Disihir atau disantau dimana bomoh atau dukun menggunakan khidmat jin untuk menyihir mangsa
TANDA-TANDA TERDAPATNYA PENYAKIT MIOM YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM DAN SAKA
  • Ngilu pada pinggul dan bawah perut
  • Sukar untuk membuang air besar dan kecil
  • Pendarahan ketika haid dan diluar haid
  • Merasa kenyal di bahagian bawah perut
  • Sering terjaga dari tidur, mimpi yang bukan-bukan, panas di dada, rasa seperti ada sesuatu di bahagian tekak, sakit di bahagian punggung dan tulang kipas 
Semua masalah ini boleh diselesaikan dengan usaha dan ikhtiar yang betul. Kunjungilah Pusat Rawatan Islam Walinursyifa. Bagi pesakit yang tidak dapat hadir, rawatan jarak jauh turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi) 

PENYAKIT KISTA OVARIUM YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM DAN SAKA

PENYAKIT KISTA OVARIUM YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM DAN SAKA


Penyakit kista merupakan satu masalah yang menjangkiti sebahagian kaum wanita. Kista merupakan Benjolan yang berisi cecair yang menempel pada indung telur.

PENYAKIT KISTA OVARIUM TERBAHAGI KEPADA DUA JENIS, IAITU :
  • Kista ovarium fungsional - merupakan kista yang sering terjadi dan tidak berbahaya
  • Kista patologis - merupakan kista abnormal (penyakit), ianya berbahaya dan boleh mengakibatkan kemandulan
FAKTOR-FAKTOR BERLAKUNYA KISTA OVARIUM :
  • Faktor keturunan
  • Ketidakseimbangan hormon
  • Faktor persekitaran yang tercemar dan sistem imun badan yang lemah
  • Disantau atau disihir dengan sihir pemisah untuk menghalang kehamilan si isteri
CIRI-CIRI PENGHIDAP PENYAKIT KISTA OVARIUM :
  • Berpeluh dan ngilu pada ketiak semasa atau sebelum berlakunya haid, situasi ini boleh menyebabkan pesakit pengsan kerana tidak tahan akan sakitnya
  • Sering merasakan untuk membuang air besar dan kecil
  • Ngilu pada bahagian perut
  • Rasa sakit seperti digigit semut di bahagian bawah perut kiri dan kanan secara bergilir
  • Sukar tidur malam, mimpi mengerikan, sakit di bahagian pinggul dan belakang badan, panas di dada, tidur terkejut dan rasa seperti ada sesuatu di bahagian tekak
Namun, semua masalah ini boleh diselesaikan cara dan kaedah yang betul, In Sya Allah. Kunjungilah Pusat Rawatan Islam Walinursyifa. Bagi pesakit yang tidak dapat hadir, rawatan jarak jauh turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi) 


MASALAH KEMANDULAN @ SUKAR MENDAPATKAN ZURIAT YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM DAN SAKA

MASALAH KEMANDULAN @ SUKAR MENDAPATKAN ZURIAT YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM DAN SAKA

Image result for MANDUL

Selama ini kita sering beranggapan bahawa tanda kemandulan ialah apabila seseorang atau pasangan itu mempunyai masalah kesuburan dan hubungan intim sehingga tidak mampu untuk memiliki anak. Padahal ada beberapa kes, pasangan itu boleh mandul setelah memiliki anak pertama atau kedua. Hal ini boleh terjadi disebabkan faktor-faktor kesihatan mahupun terdapat gangguan mistik seperti disihir atau disantau.

PUNCA-PUNCA KEMANDULAN @ SUKAR MENDAPATKAN ZURIAT :
  • Kecelaruan ovulasi / proses ovari mengeluarkan telur untuk disenyawakan terganggu
  • Sperma yang tidak subur / bilangan sperma yang kurang serta tidak sihat
  • Tiub wanita / tiup fallopio tersumbat atau rosak
  • Faktor keturunan dan gaya hidup yang tidak sihat
  • Terkena sihir pendarahan yang menyebabkan pendarahan pada faraj yang berterusan dan tidak berhenti
SIMPTOM-SIMPTOM KEMANDULAN @ SUKAR MENDAPATKAN ZURIAT :
  • Mengalami kesakitan yang teruk semasa melakukan hubungan kelamin
  • Sakit ketika membuang air besar atau kecil
  • Ketidakstabilan kitaran haid
  • Penumbuhan bulu yang berlebihan, jerawat dan peningkatan tubuh badan
  • Sukar tidur malam, mimpi yang pelik-pelik, sering terjaga dari tidur, Badan menjadi terlampau lemah, mudah penat, sukar bernafas dan terdedah kepada gangguan yang lebih serius
Sukacita disarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Penyakit sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta. Semua masalah ini boleh diselesaikan jika diikhtiarkan dengan cara yang betul. Kunjungilah Pusat Rawatan Islam Walinursyifa. Bagi pesakit yang tidak dapat hadir, rawatan jarak jauh turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi) 



Sunday, November 19, 2017

MASALAH PENYAKIT SIPILIS @ RAJA SINGA YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM

PENYAKIT SIPILIS @ RAJA SINGA YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM

Image result for penyakit sipilis

Sipilis adalah penyakit kelamin yang disebabkan oleh bakteria yang dapat menjangkiti kulit, mulut, alat kelamin serta sistem saraf. Penyakit sipilis yang tidak diubati dapa mengakibatkan kerosakan yang serius pada otak atau sistem saraf serta organ lainnya termasuk jantung.

PUNCA-PUNCA PENYAKIT SIPILIS :
  • Penyebab utama penyakit sipilis adalah tersebar melalui virus Treponema Pallidum
  • Bakteria ini dapat melalui celah luka pada kulit setelah menyentuh orang yang dijangkiti sipilis
  • Tersebar melalui hubungan kelamin
  • Disihir atau disantau melalui angin santau yang membawa virus ini melalui khidmat jin sebagai perantara kepada bomoh dan dukun
TANDA-TANDA DAN GEJALA TERKENA PENYAKIT SIPILIS :
Gejala penyakit sipilis atau raja singa berbeza-beza mengikut tahapnya
  • Sipilis Primer
    • Muncul setelah 2-4 minggu dijangkiti dalam bentuk luka yang tidak terasa sakit di mana bakteria masuk ke dalam tubuh
    • Sipilis Sekunder
      • Demam, sakit kepala, ngilu sendi, kehilangan nafsu makan, muncul ruam pada alat kelamin, mulut serta tapak tangan dan kaki, sakit tekak, kelenjar limpa membengkak dan keletihan setelah 6-12 minggu dijangkiti
    • Sipilis Laten
      • Kerosakan pada otak dan jantung, daya ingatan menjadi lemah, mengalami kelumpuhan, dan terjadi masalah keseimbangan tubuh badan sekiranya tidak diubati
    • Tanda-tanda terkena gangguan sihir atau santau
      • Sukar tidur malam, sering terjaga dari tidur, mimpi mengerikan, sakit pada bahagian belakang dan bawah badan, panas di dada dan sering keletihan dan lesu.
    Namun, semua masalah ini boleh diselesaikan cara dan kaedah yang betul, In Sya Allah. Kunjungilah Pusat Rawatan Islam Walinursyifa. Bagi pesakit yang tidak dapat hadir, rawatan jarak jauh turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi) 









    Friday, November 17, 2017

    REMAJA BUNUH DIRI AKIBAT TIDAK TAHAN DISIHIR

    MASALAH BUNUH DIRI

    Image result for masalah bunuh diri

    Ramai yang memilih untuk mengakhiri hidupnya dengan bunuh diri sebenarnya bukanlah disebabkan mereka betul-betul ingin mati. mereka bunuh diri untuk mengakhiri setiap apa pun yang sedang dihadapi. Beberapa surat terakhir yang ditinggalkan oleh si pembunuh diri ini mengandungi luahan yang sebenarnya mereka tidak ingin untuk mati, tapi hanya ingin mengakhiri semua masalah dia.

    Ungkapan seperti "Saya sudah tidak tahan lagi!" atau, "buat apa saya hidup?" boleh menjadi petunjuk yang menampakkan keinginan yang kuat untuk terbebas dari peritnya realiti kehidupan. Dan jika sampai ke tahap mereka yang tidak mampu untuk diatasi, bunuh diri akan menjadi jalan pintas dan solusi terakhir buat mereka.

    FAKTOR-FAKTOR YANG MENDORONG UNTUK BUNUH DIRI :
    • Gangguan mental
    • Ketagihan dadah atau alkohol
    • Gangguan keperibadian
    • Gangguan makhluk halus yang terlampau
    TANDA-TANDA SESEORANG INGIN MEMBUNUH DIRI :
    • Sering membicarakan tentang kematian
    • Kehilangan perasaan atau depresi dan putus asa
    • Perubahan sikap dan perilaku
    • Suka bersendirian dan sering kelihatan cemas
    • Kehilangan minat kepada apa pun yang berkaitan dengan duniawi
    Namun, semua masalah ini boleh diselesaikan. Kunjungilah Pusat Rawatan Islam Walinursyifa. Bagi pesakit yang tidak dapat hadir, rawatan jarak jauh turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi) 





    Thursday, November 16, 2017

    MASALAH RUMAH TANGGA ANGKARA GANGGUAN SIHIR PEMISAH YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM

    MASALAH RUMAH TANGGA ANGKARA SIHIR PEMISAH YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM

    Image result for masalah rumah tangga

    Pernikahan merupakan ikatan suci antara dua insan manusia, setiap manusia menginginkan untuk menikah, mendapatkan keturunan dan mempunyai rumah tangga yang bahagia serta sejahtera. Dari pihak suami menginginkan isteri yang cantik serta patuh terhadap suami sedangkan pihak isteri menginginkan suami yang dapat bertanggung jawab, mampu membina keluarga ke arah yang lebih baik dan berakhir hingga maut memisahkan.

    Akan tetapi seringkali terjadi masalah-masalah rumah tangga yang membuat hubungan suami isteri menjadi tidak harmonis, sering terjadi pertengkaran dan yang lebih parah lagi terjadi perselingkuhan yang dapat menyebabkan perceraian.

    Dari Jabir r.a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air, kemudian ia mengirim pasukannya. Serendah-rendah mereka adalah yang paling besar dalam melakukan godaan atau gangguan. Seorang dari mereka berkata, "Aku telah melakukan perkara ini dan itu", maka berkata iblis, "Kamu tidak melakukan apa-apa", kemudian seorang lagi datang dan berkata, "Aku tidak meninggalkannya (manusia) sehingga aku pisahkan antara suami dan isterinya", Iblis berkata, "Ya, kamulah (yang betul hebat)". (Riwayat Muslim)

    Hadis ini menjelaskan, Iblis dan bala tenteranya menjadikan pasangan suami isteri sasaran utama misi mereka untuk memecah belah anak cucu Adam.

    Menjadi kebanggaan mereka sekiranya terjadi pergaduhan dan penceraian antara pasangan yang berumah tangga.

    Banyak perkara menjadi pencetus penceraian. Antara alasan wajib yang sering diberikan ialah tidak wujud persefahaman, kurang interaksi, masalah dalaman yang menemui jalan buntu, masalah kewangan dan orang ketiga dan tidak terkecuali unsur sihir penyebab terjadinya perceraian.

    Apa itu sihir pemisah? Sihir pemisah merupakan sihir yang seringkali dilakukan untuk memisahkan pasangan suami isteri atas sebab tertentu selalunya berkaitan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya.

    Ibnu Kathir menjelaskan setiap pasangan suami isteri yang terkena sihir ini akan mengakibatkan  pandangan suami atau isteri terhadap pasangannya kelihatan hodoh atau buruk sama ada dari rupa paras atau perilaku.

    Antara tanda-tanda sihir pemisah ialah :

    • Terdapat perubahan tabiat/perubahan secara tiba-tiba
    • Kerap berlaku perbalahan antara pasangan atau rakan
    • Sering berburuk sangka terhadap pasangan serta melihat pasangan dengan pandangan yang buruk dan jelek
    • Masing-masing tidak mahu mengalah dan suka menegakkan 'benang yang basah'
    Sukacita disarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Penyakit sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumah tangga dan keluarga tercinta. Dapatkanlah rawatan dengan segera. In Syaa Allah kami sedia membantu anda, dalam perubatan Islam mempunyai perspektif dan kaedah rawatannya yang tersendiri bagi menangani masalah ini. Kunjungilah Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa. Bagi pesakit yang tidak dapat hadir, rawatan jarak jauh turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi) 

    Tuesday, October 24, 2017

    MASALAH ANAK DEGIL YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM DAN SAKA

    MASALAH ANAK DEGIL YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM DAN SAKA

    Image result for kesan anak degil

    PUNCA & PENYEBAB ANAK DEGIL YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM DAN SAKA
    • Kurang perhatian ibubapa
    • Permakanan yang tidak terjaga
    • Kurangnya didikan dan tarbiyah 
    • Sihir santau dan gangguan saka juga boleh membuatkan anak itu menjadi degil akibat gangguan yang ada pada diri berpunca daripada jin, syaitan dan iblis.
    SIMPTOM MASALAH ANAK DEGIL YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM DAN SAKA
    • Tidak mahu dengar cakap ibubapa @ orang tua
    • Kaki melalak atau meraung dan menangis apabila tidak mendapat apa yang diingini
    • Berkawan dengan kanak-kanak yang nakal
    • Membuat sesuatu perkara yang tidak menyenangkan
    Namun, semua faktor ini boleh diselesaikan jika mendapat rawatan mengikut kaedah yang betul. In Sya Allah sembuh dengan izin-Nya. Kunjungilah Pusat Rawatan Walinur Syifa untuk mendapatkan rawatan yang berpunca daripada santau dan sihir. Kami sedia membantu memberi khidmat nasihat dan penerangan dengan jelas serta doa-doa dan zikir-zikir tertentu yang sesuai untuk mencegah masalah anak nakal ini. Rawatan Jarak Jauh untuk pesakit yang tidak dapat datang ke klinik kami turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi) 

    Sunday, August 27, 2017

    MASALAH ANAK LARI DARI RUMAH YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM DAN SAKA

    ANAK LARI DARI RUMAH YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM DAN SAKA


    Pada zaman sekarang ini sudah menjadi perkara biasa bagi kes anak hilang, anak lari daripada rumah, anak di culik, anak ikut lelaki  dan berbagai lagi.....jangan lah berputus asa  setiap masalah boleh diselesaikan insya Allah..
    Kami di walinur syifa  menyediakan satu rawatan solat hajat  khusus dan rawatan jarak jauh bagi orang yang hilang dan lain lain ..
    Syarat syarat rawatan nya
    - nama penuh si mangsa
    - nama ibu si mangsa
    - gambar penuh mangsa yang terbaru
    - dan kos atau mahar rawatan nya
    - kos di lihat masalah macam mana
    Untuk keterangan lanjut cal ustaz nazmi
    011-19980010 (Ustaz Nazmi) 

    Thursday, August 24, 2017

    MANDI BUNGA

    MANDI BUNGA


    Kami menyediakan khidmat mandian bunga di Walinur Syifa.Sesiapa sahaja boleh membuat rawatan ini.

    Tujuan mandi bunga :-
    - Menaikkan seri wajah
    - Sesuai bagi bakal pengantin
    - Mempercepatkan jodoh
    - Awet muda
    - Sebagai pelaris diri dan pemanis diri
    - Sesuai untuk isteri yang dibenci suami
    - |Dan lain-lain lagi

    Harga untuk sekali mandian di Walinur Syifa RM 170.00.
    Kebiasaannya,kami mengesyorkan para pesakit untuk mandi bunga sebanyak 3 kali.Ia boleh dilakukan selama 3 hari sekali atau seminggu sekali sehingga 3 kali untuk mendapat kesan yang cepat dan sangat hebat.

    Wednesday, March 26, 2014

    MASALAH RUMAH TANGGA YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM:

    MASALAH RUMAH TANGGA  YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM:


    Kehidupan berumah tangga banyak dugaannya. Tidak sefahaman, sikap angkuh pasangan, campur tangan keluarga, penyakit, kewangan dan gagal menjalankan tanggungjawab menjadi antara punca masalah rumah tangga.

    Islam menyarankan permasalahan rumah tangga diselesaikan dengan sebaik-baiknya. Jangan mengambil jalan singkat yang boleh menghancurkan kebahagiaan yang dikecapi melalui perkahwinan. Jika ada persengketaan antara suami isteri, perlu diadakan muhasabah untuk mencari punca krisis yang berlaku. Dalam hal ini, keikhlasan suami isteri amat penting. Jangan mudah menyalahkan pasangan sebagai penyebabnya. Sikap membuat kesimpulan sebelum perbincangan hanya akan menambah lagi kekusutan yang berlaku.

    Segala kesukaran dan kesulitan dalam menghadapi masalah yang berlaku, Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa juga ada menyediakan pelbagai jenis bantuan serta produk yang sedikit sebanyak membantu pesakit dalam menangani masalah ini. Antaranya, pengambilan Minyak Kasih Sayang yang berharga RM 550.00 sebotol. Minyak ini berfungsi bagi mengeratkan lagi serta memupuk kasih sayang terutamanya antara suami isteri.

    Selain itu, penggunaan Minyak Buluh Perindu juga merupakan altenatif dalam menangani masalah rumah tangga ini. Minyak Buluh Perindu ini dijual dengan harga RM 350.00 sebotol. Minyak ini berfungsi sebagai pengasih dan pelaris bagi diri.

    Inshaa Allah rumah masalah rumah tangga juga boleh diselesaikan dengan membuat rawatan secara jarak jauh yang disediakan oleh Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa. Sebarang pertanyaan boleh hubungi, 0111-9980010 (Ustaz Nazmi)

    "SETIAP MASALAH AKAN ADA JALAN PENYELESAIANNYA" INSHAA ALLAH...

    BATU PERMATA FOSIL AIR

        BATU PERMATA FOSIL AIR DILARANG COPY IMAGES INI !!   K0000 KEHEBATAN BPFA0401202025250 KEGUNAAN  👇 PENAWAR 💗 Kurangkan tekanan diri 💗...

    PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA

    PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA

    PELAN LOKASI KE PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA, KELANTAN

    PELAN LOKASI KE PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA, KELANTAN

    SABDA RASULULLAH S.A.W


    Sabda Rasulullah S.A.W :
    Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:

    "Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
    (Riwayat Muslim dan Ahmad)

    SOLAT HAJAT KHUSUS DAN RAWATAN JARAK JAUH




    SOLAT HAJAT KHUSUS DAN RAWATAN JARAK JAUH




    Solat sunat hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada di dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi memohon pertolongan daripada Allah S.W.T dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimanapun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah yang maha pencipta.


    Solat hajat khusus pula dilakukan dengan beberapa amalan yang khusus dan perlu mengikut tata cara serta susunan yang betul bagi mendapatkan keberkatan serta keberkesanan yang kuat dari amalan solat hajat khusus ini. Solat hajat khusus dikatakan sangat mustajab untuk mengabulkan segala doa. Siapa pun yang melakukan solat hajat ini maka In Syaa Allah akan dikabulkan oleh Allah S.W.T.


    ANDA MEMPUNYAI HAJAT ATAU MASALAH YANG INGIN DISELESAIKAN SEPERTI :


    • Ingin segera melunaskan hutang
    • Hajat untuk segera mendapatkan jodoh
    • Masalah anak lari dari rumah
    • Masalah dengan kawan, pasangan, jiran, rakan sekerja, musuh, lawan dan sebagainya
    • Masalah pada premis perniagaan mahupun syarikat yang dimiliki oleh anda
    • Masalah dalam berumah tangga
    • Masalah penyakit yang tidak kunjung sembuh
    • Hajat untuk mendapat rezeki yang melimpah ruah
    • Atau apa sahaja hajat atau masalah yang ingin anda selesaikan

    Kami di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa ada menyediakan pakej Solat Hajat Khusus dan Jarak jauh bagi pesakit-pesakit atau individu yang tidak dapat hadir, memerlukan hajat selama ini segera dimakbulkan. In Syaa Allah akan kami usahakan mengikut kaedah dan tata cara yang betul serta terbukti berkesan buat anda.


    Maharnya bernilai di antara RM 1700.00 hingga RM 4500.00 (Mengikut situasi, masa, bentuk, tahap dan jenis hajat atau masalah yang ingin diselesaikan.


    1.Maharnya RM 1700 dan RM 2700 berikut adalah berkenaan

    • suami curang dan kayu tiga
    • anak lari dari rumah
    • campur tangan pihak ketiga
    • lunaskan hutang
    • isteri skandal dengan laki lain
    • Pasangan yang tidak setia
    • Campurtangan dari keluarga mentua
    • Dadah
    • Dan lain -lain

    2.Dan mahar RM2700 dan RM4000 keatas adalah

    • Santau
    • Sihir
    • Santet
    • Teluh
    • Tenung
    • Saka dari keturunan
    • Ajaran ilmu sesat (black mental)
    • Pelet
    • Dan lain -lain


    Untuk keterangan lanjut, hubungi 014 - 217 1141 (Ustaz Nazmi) atau boleh terus datang ke pusat rawatan kami yang beralamat seperti di bawah :


    Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa


    Lot 2547/A, Kg. Kubang Pa'Amin,

    Kasar, 17000 Pasir Mas,

    Kelantan.