Sunday, August 28, 2022

AMALAN SANTAU/SIHIR/SANTET/BLACK MAGIC YANG BOLEH MEMAKAN DIRI SENDIRI

                            AMALAN SANTAU/SIHIR YANG BOLEH MEMAKAN DIRI SENDIRI                   




Meskipun dunia sekarang sudah moden tetapi masih ramai lagi mengamalkan ilmu sihir atau santau ini dalam kalangan masyarakat .  Amalan santau atau sihir ini merupakan salah satu dari jenis-jenis dosa besar yang dimurkai oleh Allah SWT malah ia juga memberi impak buruk kepada kita . Jika kita melakukan amalan ini ia dapat merosakkan iman seseorang dan menyebabkan hidup kita menjadi huru hara . Pengamal ilmu sihir sering menggunakan pertolongan dari jin dalam mengamalkan ilmu mahupun membuat suatu amalan tersebut . Amalan jampi ini juga mengandungi unsur syirik , pemujaan jin , syaitan , menggunakan ilmu hitam atau sihir . Kenyataan di bawah tentang tanda-tanda dan punca-punca amalan santau/sihir :

TANDA-TANDA 
  • Pakai tangkal yang mempunyai simbol-simbol berkait dengan sihir
  • Bercakap seorang diri dan suka bercakap benda yang merapu   
  • Pada bahagian kuku pengamal menjadi hitam dan kotor
  • Wajah menjadi tidak berseri dan menakutkan 
  • Lebih suka bersendirian di dalam gelap dan tidak bergaul dengan orang ramai

PUNCA-PUNCA
  • Mempunyai keturunan yang mengamal ilmu sihir menyebabkan turun-temurun kepada generasi
  • Kurang ilmu agama dalam diri menyebabkan mudah melakukan sesuatu perkara yang melawan syarak dan akidah islam 
  • Mendapat desakan atau ajakan daripada rakan yang mengamal ilmu sihir
  • Untuk menyelesaikan masalah dengan jalan yang mudah
๐Ÿ“Œ Sesiapa yang mengalami  masalah seperti di atas atau masalah lain boleh datang  ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa bagi menyelesaikan masalah anda, in sha allah kami dapat membantu . Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi 0111-9980010 ( PEMBANTU PERUBATAN ) 

TIPS MENDAPATKAN TIDUR YANG BERKUALITI

TIPS MENDAPATKAN TIDUR YANG BERKUALITI

gambar hiasan, sumber: wellbeingpeople.com

Tahukah anda, tidur yang berkualiti dan mencukupi amat penting dalam kehidupan seharian. Kegagalan untuk mendapatkan tidur yang berkualiti boleh menyebabkan keletihan. Ramai yang mengalami kesukaran dalam mendapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi rentetan gaya hidup yang sibuk dan jadual yang padat. Berikut dikongsikan antara tips yang boleh diamalkan untuk membantu anda mendapatkan tidur yang diidamkan.

  1. Tukar tabiat tidur
    • Tidur dan bangun pada waktu yang sama pada setiap hari
    • Elakkan penggunaan gajet sebelum tidur
    • Minum segelas susu suam sebelum tidur
  2. Kawal rutin makan dan minum
    • Elakkan pengambilan kopi atau teh beberapa jam sebelum tidur
    • Hindari minuman beralkohol
    • Elakkan makan makanan yang berat sebelum tidur
  3. Wujudkan persekitaran tidur yang lebih baik
    • Gunakan bantal dan tilam yang selesa
    • Pakai topeng mata untuk mengelakkan cahaya
    • Pastikan suhu bilik bersesuaian, tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas
  4. Cuba untuk kekal aktif
    • Lakukan aktiviti fizikal seperti berajalan atau berbasikal selama 30 minit pada waktu siang.
  5. Elakkan tidur siang berlebihan
  6. Kawal tekanan
    • Elakkan melakukan sesuatu kerja dalam tempoh yang terlalu lama
    • Luangkan sedikit masa untuk bersantai dan bertenang dengan melakukan senaman ringan atau mendengar radio.
PUNCA TIDAK DAPAT TIDUR
  • Tekanan di rumah atau tempat kerja
  • Pengambilan kafein yang berlebihan
  • Posisi tidur yang kurang selesa
  • Gangguan psikologi seperti kemurungan, stress dan kebimbangan
  • Persekitaran yang terlalu panas, terang dan bising
  • Gangguan makhluk halus
Sekiranya anda mengalami masalah seperti yang disebut atau mempunyai masalah lain dan sedang mencari penyelesaian, anda boleh datang ke Pusat Rawatan Walinur Syifa atau hubungi kami di nombor +601119980010 (Pembantu Perubatan). Anda juga boleh klik pautan ๐Ÿ‘‰ WhatsApp.

KETAGIHAN PERMAINAN VIDEO GAME YANG DISEBABKAN SIHIR/SANTET/TELUH/BLACK MAGIC

 KETAGIHAN PERMAINAN VIDEO GAME YANG DISEBABKAN SIHIR/SANTET/TELUH/BLACK MAGIC



Ketagihan permainan video ialah tabiat permainan video luar talian atau dalam talian yang berlebihan sehingga menjejaskan kebolehan seseorang untuk berfungsi secara normal dalam aktiviti harian. Oleh itu, pakar kesihatan mental di Malaysia telah menyuarakan kebimbangan mereka terhadap peningkatan tabiat permainan video yang tidak terkawal. Ketagihan permainan video dalam kalangan kanak-kanak juga sudah menjadi kebimbangan besar bagi ibu bapa. Ketagihan video game juga boleh disebabkan oleh gangguan jin atau makhluk halus yang mengganggu atau menghasut mereka dengan permainan video game. Dengan permainan video game yang berlebihan  mereka akan lalai dengan pekerjaan yang sepatutnya dilakukan dan amal ibadahnya juga akan lambat diselesaikan kerana terhasut dengan bisikan makhluk halus.


TANDA KETAGIHAN PERMAINAN VIDEO GAME

๐Ÿ’ขSelalu berfikir tentang gaming
๐Ÿ’ขPerlu habiskan banyak masa untuk mendapatkan kepuasan
๐Ÿ’ขMenggunakan video game sebagai medium untuk melegakan emosi dan perasaan
๐Ÿ’ขMerasa bosan, resah atau sedih jika tidak dapat bermain video game
๐Ÿ’ขKegelisahan sosial dan gangguan pemikiran
๐Ÿ’ขSemakin kurang berkomunikasi
๐Ÿ’ขTidak fokus
๐Ÿ’ขSuka mengasingkan diri
๐Ÿ’ขEmosi terganggu
๐Ÿ’ขBerat badan bertambah
๐Ÿ’ขLenguh leher
๐Ÿ’ขSakit pinggang/ tulang belakang
๐Ÿ’ขTidur terkejut
๐Ÿ’ขMendengar bisikan



PUNCA  KETAGIHAN PERMAINAN VIDEO GAME

๐Ÿ’ขSikap ibu bapa terhadap anak
๐Ÿ’ขKurang didikan agama
๐Ÿ’ขPengaruh daripada rakan sebaya
๐Ÿ’ขSuasana sekeliling
๐Ÿ’ขMedia masa dan elektronik
๐Ÿ’ขTaksub dengan permainan game
๐Ÿ’ขTerhasut dengan bisikan mahkluk halus
๐Ÿ’ขGangguan makhluk halus yang ada dalam diri
๐Ÿ’ขTidak ikhlas dalam dalam membuat amal ibadah 
๐Ÿ’ขJarang berzikir dan membaca Al-quran 
๐Ÿ’ขTerlalu leka ataupun taksub dengan dunia


๐Ÿ“ŒJika anda mengalami masalah ini boleh lah berkunjung ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa bagi menyelesaikan masalah anda, in sha allah kami dapat membantu . Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi 0111-9980010 ( PEMBANTU PERUBATAN )   

GELANG TERAPI KRISTAL

GELANG TERAPI KRISTAL 




K00001
KEHEBATAN
GTK 150130200

KEGUNAAN:
    Merangsang kecergasan dan tenaga
    ✓ Menggalakkan kestabilan dan pemikiran yang jelas
    ✓ Meningkatkan keyakinan diri si pemakai
    Merangsang kreativiti dan kepantasan mental
    Membantu mengimbangi emosi ketika berada dalam tekanan
    ✓ Membantu merangsang tenaga intelektual
    Menguatkan semangat si pemakai
    Membantu meningkatkan kawalan diri dan daya tahan si pemakai

KHASIAT INI HAK MILIK WALINUR SYIFA
011-19980010

Ini hanyalah ikhtiar zahir sahaja, hanya Allah yang menyembuhkan.

Maharnya tidak dapat dinyatakan secara khusus kerana dikhuatiri akan menjejaskan kualiti dan khazanah mistik.

KHASIAT INI HAK MILIK WALINUR SYIFA
011-19980010

TIDAK DIJAMPI DENGAN UNSUR-UNSUR SYIRIK

BARANG ADALAH TERHAD

KHASIAT INI HAK MILIK WALINUR SYIFA
011-19980010

Sekiranya berminat, sila klik ๐Ÿ‘‰ WhatsApp

Sesiapa yang mengalami masalah dan pelbagai penyakit boleh datang ke Pusat Rawatan Walinur Syifa

STRES YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU/SANTET/BLACK MAGIC

  STRES YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU/SANTET/BLACK MAGIC

gambar hiasan, sumber: healthifyme.com

Stres atau tekanan adalah cara tubuh badan menunjukkan tindak balas terhadap tuntutan fizikal dan emosi yang sering terjadi apabila seseorang itu merasakan bahawa keinginannya mengatasi kemampuan diri. Dalam erti kata lain, keinginan gagal dipenuhi atau dituruti. Ramai yang tidak menyedari bahawa stres turut dialami oleh kanak-kanak dan beranggapan ia hanya satu fasa yang normal. Stres mampu membunuh.Stres yang tidak dikawal dan dibiarkan berpanjangan boleh menyumbang kepada pelbagai masalah terutama masalah kesihatan fizikal dan mental seseorang.Stres juga boleh melibatkan oleh benda halus atau makhluk halus yang mengganggu ketenangan seseorang. Ramai yang mengalami stres punca daripada gangguan makhluk halus. Berikut dikongsikan tips mengawal stres dan kesan buruk stres yang tidak diurus.


TANDA-TANDA STRES

๐Ÿ’งSakit kepala yang tanpa sebab 
๐Ÿ’งRambut luruh 
๐Ÿ’งLebam biru atau merah di seluruh tubuh, atau di atas paha, bawah perut, atau lebam akan semakin banyak apabila tidur dalam keadaan marah atau sedih. 

๐Ÿ’งHaid tidak lancar atau keluar cairan yang berbau, terjadi pendarahan dan radang pada vagina 

๐Ÿ’งKejang atau kerasukan atau tidak sedarkan diri dengan syarat keadaan ini bukan disebabkan listrik pada otak;

๐Ÿ’งSesak pada dada, merasa tercekik tanpa sebab jelas khususnya menjelang waktu petang, ketika melihat orang tertentu, di tempat tertentu atau keadaan tertentu

๐Ÿ’งMenangis tanpa sedar terutama ketika bersendirian bersendirian di tempat sepi sehingga kadang-kadang berteriak secara histeria tanpa disedari

๐Ÿ’งMalas beribadah 

๐Ÿ’งTimbul beberapa reaksi berkaitan waktu dan tempat seperti sakit kepala kalau nak ke sekolah, tempat kerja atau berhubungan intim

๐Ÿ’งMemiliki pancaindera ke enam seperti boleh tahu sesuatu akan berlaku, nampak sesuatu perkara ghaib yang orang lain tak nampak

๐Ÿ’ง Seringkali mimpi binatang seperti ular, unta, kucing atau anjing;

๐Ÿ’ง Mimpi yang menakutkan

๐Ÿ’งMimipi batiniyyah iaitu berasa duduk di suatu tempat dengan orang ramai dan merasakan kejadian tersebut pernah terjadi sebelumnya

๐Ÿ’งBerpeluh waktu tidur hingga susah tidur. Kita sudah berusaha untuk tidur tetapi susah sekali kecuali terlelap sesudah lama berusaha, lalu sebentar terbangun hingga menimbulkan rasa gelisah


PUNCA-PUNCA STRES

๐Ÿ’งGangguan saka

๐Ÿ’งTermakan barang sihir


๐Ÿ’งTerlangkah barang sihir


๐Ÿ’งTersampuk


๐Ÿ’งMengamal sesuatu amalan tanpa guru


๐Ÿ’งKurang bersenam


๐Ÿ’งTidak mengamal makanan yang sihat


๐Ÿ’งTersalah mengambil ubat-ubatan yang tidak berdaftar




Sekiranya anda mengalami masalah seperti yang disebut atau mempunyai masalah lain dan sedang mencari penyelesaian, anda boleh datang ke Pusat Rawatan Walinur Syifa atau hubungi kami di nombor +601119980010 (Pembantu Perubatan). Anda juga boleh klik pautan ๐Ÿ‘‰ WhatsApp .

JENIS-JENIS KHODAM

 JENIS-JENIS KHODAM

Khodam ialah jin atau makhluk halus yang diciptakan oleh Allah untuk sentiasa mendampingi manusia dalam sehari-hari, khodam ini juga berasal daripada benda-benda pusaka/ ilmu kebatinan/ dan  khodam ini boleh digunakan sebagai alat pembantu atau melindungi pemiliknya daripada bahaya. Khodam ini bersumberkan daripada ilmu, keturunan, isian atau benda mistik yang dibeli. Khodam ini terdiri daripada pelbagai jenis dan khodam yang bersifat jahat boleh menjerumuskan manusia. Sesetengah manusia tidak akan perasan yang dirinya ada pendamping atau diri sendiri berubah daripada sikapnya yang sebelum ini.


ANTARA JENIS KHODAM:-


๐Ÿ’ง KHODAM MOYANG

Khodam jenis ini merupakan khodam yang diturunkan oleh seseorang kepada anak atau cucu, apabila dia meninggal dunia khodam ini akan mencari pengganti tuannya yang mempunyai keturunan seperti tuannya.


๐Ÿ’ง KHODAM ILMIAH/ILMUAN

Khodam ini adalah melalui zikir atau amalan-amalan yang dilakukan , apabila kuat berzikir atau beramal maka khodam ayat itu akan datang secara automatiknya. 


๐Ÿ’ง KHODAM BARANG

Khodam ini akan muncul apabila dibuat pengisian dengan ayat-ayat tertentu bagi menghidupkan semula barang itu


๐Ÿ’ง KHODAM KERIS

Khodam ini biasanya akan dibuat oleh orang yang sakti dengan ilmu batin dengan ritual khusus agar senjata ini memiliki kekuatan.


๐Ÿ’ข๐Ÿ’ข KEPADA SESIAPA YANG MENGALAMI MASALAH INI BOLEH DATANG KE PUSAT RAWATAN WALINUR SYIFA ATAU BOLEH HUBUNGI 011-19980010 (PEMBANTU PERUBATAN) UNTUK KETERANGAN LEBIH LANJUT๐Ÿ’ข๐Ÿ’ข

Thursday, August 18, 2022

MASALAH KETAGIHAN GAJET DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

 MASALAH KETAGIHAN GAJET DALAM KALANGAN KANAK-KANAK

gambar hiasan sumber: bharian.com.my

Anak mengamuk, disuakan gajet terus diam. Sudah menjadi kebiasaan anak-anak kecil zaman sekarang dipujuk hanya dengan diberikan gajet sama ada untuk bermain 'games' atau sekadar menonton video. Mudah bukan? Sekali imbas, ianya memanglah mudah dan berkesan namun tidak ramai yang menyedari kesan jangka panjang disebalik taktik ini. Lama kelamaan, kanak-kanak yang terbiasa dengan keadaan ini akan mengalami ketagihan terhadap gajet dan boleh menyebabkan wujudnya kesan-kesan seperti berikut:

KESAN BURUK KETAGIHAN GAJET
  1. Tantrum
    • kanak-kanak menjadi agresif terutama sekiranya dihalang daripada menggunakan gajet
  2. Kurang Tidur
    • kanak-kanak menjadi leka dan menyebabkan kurangnya waktu rehat
  3. Gangguan Perkembangan Otak
    • kajian mendapati penggunaan gajet yang kerap boleh menyebabkan kesan buruk terhadap fungsi otak kanak-kanak seperti defisit perhatian, gangguan pembelajaran, masalah kognitif, peningkatan impulsif dan kawalan kendiri diri
  4. Masalah Penglihatan
    • ketergantungan yang tinggi pada gajet boleh menyumbang kepada jangkitan mata seperti mata merah atau berair dan merosakkan daya penglihatan
  5. Hilang Fokus
    • kanak-kanak menghadapi kesukaran dalam memberikan tumpuan yang lama terhadap pembelajaran dan berkemungkinan akan mengganggu kanak-kanak lain yang sedang fokus
  6. Kurang Bersosial
    • sukar bagi kanak-kanak untuk bersosial apabila seharian ditemani oleh gajet dan tiada komunikasi dengan kanak-kanak lain
  7. Obesiti
    • masa yang terlalu banyak dihabiskan dengan gajet akan menyebabkan kurangnya pembakaran kalori seterusnya menyumbang kepada komplikasi seperti diabetes, serangan jantung dan strok
  8. Masalah Postur Badan
    • postur duduk yang salah dalam tempoh yang panjang boleh menyebabkan masalah seperti sakit belakang, sakit leher dan masalah lain yang berkaitan dengan otot
  9. Kurang Menikmati Alam Semula Jadi
    • kebiasaannya, kanak-kanak yang ketagih dengan gajet lebih suka menghabiskan masa di rumah berbanding bermain di luar dan menikmati alam semula jadi
๐Ÿ“Œ Sesiapa yang mengalami  masalah ini  boleh datang  ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa bagi menyelesaikan masalah anda, in sha allah kami dapat membantu . Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi 0111-9980010 ( PEMBANTU PERUBATAN ) 

SELERA MAKAN YANG BERPUNCA DARI SANTAU/SIHIR/SANTET/BLACKMAGIC

                     

                                  SELERA MAKAN YANG BERPUNCA DARI SANTAU/SIHIR


Setiap manusia mempunyai nafsu makan yang tinggi tetapi apabila seseorang itu terkena gangguan mereka lebih berselera daripada orang yang normal . ia juga berkemungkinan disebabkan oleh keturunan yang kuat makan ataupun , mempunyai belaan saka . Tanpa disedari semakin hari semakin ramai orang yang mengambil makanan secara tidak normal , hal ini disebabkan oleh saka yang menumpang untuk makan . apabila jin meresap dalam tubuh seseorang mengakibatkan otak , jasad dan lidah dikuasai oleh jin tersebut , oleh itu perasaan untuk makan secara berlebihan tidak dapat dikawal oleh seseorang . 

            TANDA TANDA 
  • selalu makan dengan berlebihan kerana terkena gangguan syaitan atau disantau dan disihir
  • mengalami rasa mengatuk yang luar biasa selepas makan
  • sering rasa lapar walaupun telah makan sebelumnya
  • emosi yang tidak stabil seperti mudah marah atau naik angin walaupun hanya perkara kecil
  • sukar ataupun malas untuk melakukan ibadah perintah Allah seperti solat fardhu , puasa dan lain-lain .
  • lebih suka bersendirian daripada bergaul dengan orang ramai
  • timbul perasaan panas dan tidak selesa apabila mendengar ayat-ayat suci Al-quran
  • makan dengan lahapnya apabila mendapat makanan dan tidak membaca doa makan 
  • Sering lapar yang berlebihan pada waktu tengah malam                  
  •                                                                                                                                                                      PUNCA-PUNCA                                                                                                                                                                                                                               
  • Keinginan /nafsu makan yang berpunca daripada jin
  • Menjadi kebiasaan dan rutin untuk memakan makanan yang banyak.
  • Menjadi agresif dan mengamuk apabila tidak dapat makan dengan banyak
  • Mengalami depresi sehingga nafsu untuk makan kerana datang daripada bisikan jin/syaitan
  • Mendengar bisikan syaitan /jin sehingga nafsu makan bertambah
  • Tidak dimulakan dengan bismillah sebelum makan                                                                                                                                                                                                                                        ๐Ÿ“ŒJika anda mengalami masalah ini boleh lah berkunjung ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa bagi menyelesaikan masalah anda, in sha allah kami dapat membantu . Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi 0111-9980010 ( PEMBANTU PERUBATAN )                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    

JENIS JENIS MIMPI YANG DISEBABKAN OLEH SANTAU/SIHIR/SANTET/BLACKMAGIC

                             JENIS JENIS MIMPI YANG DISEBABKABN OLEH SANTAU/SIHIR

Bermimpi sering dikaitkan dengan mainan tidur sahaja tetapi tanpa kita sedari bahawa mimpi juga boleh dijadikan petunjuk kepada orang yang terkena sihir/santau.Mimpi yang terkena sihir/santau adalah mimpi yang memberi pertanda buruk untuk orang yang memimpikanya jika anda bermimpi terkena sihir maka sudah pasti sihir ini adalah buatan orang yang ingin menganggu anda dengan cara mengunakan ilmu hitam.Pertanda baik atau buruk bergantung pada cerita dalam mimpi.Oleh itu selalu lah meminta pertolongan/perlindugan dari allah s.w.t.Terdapat beberapa jenis mimpi yang disebabkan oleh santau/sihir 
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                   JENIS JENIS MIMPI                                                                                                                                                             
  1. Bermimpi kawasan perkuburan                                                                                                      Tempat yang sesuai untuk menyihir mangsa adalah di kawasan perkuburan dengan mengunakan barang sihir.Barang sihir ia diletakkan di laluan dimana mangsa selalu melalui apabila mangsa melangkah maka mangsa terkenalah sihir tersebut                                                                                                                                                                                        
  2. Bermimpi terjatuh di tempat tinggi                                                                                                Sesiapa yang bermimpi jatuh di tempat yang tinggi seperti di puncak gunung,puncak pokok,jatuh di bagunan dan lain lain                                                                                                                                                                                                                                                          
  3. Bermimpi tergelam di laut                                                                                                              ini bermaksud anda telah meminum air yang telah dijampi dan Sihir ini dihantar dengan mengunakan perantaraan air yang dijampi                                                                                                                                                                                                                                              
  4. Bermimpi melihat tengkorak ataupun bangkai                                                                            Jika anda bermimpi seperti itu ini bermakna barang sihir itu ditanam di  kubur                                                                                                                                                                                
  5. Bermimpi binatang yang berbisa                                                                                                    Digigit binatang berbisa seperti ular,lipan adalah bertanda yang buruk.Bermimpi binatang berbisa ini sering dikaitkan dengan gangguan sihir. Orang yang bermimpi binatang berbisa barangkali terkena sihir                                                                                                                                                                                                                                                                                
  6. Bermimpi menyusukan bayi                                                                                                            Jika anda termimpi menyusukan bayi ini bermakna  anda ada gangguan jin atau sihir di dalam badan.Mimpi yang disebabkan sihir atau gangguan jin akan terjadi berulang ulang                                                                                                                                                              
  7. Bermimpi ada di dalam gereja                                                                                                        Bermimpi terdengar loceng di dalam gereja berulang kali semasa dalam mimpi                                                                        
๐Ÿ“ŒKepada sesiapa yang menghadapi sebarang masalah yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus,sihir,santau mahupun penyakit-penyakit lain, datanglah  ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa bagi menyelesaikan masalah anda, in sha allah kami dapat membantu . Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi 0111-9980010 ( PEMBANTU PERUBATAN ) 


                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                

SERING MELIHAT KELIBAT BAYANGAN HITAM AKIBAT SIHIR/SANTAU/SANTET/BLACKMAGIC

                      SERING MELIHAT KELIBAT BAYANGAN HITAM AKIBAT SIHIR/SANTAU              


 Bayangan terkadang boleh bergerak dan berubah bentuk bayangan juga boleh menakutkan sesiapapun yang melihatnya terutama bayangan kelibat hitam yang dikatakan datang dari sihir/santau lebih parah lagi apabila kelibat bayangan hitam mengganggu dan menakutkan  keluarga anda.Biasanya kejadian yang sering berlaku pada waktu tengah malam .Mungkin anda pernah melihat kelibat bayangan hitam  di mana mana atau terdengar barang jatuh,barang pecah dengan sendiri ,kerusi atau sofa bergerak dan lain lain .Jika anda terlihat kelibat bayangan hitam mungkin ada gangguan jin atau gangguan sihir/santau


TANDA TANDA 

  • Sering merasakan seram atau takut apabila berada dalam rumah
  • Sering terdengar bunyi yang pelik seperti berbual bual ,berbisik ,orang bermain ,pintu tertutup sendiri dan lain lain
  • Merasa panas ,gelisah bila berada dalam rumah
  • Terhidu bau yang busuk sangat atau bau yang aneh
  • Keluarga sukar untuk mengejarkan solat atau tidak khusyuk dalam solat akibat gangguan jin
  • Pintu bilik dalam rumah terkunci sedangkan tiada sesiapapun yang ada dalam bilik
  • Anda akan sukar tidur malam dan merasa ada orang ramai di dalam bilik anda.
  • Pasangan suami isteri sering bergaduh,bertengkar 
  • Sering diganggu dengan bayangan kelibat hitam yang menakutkan

CARA CARA 
  • Menanam pokok yang boleh menghalau makluk halus seperti pokok bidara,pokok limau nipis,pokok buluh .
  • Selalu mendengar ayat suci al quran dan berdoa kepada allah s.w.t semoga allah melindungi 
  • Sebelum anda berpindah ke rumah yang baru anda hendaklah membuat solat hajat ,bacaan yasin supaya selamat untuk tinggal
  • Datang  berjumpa dengan ustaz yang mahir dengan ilmu mengubat dengan keadah rawatan islam


๐Ÿ“ŒKepada sesiapa yang menghadapi sebarang masalah yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus,sihir,santau mahupun penyakit-penyakit lain, datanglah  ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa bagi menyelesaikan masalah anda, in sha allah kami dapat membantu . Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi 0111-9980010 ( PEMBANTU PERUBATAN ) 



TERAS KAYU KERBAU TUAQ

 TERAS KAYU KERBAU TUAQ




K00001
KEHEBATAN
TKKK 150130200

KEGUNAAN:
    ✓ Sebagai penunduk kepada musuh, lawan dan pasangan
    Kebal darurat
    Melemahkan niat jahat seseorang
    Digeruni oleh orang ramai
    Sebagai pendinding diri daripada gangguan makhluk halus
    Menguatkan semangat dan keyakinan dalam diri
    Memberi keberanian kepada pemilik
    Keras semangat
    Memberikan keyakinan
    Pendinding daripada serangan santau dan sihir
    Anti pukau
    Menguatkan pinggang

KHASIAT INI HAK MILIK WALINUR SYIFA
011-19980010

Ini hanyalah ikhtiar zahir sahaja, hanya Allah yang menyembuhkan.

Maharnya tidak dapat dinyatakan secara khusus kerana dikhuatiri akan menjejaskan kualiti dan khazanah mistik.

KHASIAT INI HAK MILIK WALINUR SYIFA
011-19980010

TIDAK DIJAMPI DENGAN UNSUR-UNSUR SYIRIK

BARANG ADALAH TERHAD

KHASIAT INI HAK MILIK WALINUR SYIFA
011-19980010

Sekiranya berminat, sila klik ๐Ÿ‘‰ WhatsApp

Saturday, August 13, 2022

MASALAH MUNTAH DARAH DISEBABKAN OLEH SANTAU/SIHIR

                      MASALAH MUNTAH DARAH DISEBABKAN OLEH SANTAU/SIHIR
                       


Muntah darah adalah disebabkan oleh keadaan yang disebabkan pendarahan pada salur pencernaan . Terdapat dua warna darah yang keluar iaitu darah warna merah pekat dan warna hitam . Darah merah pekat ini menunjukan keadaan seseorang menjadi kritikal manakala darah warna  hitam disebabkan oleh salur pencernaan mengalami kecederaan lalu darah tersebut bercampur dengan asid maka bertukarlah warna kehitaman . Muntah darah bukan saja disebabkan oleh pendarahan salur pencernaan tetapi ada juga yang disebabkan oleh santau/sihir yang sering terjadi di sekeliling kita , oleh itu mestilah membuat rawatan dengan segera dan tepat .

PUNCA PUNCA

  • Menyebabkan luka pada dinding salur pencernaan 
  • Termakan racun yang dihantar oleh penyantau sihir
  • Disebabkan oleh kecederaan pada area perut
  • Pembekuan darah yang disebabkan oleh gangguan jin
  • pembuluh darah pecah disebabkan kerongkongan membesar
  • Kecederaan pada usus yang disebabkan oleh termakan barang santau/sihir
TANDA TANDA 
  •  Muntah darah diliputi dengan rasa mual , rasa tidak nyaman di perut dan  nyeri perut 
  • Mereka cepat marah dan mudah tertidur apabila terkena sihir / santau
  • Sakit sesak nafas yang disebabakan oleh sihir/santau 
  • Sakit kepala /migrain yang berterusan  pada waktu tertentu seperti selepas asar hingga larut malam 
  • Tidak selesa dengan suasana yang keramaian dan perkumpulan 
  • Lebih suka keadaan yang sepi dan sering menyendiri
  • Mempunyai perasaan yang cemas berlebihan , sering berasa galau dan gundah
  • Tidur terkejut
  • Sakit bahu, sakit pinggang
  • Sakit di ari-ari
                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                              ๐Ÿ“ŒJika anda mengalami masalah muntah darah yang disebabkan daripada santau/sihir boleh lah datang ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa bagi menyelesaikan masalah anda, in sha allah kami dapat membantu . Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi 0111-9980010 ( PEMBANTU PERUBATAN )                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                           

PETUA HILANGKAN SAKIT GIGI

 PETUA HILANGKAN SAKIT GIGI


Sakit gigi merupakan penyakit yang semua orang tahu memang amat menyeksakan, setiap kali sakit gigi menyerang berdenyut hingga ke kepala. Apa tidaknya bila kita berbuat sesuatu kerja semuanya tidak akan menjadi . Bermacam-macam ikhtiar dilakukan seperti makan ubat, berkumur malah pergi ke klinik untuk mencabut atau ditampal gigi yang sakit . 

Berikut dibawah antara “petua hilangkan sakit gigi” iaitu seperti:

๐Ÿ’ญ Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau ada gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi dalam lubang gigi dan tutup dengan kapas. InsyaAllah, sakit beransur kurang.

๐Ÿ’ญBancuh satu sudu kecil garam dalam secawan air hangat. Setelah melarut, biarkan seketika agar ia suam. Kemudian gunakan untuk berkumur agar sakit gigi reda.

๐Ÿ’ญ Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. InsyaAllah sakit gigi anda cepat hilang.

๐Ÿ’ญ Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit. InsyaAllah sakit gigi akan berkurangan.

๐Ÿ’ญAmbil 7 helai daun sirih tua bertemu ruas direbus dengan air sebanyak 4 – 6 gelas sehingga mendidih. Sejukkan dan tapiskan. Berkumurlah dengan air rebusan daun sirih tersebut. Sakit gigi akan hilang. Amalkan 1 kali sehari

๐Ÿ’ญ Ambil daun lidah buaya dan letakkan pada tempat yang sakit. Dalam kira-kira 2-3 jam kemudian dapat menghentikan rasa sakit.

๐Ÿ’ญ Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habatussauda), letakkan ke dalam gigi yang berlubang, amalkan 2 kai sehari

๐Ÿ’ญ Ambil daun serai makan dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.

๐Ÿ’ญ Ambil buah tomato muda kemudian dibelah dua, setelah itu masukkan tomato tadi sebahagian kecil ke dalam gigi anda yang sakit. Seandainya gigi anda dimakan ulat pasti ulatnya akan keluar dengan sendirinya. Dan tidak lama kemudian berkumur-kumurlah bila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai pasti anda tidak akan diulangi sakit gigi lagi.

๐Ÿ’ญ Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi.



๐Ÿ“ŒJika anda mengalami masalah ini boleh lah berkunjung ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa bagi menyelesaikan masalah anda, in sha allah kami dapat membantu . Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi 0111-9980010 ( PEMBANTU PERUBATAN ) 

ADAB MENAIKI KENDERAAN

 ADAB MENAIKI KENDERAAN

gambar hiasan sumber: gempak.com

Rasulullah s.a.w. mengajar kita untuk sentiasa beradab dalam melakukan sesuatu perkara termasuk perbuatan yang menjadi rutin harian seperti makan, tidur dan menaiki kenderaan. Selain membaca doa sebelum memulakan perjalanan, terdapat adab lain yang wajar diikuti ketika menaiki kenderaan, iaitu;

  1. Memasuki kenderaan dengan kaki kanan dan keluar dengan kaki kiri.
  2. Menjaga keselamatan dengan memakai helmet atau tali pinggang keledar.
  3. Merancang perjalanan dengan baik.
  4. Menjaga kebersihan dan tidak merosakkan kenderaan awam.
  5. Tidak berebut-rebut ketika menaiki kenderaan.

Doa Menaiki Kenderaan


Maksudnya: Maha suci Tuhan yang telah memudahkan kenderaan ini untuk kami, sedang kami sebelum itu tidak terdaya menguasainya dan sesungguhnya kepada Tuhan kamilah kami akan kembali.

(Surah az-Zukhruf, ayat 13-14)


AKIBAT TIDAK MENGAMALKAN ADAB MENAIKI KENDERAAN
  • menyusahkan orang lain
  • menyebabkan kesesakan lalu lintas
  • menyebabkan kemalangan
  • membahayakan nyawa sendiri dan orang lain

MANFAAT BUAH ZAITUN

MANFAAT BUAH ZAITUN



Buah zaitun mempunyai khasiat yang tertentu terdapat banyak khasiat yang dapat kita perolehi daripada buah zaitun ini contohnya kalsium,zat besi.magnesium dan lain lain  .Buah zaitun ini juga dikenali sebagai buah yang rendah karbohidrat selain itu buah zaitun juga mengandugi zat besi dan kalsium untuk pemtumbuhan dan kekuatan tulang .Allah s.w.t telah menyebut dalam al quran mengenai buah zaitun di dalam al quran  tentang minyak yang penuh berkat.pada masa yang sama buah zaitun juga boleh digunakan untuk mengubati orang yang terkena sihir/santau


MANFAAT BUAH ZAITUN 
  • Cacing di dalam badan juga boleh disingkirkan dengan cara  mengunakan buah zaitun 
  •  Dapat mencegah pelbagai penyakit terutamanya penyakit jantung dan mencegah proses radang dan pembekuan darah
  • Buah zaitun boleh digunakan dalam perubatan ruqyah untuk gangguan jin/sihir
  • Buah zaitun dijadikan bahan dalam menghasilkan asas produk kecantikan dan ramuan kosmetik
  • Minyak zaitun dapat digunakan untuk mengoles di tubuh badan yang terkena sihir
  • Dapat menghilangkan sihir dan pengaruh jin 
CARA KEGUNAAN BUAH ZAITUN 
  •  Kegunaan pada bahagian luaran seperti disapukan kepada kulit , rambut , wajah dan seluruh anggota badan 
  • Oleskan minyak zaitun  di telapak tangan lalu diurut pada bahagian anggota badan yang  terkena sihir
  • Minum minyak zaitun 2 sudu setiap hari sebelum sarapan dan 1 sudu waktu malam sebelum tidur
  • Sebelum sarapan waktu pagi dan sebelum tidur pada waktu malam minum buah zaitun 
  • Buah zaitun boleh disapu pada sendi-sendi utama yang terlibat dengan sihir , gangguan , saka dan santau                                                                                                                                                                                                                                                                                                              ๐Ÿ“ŒKepada sesiapa yang menghadapi sebarang masalah yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus,sihir,santau mahupun penyakit-penyakit lain, datanglah  ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa bagi menyelesaikan masalah anda, in sha allah kami dapat membantu . Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi 0111-9980010 ( PEMBANTU PERUBATAN )  

BATU LEKLAI NAGA

 BATU LEKLAI NAGA PANJANG 19 CM LEBAR 11 CM DILARANG COPY IMAGES INI !!! K00001 KEHEBATAN BLN 25021202024750 KHASIAT INI HAK MILIK WALINUR S...