Masalah mental merupakan suatu penyakit yang tidak asing lagi di mata masyarakat kita. Penyakit sebegini biasanya melibatkan gangguan pada fungsi otak serta mengakibatkan perubahan pada setiap pemikiran, perasaan dan perbuatan (tingkah laku) seseorang sehingga boleh hilang kewarasan. Namun tahukah anda? Antara salah satu punca masalah ini adalah disebabkan oleh perbuatan sihir. Ya, ianya dipanggil sebagai Sihir Hawatif. Sihir ini boleh menyebabkan seseorang itu diganggu oleh jin-jin yang dikirim untuk membisikkan dengan sesuatu yang menakutkan atau memperdengarkan seperti suara-suara orang yang dikenali walhal ketika itu tiada sesiapa pun yang berinteraksi bersama mangsa. Selain itu, jin juga akan disuruh oleh si tukang sihir supaya muncul di dalam mimpi-mimpi mangsa dan menjelma sebagai binatang buas atau dalam rupa yang menakutkan. Hal ini adalah bertujuan untuk menjadikan mangsa berada dalam keadaan stress /tertekan dan akhirnya akan mengakibatkan kepada penyakit gila kerana perasaan takut dan curiga bersangatan yang dialaminya. Berikut adalah antara tanda-tanda masalah mental yang berpunca daripada sihir/santau dan punca-puncanya :
TANDA-TANDA :
- Mendengar seseorang memanggil namanya tetapi tidak dapat melihat sesiapa di sekeliling.
- Mendengar bisikan tetapi tidak dapat dijelaskan.
- Merasa sangat mencurigai orang-orang di sekeliling.
- Mengalami mimpi terjatuh dari tempat yang tinggi.
- Cepat merasa marah / emosi kurang stabil serta berterusan berdendam dengan seseorang.
- Terasa telinga seperti berdengung.
- Sering was-was, cemas dan ketakutan berlebihan.
- Suka berkhayal / termenung / duduk bersendirian.
- Fikiran selalu rungsing / sedih / jantung berdebar tanpa asbab.
- Merasakan diri seolah-olah diikuti oleh seseorang / seperti ada yang mengajak bersembang / rasa seperti akan dilamar / mendengar bisikan supaya berbuat jahat ( rogol/bunuh/sumbang mahram/mencuri dan sebagainya).
- Sering tercium bau wangi/busuk.
- Merasa seolah-olah benda disekeliling berpusing/berputar.
- Secara tiba-tiba dapat meramal atau mengetahui sesuatu yang akan terjadi.
- Dapat melihat/merasai kehadiran makhluk halus.
- Sakit pada salah satu anggota badan tetapi setelah diperiksa tidak menemui sebarang penyakit.
PUNCA-PUNCA :
- Faktor genetik atau keturunan
- Gangguan bahan kimia di dalam otak seperti mengambil dadah dan alkohol
- Sejarah hidup yang getir
- Keadaan sosioekonomi yang rendah seperti faktor kemiskinan, tiada kemudahan asas atau keganasan
- Disihir atau santau yang menyebabkan seseorang itu memperoleh tekanan yang teramat sangat sehingga mengakibatkan mangsa menjadi mental/gila
📌 Kepada sesiapa yg menghadapi masalah ini, bolehlah datang ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa untuk menyelesaikan masalah anda, in sha Allah kami dapat membantu . Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi 0111-9980010 ( PEMBANTU PERUBATAN )
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.