MASALAH SARAF YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM DAN SAKA
Saraf merupakan satu nama yang tidak asing malahan dikenali ramai oleh masyarakat kita pada hari ini. Namun tahukah anda apakah fungsi saraf untuk tubuh badan seseorang manusia? Sistem saraf biasanya bermula daripada otak sehingga ke saraf tunjang dan fungsinya adalah untuk menghantar maklumat ke seluruh badan manusia. Saraf juga boleh menyebabkan seseorang itu menjadi sukar untuk bernafas, mengalami masalah penghadaman, penglihatan dan juga pendengaran. Saraf ini sebenarnya bukan sahaja melibatkan kaki dan tubuh sahaja, malahan ia juga boleh menjadikan seseorang itu merasa kebas, tiada kekuatan untuk bergerak dan kadangkala menyebabkan sesuatu bahagian tubuh badan merasa mencucuk-cucuk. Namun, apa yang merisaukan lagi adalah ia juga boleh mengakibatkan seseorang mengalami kemurungan, letih dan tidak bersemangat kerana elemen fizikal dan psikologi sudah pun terjejas. Juga apa yang anda harus tahu, masalah saraf ini juga boleh berpunca daripada perbuatan khianat sihir dan santau.
JENIS-JENIS SARAF DAN FUNGSINYA :
- Saraf Motor - Mengawal pergerakan dan tindakan dengan menyampaikan maklumat dari otak dan saraf tunjang ke otot.
- Saraf Deria - Menyampaikan maklumat dari kulit ke otot ke saraf tunjang dan ke otak. Maklumat ini diproses untuk membolehkan kita merasa sakit.
- Saraf Automatik - Mengawal aktiviti denyuta jantung,penghadaman, pengawalan suhu dan tekanan darah.
TANDA-TANDA KEROSAKAN :
- SARAF MOTOR - Kejang otot, hilang keseimbangan badan, lemah otot serta hilang kawalan otot.
- SARAF DERIA - Kebas dan kesemutan, sangat sensitif pada sebarang sentuhan dan sakit mencucuk pada sesuatu bahagian.
- SARAF AUTOMATIK - Mengalami masalah pundi kencing / penglihatan / penghadaman, berlebihan atau kekurangan peluh, pening semasa berdiri, kadar denyutan jantung tidak normal, sesak nafas, terjaga pada waktu malam tanpa sengaja, kemurungan dan kurang bersemangat.
PUNCA-PUNCA MASALAH SARAF :
- Saraf yang terhimpit/trauma akibat dihimpit oleh tumor atau trauma akibat pembedahan dan sebagainya.
- Diabetes kerana hampir 70% daripada pesakit diabetes mengalami kerosakan saraf.
- Kesan sampingan daripada ubat-ubatan dan bahan toksik seperti kimoterapi untuk kanser dan ubat tertentu untuk merawat penyakit HIV, plumbum , arsenik dan lain-lain.
- Penyakit berjangkit tertentu yang mampu memberi kesan kepada saraf.
- Perbuatan sihir yang menggunakan patung, gambar dan sebagainya.
- Perbuatan santau melalui angin, seru dan sebagainya.
Jika terdapat salah satu tanda-tanda seperti diatas terhadap anda dan orang disekeliling, anda dinasihatkan agar menanganinya dengan cepat kerana dikhuatiri masalah saraf ini akan berlanjutan malahan menjadi semakin parah jika ianya tidak dibendung. Kunjungi Pusat Rawatan Walinur Syifa kerana In Shaa Allah disini kami akan membantu anda sebaik yang mungkin. Untuk maklumat lanjut hubungi
011 - 19980010 (Ustaz Nazmi).
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.