NASI TANGAS @ NASI KANGKANG
Nasi tangas atau nama saintifiknya nasi kangkang ini diklasifikasikan sebagai satu ilmu guna-guna atau ilmu pengasih. Nasi tangas ini biasanya disediakan oleh si isteri untuk disajikan kepada suaminya bagi tujuan menundukkan, membodohkan suami atau membuatkan suami timbul rasa kasih sayang yang lebih kepadanya. Perbuatan ini selalunya dilakukan oleh si isteri bagi memastikan suami akan sentiasa berada di bawah telunjuk si isteri agar segala impian yang diingini dapat dicapai.
Sihir ini dikenali sebagai as-sihru'i aswad yang mana ianya merupakan salah satu sihir yang bermain dengan najis, kencing atau darah nifas dengan niat memberi makan kekotoran kepada mangsa akan memberi kesan kepada mangsa untuk tunduk dan patuh kepada si penyihir.
KESAN YANG DIALAMI OLEH MANGSA :
- Mangsa akan memiliki rasa kasih sayang yang lebih kepada isterinya sampai sanggup mengabaikan orang sekeliling termasuk ibu dan bapanya
- Mangsa seolah-olah orang bodoh atau hilang akal kerana akan hanya cuma mengikut kata telunjuk isterinya sahaja
- Mangsa akan sentiasa teringat kepada isterinya sehingga mengganggu urusannya yang lain setiap hari tidak kira waktu pagi, petang, siang dan malam
KESAN SAMPINGAN :
- Mangsa akan mula berasa sakit-sakit badan dalam tempoh masa yang panjang
- Mangsa akan merasa benci kepada wanita lain selain isterinya dan berkemungkinan boleh memakan diri si penyihir itu sendiri kerana berkemungkinan mangsa boleh turut sama membenci isterinya
- Mangsa akan kehilangan kerja lantaran menyusahkan dirinya dan isteri itu sendiri
TANDA-TANDA TERKENA SIHIR NASI TANGAS @ NASI KANGKANG :
- Malas untuk melakukan rutin seharian, amal ibadah dan pekerjaan
- Tidak mampu untuk mengawal diri sendiri
- Sentiasa mengalami gangguan semasa atau sebelum tidur
- Hilang selera makan makanan lain selain makanan yang dimasak oleh isterinya
- Sakit-sakit tubuh, sering berdebar, sebu dalam perut dan sering berada dalam ketakutan terutama selepas waktu asar hingga subuh
Sukacita disarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Masalah sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.
Dapatkanlah rawatan dengan segera. In Syaa Allah kami sedia membantu anda. Rawatan Jarak Jauh untuk pesakit yang tidak dapat datang ke klinik kami turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.