Friday, April 20, 2018

PETUA UNTUK TERANGKAN MATA

PETUA UNTUK TERANGKAN MATA


Mata merupakan pancaindera yang dikurniakan oleh Allah kepada kita semua. Ada yang memiliki mata normal dan ada yang memakai cermin mata disebabkan masalah mata ataupun disebabkan faktor usia.

Hal ini kerana, mata seorang manusia memiliki 107 sel yang sensitif dengan cahaya dan haruslah diakui bahawa teknologi masa kini banyak mengeluarkan gajet-gajet yang banyak mengeluarkan cahaya dan telah menjadi satu aset utama dalam kehidupan seorang manusia seperti television, telefon pintar, komputer riba dan sebagainya.

Justeru, setiap aset yang disebutkan di atas boleh mengundang risiko untuk mengganggu keterangan mata anda dan lebih teruk lagi ianya mampu menyebabkan mata menjadi rabun.

Jadi, pada posting kali ini, kami di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa ingin berkongsi kepada anda beberapa petua atau amalan untuk mengekalkan kecerahan mata agar sentiasa dapat melihat dengan baik sehingga ke hari tua.

AMALAN-AMALAN YANG DAPAT DIAMALKAN :
  1. Amalkan membaca surah 4 qul setiap kali membasuh muka selepas bangun daripada tidur sambil berniat dan berdoa kepada Allah agar diterangkan mata. Amalkan setiap hari.
  2. Setiap kali berwudhu' samada untuk menunaikan solat atau dengan tujuan yang lain, apabila sampai ke bahagian muka, masukkan sedikit air ke dalam mata sambil menyapu ke seluruh muka. Boleh juga diselangi dengan selawat ke atas Nabi S.A.W.
  3. Makan makanan yang boleh menyihatkan mata seperti buah-buahan secara amnya seperti lobak merah, buah betik, buah kiwi, sayuran hijau dan jambu batu. Boleh amalkan dengan bacaan doa dari Al-Quran dari surah Qaf, ayat 22 sebanyak 14 kali dan tiup ke buah-buahan atau sayuran tersebut sebelum makan.
  4. Sebelum tidur, urut perlahan-lahan di dahi kita hingga ke ruang antara kening kita. Dan rehatkan mata selama 3-5 minit sebelum lelapkan mata. sertakan dengan niat untuk diberikan kecerahan mata yang berpanjangan.
  5. Elakkan mata untuk melihat perkara yang menjerumus ke arah kemungkaran, kemaksiatan dan seumpamanya.
Amalkan salah satu dari amalan-amalan tersebut atau keseluruhannya secara istiqamah serta yakin akan keberkatan dari Nya dan lihatlah sendiri hasilnya.


Selamat Mencuba !!!

Untuk masalah lain yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus mahupun penyakit lain. Hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi)



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

KACIP/ KATI PINANG ANTIK KEPALA NAGA BESI KUNING

  KACIP/ KATI PINANG ANTIK KEPALA NAGA BESI KUNING DILARANG COPY PAGE IMAGE INI!!! K00001 KEHEBATAN KKPAKNBK 08071502024450 Mungkin tidak ra...

PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA

PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA

PELAN LOKASI KE PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA, KELANTAN

PELAN LOKASI KE PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA, KELANTAN

SABDA RASULULLAH S.A.W


Sabda Rasulullah S.A.W :
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:

"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
(Riwayat Muslim dan Ahmad)

SOLAT HAJAT KHUSUS DAN RAWATAN JARAK JAUH




SOLAT HAJAT KHUSUS DAN RAWATAN JARAK JAUH




Solat sunat hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada di dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi memohon pertolongan daripada Allah S.W.T dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimanapun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah yang maha pencipta.


Solat hajat khusus pula dilakukan dengan beberapa amalan yang khusus dan perlu mengikut tata cara serta susunan yang betul bagi mendapatkan keberkatan serta keberkesanan yang kuat dari amalan solat hajat khusus ini. Solat hajat khusus dikatakan sangat mustajab untuk mengabulkan segala doa. Siapa pun yang melakukan solat hajat ini maka In Syaa Allah akan dikabulkan oleh Allah S.W.T.


ANDA MEMPUNYAI HAJAT ATAU MASALAH YANG INGIN DISELESAIKAN SEPERTI :


  • Ingin segera melunaskan hutang
  • Hajat untuk segera mendapatkan jodoh
  • Masalah anak lari dari rumah
  • Masalah dengan kawan, pasangan, jiran, rakan sekerja, musuh, lawan dan sebagainya
  • Masalah pada premis perniagaan mahupun syarikat yang dimiliki oleh anda
  • Masalah dalam berumah tangga
  • Masalah penyakit yang tidak kunjung sembuh
  • Hajat untuk mendapat rezeki yang melimpah ruah
  • Atau apa sahaja hajat atau masalah yang ingin anda selesaikan

Kami di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa ada menyediakan pakej Solat Hajat Khusus dan Jarak jauh bagi pesakit-pesakit atau individu yang tidak dapat hadir, memerlukan hajat selama ini segera dimakbulkan. In Syaa Allah akan kami usahakan mengikut kaedah dan tata cara yang betul serta terbukti berkesan buat anda.


Maharnya bernilai di antara RM 1700.00 hingga RM 4500.00 (Mengikut situasi, masa, bentuk, tahap dan jenis hajat atau masalah yang ingin diselesaikan.


1.Maharnya RM 1700 dan RM 2700 berikut adalah berkenaan

  • suami curang dan kayu tiga
  • anak lari dari rumah
  • campur tangan pihak ketiga
  • lunaskan hutang
  • isteri skandal dengan laki lain
  • Pasangan yang tidak setia
  • Campurtangan dari keluarga mentua
  • Dadah
  • Dan lain -lain

2.Dan mahar RM2700 dan RM4000 keatas adalah

  • Santau
  • Sihir
  • Santet
  • Teluh
  • Tenung
  • Saka dari keturunan
  • Ajaran ilmu sesat (black mental)
  • Pelet
  • Dan lain -lain


Untuk keterangan lanjut, hubungi 014 - 217 1141 (Ustaz Nazmi) atau boleh terus datang ke pusat rawatan kami yang beralamat seperti di bawah :


Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa


Lot 2547/A, Kg. Kubang Pa'Amin,

Kasar, 17000 Pasir Mas,

Kelantan.