- Beli lauk sahaja. Tidak dinafikan sesetengah orang sibuk bekerja sehingga tidak sempat untuk memasak dan terpaksa singgah ke bazar untuk membeli juadah. Jika anda mahu berjimat beli lauk sahaja tanpa nasi. Balik ke rumah masak nasi sendiri dan boleh makan sampai ke sahur.
- Jangan beli air. Sudah sedia maklum di bazar mesti terdapat pelbagai air yang menarik perhatian pengunjung. Untuk berjimat bancuh air sendiri di rumah.
- Beli satu jenis kuih sehari. Terdapat pelbagai jenis kuih muih yang dijual di bazar. Untuk berjimat dan dapat merasa pelbagai jenis kuih anda membeli satu jenis kuih sehari secara bertukar-tukar.
- Bawa duit sedikit sahaja. Bawa dalam RM10 hingga RM20 untuk ke bazar. Jika anda bawa duit dalam jumlah yang banyak maka jumlah pembelian anda juga menjadi bertambah.
- Pergi satu bazar sahaja. Sebulan puasa jangan pergi semua bazar yang ada kawasan anda. Sekiranya sudah selalu pergi ke satu bazar itu sahaja anda sudah biasa dengan juadah yang dijual dan keinginan untuk membeli itu akan berkurang.
- Pergi membeli pada hujung-hujung waktu berbuka. Kebiasaanya waktu begini pengunjung sudah mula berkurang dan ketika ini juga para peniaga menurunkan harga untuk menghabiskan jualan.
Pembaziran adalah salah satu penyakit hati yang perlu dirawat menggunakan cara rawatan Islam yang menggunakan ayat-ayat al-quran dan air syifa. Jika anda mengalami masalah tersebut boleh datang ke pusat rawatan kami di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa. Untuk pengetahuan anda semua, kami juga merawat semua jenis masalah batin yang anda hadapi seperti santau, sihir, saka, dan histeria. Juga membantu dan menyediakan khidmat kaunseling untuk anda yang menghadapi masalah penyakit kronik seperti barah, jantung, hati, batu karang dan lain-lain lagi.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi : 011-19980010 (Ustaz Nazmi)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.