KEISTIMEWAAN BULAN SAFAR
Bulan Safar adalah bulan kedua dalam kelaendar islam (Hijriyah) yang berdasarkan tahun Qamariyah (perkiraan bulan menelilingi bumi). Perkataan Safar artinya kosong dan dinamakan Safar kerana dalam bulan ini orang-orang Arab zaman dahulu sering meninggalkan rumah atau tempat kediaman untuk menyerang musuh atau berhijrah. Menurut bahasa perkataan Safar ini bermaksud kosong, ada pula yang mengartikannya kuning. Ada pula yang menyatakan bahawa nama Safar diambil dari nama suatu jenis penyakit sebagaimana yang diyakini oleh orang-orang Arab jahilliyah pada zaman dahulu iaitu penyakit yang bersarang di dalam perut (sejenis ulat besar ) atau sejenis angin berbahawa panas yang menyerang bahagian perut dan mengakibatkan orang yang terkena menjadi sakit.
Bulan Safar adalah salah satu bulan yang dianugerahkan oleh Allah SWT. Malah sayangnya,ada yang menganggapkan bahawa bulan safar ini adalah bulan bala/sial kerana Para ulama terdahulu sependapatkan bahawa Allah SWT. memang banyak menurunkan musibah/bala pada hari Rabu terakahir bulan Safar.
Ulama ahli ma'rifat juga menyebutkan bahawa di setiap tahun akan turun 320.000 bala yang semuanya diturunkan pada hari Rabu terakhir bulan safar. Oleh keranabala yang di turun pada bulan Safar tersebut bukan asbab/alasan untuk menganggap bahawa bulan Safar adalah bulan bala/sial . Justru sebaliknya, kita harusnya menganggap bahawa di bulan Safar ini Allah SWT tengah memberikan ujian besar kepada umat-nya. Maka ketika musibah itu dianggap sebagai ujian , setiap orang akan berusaha memperbanyakkan amal ibadah agar dihindarkan dari mara bahaya adalah salah satu cara menghadapi ujian tersebut.
Hadis dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah saw bersabda : " Tidak ada penyakit menular (yang berlaku tanpa izin Allah), tidak ada buruk sangka pada sesuatu kejadian, tidak ada malang pada burung hantu dan tidak ada bala (bencana) pada bulan Safar (seperti yang dipercayai)"
Hadis Rasulullah saw.: Tidak ada wabah dan tidak ada keburukan bunatang terbang dan tiada kesialan bulan Safar dan larikan (jauhkan diri ) daripada penyakit kusta sebagaimana kamu melarikan diri dari seekor singa (Haris riwayat Bukhari )
Peristiwa penting yang berlaku pada bulan Safar mengikut sejarah Islam :
- Pernikahan Rasulullah saw dengan Khadijah.
- Peristiwa Perang Al-Abwa.
- Tragedi Ar Raji'
- Tragedi Bi'ir Ma'unah
- Kemengan Perang Khaibar
- Peristiwa pengepungan di Khats'am
- Masuk Islamnya Bani Udzrah
Menurut ulama ada beberapa amalan yang kita boleh laku letika bulan Safar iaitu:
- Solat sunat empat rakaat dengan setiap rakaat membaca surah al-Kautsar 17 kali, Surah Al-Ihklas 5 kali, serta Ma'udzatain 1 kali dan membaca doa. In sha Allah ia akan hindarkan dari berbagai musibah di hari itu samapai tahun depan.
- Disunatkan membaca surah Yaasin sebanyak 313 kali kemudian berdoa ( baca fadhilat surah yaasin)
- Keutamaan berzikir dapat menitik berat timbangan diakhirat,mendatangkan pahala dan dicinta allah
- Melakukan solat berjemaah dimasjid seperti keutamaan solat asar berjemaah
- Membaca al-quran ,banyak manfaat terutama untuk mengetahui ayat al-quran
- berselawat kepada rasul
- Keutamaan dalam islam sangatlah banyak bersedekah tidak harus mengeluarkan harta berlimpah
- Mengajak kearah kebaikan
- Membaca doa diantara adzan dan iqamah
- Menyambung tali siratulrahim,melaksanakan solat jumaat bagi para lelaki
- Memperbanyakkan istighfar ,menjenguk orang sakit ,menyempurakan wudhu dan membagi ilmu yang bermanfaat
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.