Badi/kuwong merupakan satu malapetaka dan musibah yang selalunya dianggap berpunca dari binatang, tumbuhan dan mayat, berlaku angkara gangguan penjaga dari golongan jin atau makhluk halus yang sering berlaku keganjilan dan keanehan.
Manakala badi/kuwong binatang sebagai contoh, ketika seseorang itu pergi berburu dan telah menembak sampai mati seekor rusa di atas sebuah banggol tanah maka apabila balik ke rumah akan berlakunya perubahan tingkah laku dan berkelakuan seperti rusa.
TANDA-TANDA TERKENA BADI/KUWONG RUSA :
➤Tidak boleh tidur malam
➤Hilang selera makan
➤Tidur ditindih bayang
➤Terbayang sesuatu seperti binatang buruan yang ditempak itu
➤Berkelakuan seperti rusa
➤Terketar-ketar
➤Sakit kepala yang teruk
➤Perubahan pada kulit menjadi gelap/hitam dan kendur seperti daun pisang yang dilayur
➤Terasa lenguh atau sakit di bahagian belakang bada
KESAN-KESAN TERKENA BADI/KUWONG RUSA :
➤Fikiran bercelaru
➤Hilang kestabilan diri
➤Rasa lemah
➤Takut tanpa sebab
➤Perasaan yang tidak menentu dan berubah-ubah
➤Perubahan tingkah laku dan perwatakan
➤DLL
📌Kepada sesiapa yg menghadapi masalah ini ,jangan risau setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian . Jadi bolehlah datang ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa untuk mendapatkan khidmat nasihat dan sebagainya . Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi 0111-9980010 ( USTAZ NAZMI )
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.