Monday, October 25, 2021

PENYAKIT BERPUNCA DARIPADA PERUT BERPUNCA DARIPADA MASALAH SANTAU/SIHIR / SANTET

 


                                                         JANGAN COPY PAGE INI!!!


Dalam sistem organ tubuh badan manusia, perut merupakan salah satu organ paling penting yang berfungsi sebagai organ penghadaman. Kedudukan perut secara lumrahnya terletak di tengah kiri badan manusia. Jika tersalah fungsinya maka buruk akibatnya. Sabda Rasulullah S.A.W dalam hadis  “Tidak ada tempat yang diisi oleh manusia yang lebih buruk daripada perutnya, cukuplah baginya memakan beberapa suapan sekadar dapat memberikan tenaga. Jika tidak dapat dielakkan, maka isilah mengikut kadar kemampuan perut dengan membahagikan kepada tiga bahagian iaitu makanan, minuman dan angin.” (Hadis riwayat Ahmad)

Kebanyakan penyakit banyak berpunca daripada perut. Penyebabnya boleh dikategorikan kepada dua iaitu punca zahir atau batin. Bagi punca zahir kebiasaannya penyakit yang dapat dilihat secara jelas oleh pancaindera manusia dan boleh dirasai tanda-tanda pada tubuh badan. Sebagai contoh, penyakit kencing manis, jantung, gastrik, asma, kanser, alergi dan sebagainya. Penyakit sebegini biasanya wujud apabila cara pemakanan seseorang tersebut tidak terkawal atau tidak sihat seperti makan makanan yang tinggi kolesterol atau makanan ringan secara berlebihan. Maka mudahlah ia berisiko tinggi untuk menghidap penyakit tersebut. Kebiasaanya jika seseorang mempunyai penyakit obesiti, ia pasti dapat dilihat secara zahir dan jelas dengan mata kasar dan mempunyai simpton-simptonnya seperti berat berlebihan dan mudah lesu.

Namun begitu, terdapat juga orang yang menghidap penyakit zahir dalam tempoh yang lama tetapi tidak sembuh jua serta sakit berlarutan walaupun telah menerima pelbagai rawatan klinikal. Malahan, ubat yang disediakan oleh pihak tertentu juga tidak memberi kesan sepenuhnya. Bukan itu sahaja, ada juga sesetengah penyakit zahir seseorang itu tidak dapat dikesan oleh pakar kesihatan kerana ia berkaitan dengan gangguan halus. Bagi masalah yang berpunca daripada penyakit batin ini pula biasanya seseorang itu telah termakan barang-barang yang mengandungi unsur sihir atau terkena santau. Ini kerana, proses sihir dan santau ini bukan sahaja tidak dapat dikesan secara zahir malahan turut menggunakan bahan-bahan yang boleh melukakan serta menyakitkan anggota badan mangsa seperti paku, jarum, serbuk kaca dan buluh miang.  Disebabkan itulah, mangsa merasa sakit pada seluruh atau sebahagian kawasan anggota badan. Contohnya, seseorang itu menghidap penyakit gastrik dan terasa perut mencucuk-cucuk bagai dihiris dengan pisau atau jarum. Penyakit seseorang itu biasanya akan sentiasa berlarutan jika tidak melakukan perubatan yang betul dengan segera. Berikut merupakan tanda-tanda dan punca-punca penyakit yang berpunca dari perut :


TANDA-TANDA

  • Rasa ingin muntah dan mual
  • Perut terasa banyak angin
  • Masalah cirit birit
  • Terasa ada sesuatu bergerak dalam badan
  • Masalah susah membuang ai kecil atau air besar
  • Masalah sakit pinggang dan belakang
  • Masalah sakit sendi
  • Masalah badan rasa panas dalam rasa sejuk (demam)
  • Masalah rasa berat di atas bahu
  • Rasa malas atau tiada semangat (melakukan aktiviti harian)
  • Rasa lemah seluruh tubuh
  • Masalah sakit ari-ari (kawasan peranakan)
  • Masalah sakit di kawasan tengkuk
  • Masalah sakit di kawasan kepala
  • Cepat stress atau panas baran (marah)
  • Mengalami tidur terkejut (mengigau)
  • Mengalami mimpi pelik dan menakutkan atau berada di tempat kotor
  • Berdebar tidak tentu arah (tanpa tujuan)
  • Pernafasan tidak stabil


PUNCA-PUNCA

  • Stress dan tekanan dalaman
  • Pengambilan ubat tidak terkawal
  • Suka makan makanan tidak sihat (banyak pengawet)
  • Tidak membuang air kecil di waktu pagi
  • Termakan barang sihir
  • Terkena sihir, santau, santet dan sebagainya
  • Termakan barang pelaris sama ada di kedai makan atau mana-mana tempat
  • Terkena santau makanan
  • Terpijak atau terlangkah barang sihir secara langsung atau tidak langsung
  • Mengamal amalan yang salah
  • Mempunyai saka keturunan
  • Terkena sihir mahabbah
  • Ada menyimpan barang-barang pusaka yang mempunyai khadam yang tidak baik


📌 Kepada sesiapa yg menghadapi tanda-tanda seperti di atas ini, bolehlah datang ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa untuk menyelesaikan masalah anda, in sha Allah kami dapat membantu . Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi 0111-9980010 ( PEMBANTU PERUBATAN )

 


 



No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

KACIP/ KATI PINANG ANTIK KEPALA NAGA BESI KUNING

  KACIP/ KATI PINANG ANTIK KEPALA NAGA BESI KUNING DILARANG COPY PAGE IMAGE INI!!! K00001 KEHEBATAN KKPAKNBK 08071502024450 Mungkin tidak ra...

PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA

PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA

PELAN LOKASI KE PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA, KELANTAN

PELAN LOKASI KE PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA, KELANTAN

SABDA RASULULLAH S.A.W


Sabda Rasulullah S.A.W :
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:

"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
(Riwayat Muslim dan Ahmad)

SOLAT HAJAT KHUSUS DAN RAWATAN JARAK JAUH




SOLAT HAJAT KHUSUS DAN RAWATAN JARAK JAUH




Solat sunat hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada di dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi memohon pertolongan daripada Allah S.W.T dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimanapun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah yang maha pencipta.


Solat hajat khusus pula dilakukan dengan beberapa amalan yang khusus dan perlu mengikut tata cara serta susunan yang betul bagi mendapatkan keberkatan serta keberkesanan yang kuat dari amalan solat hajat khusus ini. Solat hajat khusus dikatakan sangat mustajab untuk mengabulkan segala doa. Siapa pun yang melakukan solat hajat ini maka In Syaa Allah akan dikabulkan oleh Allah S.W.T.


ANDA MEMPUNYAI HAJAT ATAU MASALAH YANG INGIN DISELESAIKAN SEPERTI :


  • Ingin segera melunaskan hutang
  • Hajat untuk segera mendapatkan jodoh
  • Masalah anak lari dari rumah
  • Masalah dengan kawan, pasangan, jiran, rakan sekerja, musuh, lawan dan sebagainya
  • Masalah pada premis perniagaan mahupun syarikat yang dimiliki oleh anda
  • Masalah dalam berumah tangga
  • Masalah penyakit yang tidak kunjung sembuh
  • Hajat untuk mendapat rezeki yang melimpah ruah
  • Atau apa sahaja hajat atau masalah yang ingin anda selesaikan

Kami di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa ada menyediakan pakej Solat Hajat Khusus dan Jarak jauh bagi pesakit-pesakit atau individu yang tidak dapat hadir, memerlukan hajat selama ini segera dimakbulkan. In Syaa Allah akan kami usahakan mengikut kaedah dan tata cara yang betul serta terbukti berkesan buat anda.


Maharnya bernilai di antara RM 1700.00 hingga RM 4500.00 (Mengikut situasi, masa, bentuk, tahap dan jenis hajat atau masalah yang ingin diselesaikan.


1.Maharnya RM 1700 dan RM 2700 berikut adalah berkenaan

  • suami curang dan kayu tiga
  • anak lari dari rumah
  • campur tangan pihak ketiga
  • lunaskan hutang
  • isteri skandal dengan laki lain
  • Pasangan yang tidak setia
  • Campurtangan dari keluarga mentua
  • Dadah
  • Dan lain -lain

2.Dan mahar RM2700 dan RM4000 keatas adalah

  • Santau
  • Sihir
  • Santet
  • Teluh
  • Tenung
  • Saka dari keturunan
  • Ajaran ilmu sesat (black mental)
  • Pelet
  • Dan lain -lain


Untuk keterangan lanjut, hubungi 014 - 217 1141 (Ustaz Nazmi) atau boleh terus datang ke pusat rawatan kami yang beralamat seperti di bawah :


Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa


Lot 2547/A, Kg. Kubang Pa'Amin,

Kasar, 17000 Pasir Mas,

Kelantan.