APAKAH PENYAKIT ‘AIN?
Penyakit ‘Ain merupakan salah satu penyakit yang tidak asing bagi umat islam. Penyakit ini merupakan gangguan yang disebabkan oleh pandangan mata yang disertai oleh perasaan iri dan hasad dengki. Pandangan mata juga dipercayai mampu mempengaruhi perasaan dan pikiran yang bersifat negatif dan juga mampu menjadikan seseorang itu memiliki kecemburuan yang tinggi terhadap orang lain.
Menurut Imam Muda Hassan, Penyakit ‘Ain juga disebabkan oleh rasa takjub terhadap apa yang dipandang walaupun tanpa sekelumit pun rasa iri hati, tidak kiralah sama ada daripada orang soleh ataupun orang dicintai orang ramai. Memetik pandangan Imam Ibnu Hajar Al-Asqalani dalam kitab Fathul Bari:
‘Ain adalah pandangan hasad daripada tabiat yang buruk yang boleh menyebabkan mudarat pada orang yang dipandangnya.
Tak kiralah orang yang memandang itu jahat, orang yang dengki atau orang yang soleh sekalipun, penyakit ‘ain ini boleh datang dari sesiapa sahaja.
Menurut Laman Web Mufti Wilayah Persekutuan, penyakit ‘ain adalah thabit (kukuh) di dalam nas-nas syara’.
Allah SWT berfirman:
وَإِن يَكَادُ الَّذِينَ كَفَرُوا لَيُزْلِقُونَكَ بِأَبْصَارِهِمْ
Maksudnya: Dan sesungguhnya orang-orang yang kafir itu, hampir-hampir menggelincir dan menjatuhkanmu dengan pandangan mereka (yang penuh dengan permusuhan dan kebencian).
Surah al-Qalam (51)
Menerusi firman Allah di atas, Ibn Abbas, Mujahid dan lain-lain berkata: (لَيُزْلِقُونَكَ) bermaksud mereka hendak menggelincirkan. (بِأَبْصَارِهِمْ) “Dengan mata mereka, maksudnya mereka dengki kepadamu kerana kebencian mereka terhadapmu. Seandainya bukan kerana perlindungan dan pemeliharaan Allah pada dirimu dari mereka (nescaya engkau tidak selamat)
Menerusi ayat ini, jelaslah bahawa sasaran serta pengaruh “mata” adalah benar-benar nyata kewujudannya atas perintah Allah SWT.
Terdapat hadis yang menguatkan lagi kebenaran tentang penyakit ‘ain.
Daripada Abu Hurairah RA, Nabi SAW bersabda :
الْعَيْنُ حَقٌّ
Maksudnya: “Al-‘ain itu adalah haq (benar).”
Dalam hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, Nabi SAW bersabda:
الْعَيْنُ حَقٌّ وَلَوْ كَانَ شَىْءٌ سَابَقَ الْقَدَرَ سَبَقَتْهُ الْعَيْنُ وَإِذَا اسْتُغْسِلْتُمْ فَاغْسِلُوا
Maksudnya: Al-‘Ain itu haq (benar). Jika ada sesuatu yang menjangkaui qadar maka ‘ain lah (yang dapat menjaungkauinya). Jika diminta kepada kamu untuk mandi (untuk penyembuhan), maka mandilah
KESAN & TANDA-TANDA PENYAKIT AIN
Penyakit ‘ain ini semacam gangguan yang tidak normal bagi seseorang.
Seseorang itu juga tidak semestinya sakit bila tertimpa penyakit ini, kesannya boleh dirasai dengan cara lain seperti sering keresahan, tidak boleh tidur dan sebagainya.
Orang sering mengaitkan penyakit ‘ain dengan sihir kerana tanda-tandanya yang hampir sama. Antara tanda-tanda lain bagi penyakit ‘ain ialah :
1. Wajah kelihatan pucat seperti sedang sakit.
2. Badan selalu rasa lemah dan tidak bersemangat.
3. Sering diserang demam panas.
4. Selalu marah-marah tanpa sebab serta emosi tidak stabil.
5. Dibenci oleh ahli keluarga dan orang terdekat.
6. Bermimpi sesuatu yang pelik.
Perasaan iri hati dan hasad dengki merupakan penyebab utama berlakunya penyakit ‘Ain. Oleh itu, kita sebagai umat islam digalakkan untuk sentiasa berdoa agar kita dijauhkan dari perkara-perkara yang buruk dan negatif. B erikut merupakan doa-doa yang mampu menjauhkan diri kita daripada sifat hasad dengki.
- Doa dijauhkan dari sifat iri dan dengki
Rabbanaghfirlanaa wa liikhwaninnalladziina sabaquunaa bilimaani wa laa taj’alfii quluubinaa ghilaa lilladziina amanuu rabbannaa innaka raufurrookhiimun
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah dosa-dosa kami dan dosa-dosa saudara kami yang telah mendahului kami dengan membawa iman, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Allah, sungguh Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.
- Doa dijauhkan dari sifat buruk sangka
Allahumma ati takwaha wa zakkiha anta khoiru man zakkaha anta waliyyuha wa maulaha. Allahumma inni a’uzubika min ‘ilmin la yanfa’u wa min qolbin la yakhsya’u wa min nafsin la tasyba’u wa min da’watin la yustabu laha
Maksudnya: Ya Allah, kurniakan ketakwaan pada jiwaku. Sucikanlah ia, sesungguhnya Engkaulah sebaik-baik yang mensucikannya, Engkau-lah yang menjaga serta melindunginya. Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari ilmu yang tidak manfaat, hati yang tidak khusyuk, dan doa yang tidak dikabulkan.
- Doa dijauhkan dari rasa marah
Allaahummaghfirlii dzanbii, wa adzhib ghaizha qalbii, wa ajirnii minas syaithaani
Maksudnya: Ya Allah, ampunilah dosaku, redamlah murka hatiku, dan lindungilah diriku dari pengaruh iblis.
Kesimpulannya, penyebab utama penyakit ‘Ain ini muncul adalah disebabkan hasad dengki seseorang kepada orang lain. Manusia memang tidak pernah lari dari perasaan itu oleh sebab ia merupakan lumrah alam yang tidak dapat disangkal. Namun semua perkara boleh diubah dengan usaha kita, Jika kita sentiasa bersifat positif dan berpegang teguh dengan ajaran Islam, Insha-Allah kita mampu dijauhkan dari segala penyakit termasuklah penyakit ‘Ain
Kepada sesiapa yang sudah beberapa kali mencuba tip diatas tetapi belum jumpa jalan penyelesaiannya . Jangan risau semua masalah ada jalan penyelesaianya . Jadi kunjungilah ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa untuk penerangan yang lebih lanjut tetang masalah yang dihadapi . Bagi pesakit yang tidak dapat hadir, rawatan jarak jauh juga turut disediakan . Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah . Untuk keterangan lebih lanjut, Sila hubungi 0111-9980010 (Pembantu Perubatan)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.