CARA MENCUCI KAWASAN RUMAH/KEDAI/PEJABAT DAN LAIN-LAIN DARIPADA GANGGUAN SIHIR
Allah telah anugerahkan kita Al-quran yang mana terkandung di dalamnya ayat-ayat syifa atau ayat-ayat penyembuh yang membantu untuk memulihkan penyakit atau gangguan. Sebenarnya cara pemulihan atau pembersihan kawasan ini boleh dilakukan sendiri oleh kita. Harus yakin bahawa hanya Allah sahaja tempat sandaran bagi membantu memperbaiki keadaan.
BAHAN YANG DIPERLUKAN
๐Air biasa / air paip
๐Air penawar
๐Garam kasar
๐Lada hitam
๐Limau nipis / limau purut (apa-apa jenis limau)
CARA MENCUCI KAWASAN
๐Tutup semua pintu kecuali pintu depan rumah (buka sejengkal sahaja), pintu bilik air, pintu bilik tidur, pintu bilik stor yang ada di dalam rumah.
๐Sediakan 2 jug yang berisi air paip atau lebih sesuai keluasan rumah/kedai tambahkan 1 gelas air penawar di atas dalam setiap jug itu.
๐Mulakan di bahagian dapur mengikut arah lawan jam jika ada bilik air hanya renjis di depan pintu sahaja tidak perlu masuk ke dalam , jika bilik tidur perlu masuk ke dalam dan renjis di sekeliling sampai ke pintu hadapan rumah. Jika rumah 2 tingkat perlu mula dari atas sampai ke bawah.
๐Selepas selesai dari dalam, baru lah boleh mula renjis di luar rumah mengikut arah lawan jam juga keliling rumah.
๐Kemudian ambil garam + lada hitam dan limau nipis 7 biji dibelah 3 bahagian perah dalam garam dan tabur di luar rumah mengikut arah lawan jam juga(keliling rumah).
โคKEPADA SESIAPA YANG MENGALAMI MASALAH INI BOLEH DATANG KE PUSAT RAWATAN WALINUR SYIFA BAGI MENYELESAIKAN MASALAH ANDA IN SHAA ALLAH KAMI DAPAT MEMBANTU DENGAN IZIN NYA. UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI DI TALIAN 011-19980010 (PEMBANTU PERUBATAN) โคโค
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.