BADI / KUWONG HAIWAN
Badi merupakan penyakit yang berhubung kait dengan spiritual dan roh manusia. Orang Melayu percaya badi adalah satu musibah yang berpunca dari haiwan, tumbuhan dan mayat.Badi atau kenan yang berpunca dari haiwan kebiasaanya berlaku apabila seseorang itu melakukan perbuatan seperti membunuh haiwan di dalam hutan. Sebagai contoh, seorang individu masuk ke dalam hutan dan menembak mati seekor ayam hutan yang sedang bertenggek di atas bonggol tanah. Apabila individu tersebut pulang ke rumah, dia mula berkelakuan seperti seekor ayam; berkokok, mematuk-matuk dan sebagainya seolah-olah terkena kenan ayam hutan yang dibunuhnya. Hal ini terjadi berkemungkinan ayam hutan tersebut sebenarnya merupakan jin yang menyerupai haiwan dan tidak disedarinya kerana pada zahirnya manusia tidak mampu untuk melihat jin.
TANDA-TANDA TERKENA BADI
*Demam secara tiba-tiba
*Hilang selera makan
*Tidak boleh tidur malam
*Terasa lenguh atau sakit dibelakang badan
*Perubahan pada tingkah laku
*Mimpi yang menakutkan
*Fikiran bercelaru
*Ketakutan yang teramat
*Tidur ditindih bayang
*Menyerupai haiwan atau tingkah lakunya
PUNCA-PUNCA TERKENA BADI
*Menzalimi haiwan
*Terkena santau atau sihir badi
*Kerana mengamal amalan yang salah
❤KEPADA SESIAPA YANG MENGALAMI MASALAH INI BOLEH DATANG KE PUSAT RAWATAN WALINUR SYIFA BAGI MENYELESAIKAN MASALAH ANDA IN SHAA ALLAH KAMI DAPAT MEMBANTU DENGAN IZIN NYA. UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI DI TALIAN 011-19980010 (PEMBANTU PERUBATAN) ❤
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.