PETUA HILANGKAN KETAGIHAN TERHADAP SYABU
gambar hiasan, sumber: berita.rtm.gov.my
Syabu atau methamphetamine adalah sejenis dadah perangsang yang dihasilkan dari bahan prekursor seperti ephedrine, pseudoephedrine dan phenylpropanolamine. Selepas kawatan ketat dikenakan ke atas prekursor, para pengilang haram mula mencuba resipi baru iaitu dengan menggunakan bahan-bahan lain yang berbahaya seperti asid bateri dan pencuci longkang. Syabu boleh dikategorikan kepada tiga kumpulan iaitu gred satu (berwarna putih kristal), gred dua (berwarna putih kemerahan) dan gred tiga. Dadah jenis ini digemari oleh para penagih disebabkan oleh rasa euforia iaitu rasa gembira atau seronok yang diberikan. Selain itu, syabu membuatkan pengguna rasa lebih bertenaga, hilang rasa mengantuk, meningkatkan tumpuan serta pengurangan selera. Rata-rata penagih dadah jenis ini menghadapi kesukaran untuk berhenti setelah 'terkena' penangan syabu. Terdapat beberapa petua yang boleh dilakukan untuk membantu menghilangkan rasa ketagihan terhadap syabu:
PETUA HILANGKAN KETAGIHAN TERHADAP SYABU
- Berterus terang dengan orang yang boleh membantu.
- Jauhi aktiviti yang boleh memudaratkan keselamatan dan kesihatan diri ketika sedang merawat atau menahan ketagihan.
- Jauhi golongan yang masih mengamalkan penyalahgunaan dadah.
- Jauhi faktor risiko pencetus stres.
- Amalkan diet dan gaya hidup yang sihat.
- Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi.
- Hadir ke pusat pemulihan penagihan.
- Cuba alternatif lain seperti perubatan tradisional atau rawatan Islam.
Sekiranya anda mengalami masalah seperti yang disebut atau mempunyai masalah lain dan sedang mencari penyelesaian, anda boleh datang ke Pusat Rawatan Walinur Syifa atau hubungi kami di nombor +601119980010 (Pembantu Perubatan). Anda juga boleh klik pautan 👉 WhatsApp.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.