KANAK-KANAK INDIGO/ANAK NILA DAN DUNIA MISTIK
Kanak-kanak indigo mempunyai kebolehan berada di alam malakut/ alam ghaib seperti mendengar suara-suara aneh serta boleh melihat roh dan jin (bukan dalam rupa yang sebenar). Ada juga yang mempunyai rakan di alam ini dan hanya mereka yang boleh berinteraksi dengan entiti tersebut. Mereka juga dikatakan boleh bercakap dengan kayu, batu dan haiwan . Wallahu a'lam.
Indigo tidak boleh meramal apa yang akan berlaku pada masa hadapan. Kerana mereka tidak di anugerahkan Kasyaf oleh Allah Taala. Namun, dengan siapa mereka berkawan di alam malakut/ alam ghaib itu, boleh mendorong mereka meramal masa depan, tetapi dengan bantuan jin dan makhluk halus. Ini merupakan petanda buruk terhadap kanak-kanak itu sendri.
KELEBIHAN INDIGO
👉 Dapat melihat perkara yang tidak dapat dilihat oleh orang lain
👉 Mempunyai teman di alam malakut/ alam ghaib
👉 Sukar untuk menurut perintah/ peraturan tanpa penjelasan
👉 Lebih selesa bergaul dengan kelompok mereka sendiri
👉 Memiliki keperibadian yang unik
👉 Tidak boleh menunggu terlalu lama
👉 Dapat melihat hantu dan jin dalam pelbagai rupa
👉 Selalu mendengar suara-suara ghaib yang menakutkan
👉 Dapat melihat dunia orang mati dan roh yang berkeliaran
👉 Boleh bercakap, berkawan dan bermain dengan makhluk ghaib
👉 Sering melihat benda dan entiti yang menakutkan
👉 Dapat merasakan kehadiran aura negatif dalam dunia paranormal
TINGKAH LAKU DAN TINDAK BALAS EMOSI
👉 Kerap terkejut dan tidak boleh tidur
👉 Selalu menangis, resah dan gelisah
👉 Kerap mengamuk dan terkena hesteria
👉 Tidak mahu keluar dari zon selesa (rumah)
👉 Tiada selera makan/ takut nak makan
👉 Sukar mempercayai orang lain selain ibu bapa sendri
👆Sesiapa yang mengalami pelbagai jenis penyakit yang tidak dapat dirawat oleh perubatan moden bolehlah datang ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa, insyaallah kami dapat membantu untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi 0111-9980010 (PEMBANTU PERUBATAN) atau boleh datang ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa.