PARANG ENGLAND LAMA
Pada zaman penjajahan British, senjata Parang England Lama sering dikaitkan dengan tradisi memenggal kepala, terutamanya semasa dalam situasi peperangan. Setiap seorang musuh yang dibunuh dan dipenggal kepalanya akan ditanda diparang berkenaan, dan kepala itu akan disalai sehingga kering darahnya sebelum pergi dibawa pulang. Walaupun pada ketika itu, pelbagai bentuk senjata lain yang lebih canggih dan maju seperti senapang patah dan lain-lain, namun Parang England Lama tetap kekal sebagai senjata yang penting.
Parang England Lama bukan sahaja dianggap sebagai senjata tradisional tetapi ia juga salah satu budaya yang masih kekal hingga ke hari ini. Parang England Lama yang sering digunakan untuk memenggal kepala dianggap bertuah dan keramat. Si pemilik parang juga akan diberi penghormatan oleh kalagan penduduk kampung. Setiap yang memiliki parang itu, mereka gemar meletakkan parang tersebut di sisi badan sebelah kanan atau kiri mereka. Oleh hal demikian, untuk tujuan memudahkan mereka berwaspada terhadap ancaman musuh.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.