BEKERJA ADALAH IBADAH
Selari dengan ajaran Islam, bekerja atau mencari nafkah untuk diri dan keluarga juga dikategorikan sebagai ibadah. Malah, Islam memberi kebebasan kepada umatnya untuk mencari pekerjaan agar hidup dalam kemulian dan tidak membebankan orang lain. Pada masa sama, Islam juga meletakkan prinsip dan nilai yang perlu dipelihara supaya pekerjaan itu dipandang oleh Allah SWT sebagai ibadah di samping memperoleh keuntungan di dunia.
Nabi Muhammad SAW memandang pekerjaan sebagai perkara yang penting. Selain pembawa risalah Islam yang menyampaikan wahyu, para Nabi dan Rasul juga bekerja mengikut kepakaran masing-masing. Seseorang berusaha untuk bekerja sendiri, kemudian memakan hasilnya, sudah tentu lebik baik dibandingkan meminta bantuan orang lain.
Ramai manusia sekarang sibuk mencari harta tanpa memikirkan solat. Tanpa mereka sedari bahawa solat adalah ibadah yang pertama akan disoal akhirat kelak. Semoga setiap ibadah yang kita lakukan diterima oleh Allah SWT dan menjadi pahala yang berterusan. Sabda Rasulullah SAW "Sesungguhnya Allah mengasihi seseorang yang apabila melakukan sesuatu kerja, dia melakukannya dengan tekun"
Jika anda mengalami masalah atau malas di tempat kerja sila datang ke pusat rawatan kami untuk rawatan. Kami di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa merawat semua jenis masalah batin yang anda hadapi seperti santau, sihir, saka, dan histeria. Juga membantu dan menyediakan khidmat kaunseling untuk anda yang menghadapi masalah penyakit kronik seperti barah, jantung, hati, batu karang dan lain-lain lagi.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi : 011-19980010 (Ustaz Nazmi)