PETUA DAN CARA MENCARI MALAM LAILATUL QADAR
Setiap umat Islam pasti teringin bertemu malam Lailatul Qadar, iaitu malam penuh rahmat dan kemulian. Malamnya lebih baik daripada 1000 bulan bersamaan 83 tahun. Malam yang mempunyai keistimewaan ini begitu utama dari malam-malam yang lain kerana ai hanya boleh ditemui setahun sekali sahaja iaitu pada salah satu daripada 10 malam terakhir Ramadhan.
Terdapat petua oleh Imam Ghazali dan lain-lain ulama untuk mencari malam Lailatul Qadar. Imam Ghazali dan lainnya ada menyebut bahawa malam Lailatul Qadar boleh ditemui berpandukan kepada tarikh permulaan puasa atau awal Ramadhan, seperti kaedah berikut :
- Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Ahad atau Rabu, Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-29.
- Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Isnin, Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-21.
- Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Selasa atau Jumaat, Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-27.
- Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Khamis, Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-25.
- Jika awal Ramadhannya jatuh pada hari Sabtu, Lailatul Qadarnya pada malam yang ke-23.
Dinasihatkan jangan hanya kerana sibuk mencari malam istimewa ini sehingga meninggalkan ibadah pada malam-malam yang lain. Teruskan beribadah kerana ai juga mempunyai kelebihan dan pahala yang tersendiri. Sesungguhnya Allah Maha Pemurah untuk hambanya yang ingin mendekatkan diri pada-Nya.
Jika anda mempunyai masalah lesu dan malas untuk beribadat boleh datang ke pusat rawatan kami di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa untuk mendapatkan khidmat nasihat dan menambah amalan. In sya ALLAH kami sedia membantu. Untuk pengetahuan anda semua, kami juga merawat semua jenis masalah batin yang anda hadapi seperti santau, sihir, saka, dan histeria. Juga membantu dan menyediakan khidmat kaunseling untuk anda yang menghadapi masalah penyakit kronik seperti barah, jantung, hati, batu karang dan lain-lain lagi.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi : 011-19980010 (Ustaz Nazmi)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.