Friday, July 29, 2022

KETAGIHAN DADAH DISEBABKAN OLEH SANTAU/SIHIR/SANTET


                         KETAGIHAN DADAH DISEBABKAN OLEH SANTAU/SIHIR/SANTET 

                                                  GAMBAR DADAH MEMBAWA MAUT

        Dadah digunakan pada tubuh manusia dan haiwan untuk merawat penyakit tetapi dadah juga boleh membawa kesan yang buruk kepada individu dan masyarakat terutama pada kesihatan jika disalahgunakan .Terdapat banyak kes penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja yang semakin berleluasa sehingga ramai anak muda ketagihan oleh itu ibu bapa mestilah memantau pergerakan anak supaya tidak terlibat dalam pengaruh dadah .Namun ada juga masalah ketagihan  dadah  yang berpunca  daripada termakan sesuatu  yang telah dijampi oleh ayat ayat tetentu 


 PUNCA- PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH  
  • Kekurangan kasih sayang ibu bapa 
  • Pengaruh rakan sebaya
  • Tekanan emosi yang timbul disebabkan masalah
  • Kurang didikan agama
  • Perasaan ingin cuba sesuatu benda baru
  • Kurang pengetahuan tentang  bahaya dadah
  • Pengaruh media sosial
  • Ibu bapa tidak mengambil tahu tentang anak mereka 
  • Termakan dadah yang telah dijampi 
  • Mendengar bisikan atau hasutan 

TANDA TANDA KETAGIHAN DADAH 
  • Mudah terhasut dengan hasutan negatif
  • Tidak menjalankan tanggungjawab dengan betul
  • Mudah marah dan benggih 
  • Tidak menjaga kebersihan diri
  • Melakukan jenayah seperti mencuri untuk mendapatkan wang 
  • Hilang selera makan dan mata berair 
  • Sering khayal atau tidak sedar dengan apa yang sedang  berlaku
  • Sering bercakap dengan benda yang mengarut

📌 Masalah ketagihan dadah boleh diatasi jika anak anda mempunyai kesungguhan untuk berhenti. Kepada sesiapa yang menghadapi  masalah tersebut , datanglah  ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa bagi menyelesaikan masalah anda, in sha allah kami dapat membantu . Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi 0111-9980010 ( PEMBANTU PERUBATAN ) 

Sunday, July 24, 2022

BAYI MERAGAM ANGKARA GANGGUAN MAKHLUK HALUS

 BAYI MERAGAM ANGKARA GANGGUAN MAKHLUK HALUS

gambar hiasan sumber: utusantv.com

Ibu bapa mana yang tidak susah hati apabila si kecil meragam dan menangis tanpa sebab yang dapat dipastikan. Disusukan sudah, didodoi pun sudah. Namun si anak masih merengek dan tidak mahu tidur. Situasi seperti ini kebiasaannya dikaitkan dengan kembung perut atau ketidakselesaan, namun ada juga kes yang berlaku di mana bayi akan mula menangis pada waktu tertentu. Dalam kes seperti ini, ada kemungkinan si kecil sedang diganggu oleh makhluk halus. Perlu diingatkan supaya membawa anak ke klinik untuk berjumpa doktor terlebih dahulu supaya dapat dipastikan ianya bukanlah sakit fizikal. Sekiranya ada gangguan oleh makhluk halus, ia dapat dikenalpasti melalui tanda-tanda berikut:

TANDA-TANDA BAYI DIGANGGU MAKHLUK HALUS
  • bunyi tangisan berlainan daripada biasa
  • tangisan tidak disertakan air mata, hanya bunyi
  • dalam keadaan tertentu, tangisan berserta air mata yang sangat banyak
  • ada pergerakan pada kelopak mata yang terpejam ketika berhenti menangis
  • bayi berhenti menangis sebentar, kemudian menangis semula
  • bunyi tangisan yang mendayu-dayu dan berpanjangan
  • tangisan terjadi ketika bayi sedang tidur, seolah-olah tanpa sedar
  • ada kerutan pada bahagian tengah dahi seolah-olah sebiji mata yang sedang memerhati
  • bayi kelihatan seperti sedang dalam ketakutan
  • tangisan bayi disertakan dengan tarikan nafas yang tersekat-sekat
  • mata bayi tertumpu pada suatu tempat sahaja ketika menangis
  • berlaku pada waktu tertentu sahaja, kebiasaannya selepas waktu Asar hingga ke waktu Subuh
  • sukar tidur walaupun sudah mengantuk dan kepenatan
  • bayi tidak mahu berenggang dengan ibu dan ayah

❤KEPADA SESIAPA YANG MENGALAMI MASALAH INI BOLEH DATANG KE PUSAT RAWATAN WALINUR SYIFA BAGI MENYELESAIKAN MASALAH ANDA IN SHAA ALLAH KAMI DAPAT MEMBANTU DENGAN IZIN NYA. UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI DI TALIAN 011-19980010 (PEMBANTU PERUBATAN) ❤

Friday, July 22, 2022

PETUA/MANFAAT DAUN SIRIH

PETUA/MANFAAT DAUN SIRIH

gambar hiasan

Sirih adalah sejenis pokok menjalar rambat malar hijau yang berasal dari kawasan tropika Asia Tenggara dan Asia Selatan. Daun sirih kebiasaannya digunakan untuk pelbagai tujuan termasuk sebagai pelega dan sebagai hantaran dalam adat perkahwinan. Selain itu, daun sirih adalah antara bahan penting dalam perubatan Melayu tradisional. Berikut disenaraikan antara khasiat atau kegunaan daun sirih hijau:


MANFAAT DAUN SIRIH HIJAU
  • menyembuhkan luka
  • mengubati masalah pencernaan
  • membantu menurunkan berat badan
  • membantu melawan kanser
  • mengatasi gatal-gatal pada kulit
  • membantu merawat kesan terbakar ringan pada kulit
  • mencegah bau badan

PETUA MENGGUNAKAN DAUN SIRIH
  • Merawat hidung berdarah
    • Letakkan daun sirih yang telah diramas sehingga lembut. Kepala didongakkan sedikit ke atas dan bernafas seperti biasa. Pendarahan akan berkurangan dan berhenti selepas beberapa minit.
  • Mengurangkan batuk
    • Amalkan minum setengah cawan air rebusan daun sirih setiap malam.
  • Membantu mengatasi bau mulut
    • Ambil sehelai daun sirih dan kunyah sehingga lumat kemudian kumur sehingga bersih. Amalkan sekurangkan-kurangnya 3 kali sehari.
  • Membantu masalah wanita
    • Rebus daun sirih secukupnya bersama garam dan buah manjakani. Gunakan air rebusan tersebut untuk membersihkan alat sulit.
  • Sebagai pencuci dan penyegar muka
    • Cuci muka dengan menggunakan air rebusan daun sirih. Amalkan setiap pagi.
  • Sebagai ubat bengkak dan bisul
    • Tumbuk beberapa helai daun sirih, sedikit gambir dan kapur berserta air sehingga lumat. Sapukan disekeliling bisul dan biarkan semalaman. Ulang sehingga bisul atau bengkak pulih.

❤KEPADA SESIAPA YANG MENGALAMI MASALAH INI BOLEH DATANG KE PUSAT RAWATAN WALINUR SYIFA BAGI MENYELESAIKAN MASALAH ANDA IN SHAA ALLAH KAMI DAPAT MEMBANTU DENGAN IZIN NYA. UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI DI TALIAN 011-19980010 (PEMBANTU PERUBATAN)   ❤

Tuesday, July 19, 2022

SAKA BARANG-BARANG MISTIK

 SAKA BARANG-BARANG MISTIK

gambar hiasan sumber: mstar.com.my

"Dia ni ada saka." Perkataan saka tidak asing bagi kalangan masyarakat di Malaysia. Namun, apakah sebenarnya yang dimaksudkan apabila seseorang itu 'mempunyai' saka? Secara amnya, perkataan saka merujuk kepada sejenis makhluk halus daripada golongan jin atau syaitan seperti bajang, toyol, hantu raya, pelesit yang 'dipelihara' bertujuan untuk memelihara diri. Kebiasaannya saka diwarisi secara turun-termurun oleh waris yang dikehendaki tanpa pengetahuan mereka. Selain diwarisi daripada ahli keluarga yang terdahulu, ada juga saka yang datang daripada penerimaan barang-barang tertentu. Antara barang mistik yang dimaksudkan adalah:

  • keris lama
  • cincin
  • wafaq
  • keris kecil besi kuning
  • lembing
  • lesung lama

TANDA-TANDA DIDAMPINGI SAKA

  • sering bermimpi
    • melihat, menerima, melahirkan atau menyusukan bayi
    • didatangi seseorang dan diberikan sesuatu seperti bungkusan
  • sukar mendapatkan zuriat atau sering keguguran
  • masalah jodoh
  • mengalami gangguan mental
  • panas baran tidak bertempat
  • sering terdengar bisikan
  • suka menyendiri
  • sering bercakap-cakap dengan 'seseorang'
  • sakit-sakit pada tubuh badan seperti
    • sendi-sendi utama
    • rasa berat di tengkuk atau bahu
  • mengalami penyakit kulit seperti
    • kulit bersisik
    • wajah berubah seakan-akan sudah tua
  • mengalami sakit yang tidak dapat dijelaskan
  • tidak suka bergaul

❤KEPADA SESIAPA YANG MENGALAMI MASALAH INI BOLEH DATANG KE PUSAT RAWATAN WALINUR SYIFA BAGI MENYELESAIKAN MASALAH ANDA IN SHAA ALLAH KAMI DAPAT MEMBANTU DENGAN IZIN NYA. UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI DI TALIAN 011-19980010 (PEMBANTU PERUBATAN)   ❤

PETUA / MANFAAT DAUN BIDARA

 PETUA / MANFAAT DAUN BIDARA


Daun bidara boleh digunakan sebagai perubatan.  juga menpunyai khasiat yg boleh digunakan dalam kehidupan contohnya melancarkan percernaan, menbagunkan munitas hingga bersifat antioksidan..Buah dari tanaman ini juga mampu mengubati masalah kronis..daum bidara juga boleh  digunaka dalam perubatan islam dan ruqyah dan diyakini mampu menangani masalah yang ditimbul oleh makhluk halus 

MANFAAT DAUN BIDARA
  • Menurunkan Tekanan Darah Tinggi   
  • Mengubati Wasir
  • Menjaga Kesihatan Jantung
  • Menyembukan Luka
  • Meningkankan Sistem Imun
  • Merendahkan Suhu Badan
  • Mengubati Ganguan Lambung
  • Menurunkan Kolestrol Dalam Badan 
  • Digunakan Untuk Memandikan Jenazah
  • Mengurangkan Kekelisahan
  • Mengubati Ganguan Jin Dan Sihir 
  • Menbantu Menjaga Daya Tahan Tubuh 

PETUA MENGUNAKAN DAUN BIDARA 
  • Mempercerpetkan pemyembuhan luka
    • merebus daun bidara dan meminum air rebusan 
  • Sembukan wasir
    • mengoleskan daun bidara pada bahagia anus
  • Mengatasi jerawat
    • ambil 5 lembar daun bidara lalu tumbuk  dan oleskan pada bahagian jerawat
  • Mengubati ganguan jin dan sihir
    • ambil 7 helai daun bidara lalu tumbuk di antara du abatu kemudian digaul dengan air lalu dibacakan ayat kursi, tiga qul kemudian dihirup 3 kali dan hendaklah dia mandi dengan air tersebut 
  • Digunakan untuk memandikan jenazah 
    • daun diremas terlebih dahulu lalu dimasukkan di dalam air nantinya akan digunanakan memandikan jenazah

📌Kepada sesiapa yang menghadapi sebarang masalah yang
 berkaitan dengan gangguan makhluk halus,sihir,santau mahupun penyakit-penyakit lain, datanglah  ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa bagi menyelesaikan masalah anda, in sha allah kami dapat membantu . Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi 0111-9980010 ( PEMBANTU PERUBATAN ) 


Monday, July 11, 2022

BADI / KUWONG KEMALANGAN

                                       BADI / KUWONG KEMALANGAN 

   Gambar sumber hiasan daripada sinarharian.com
                       

      Badi adalah sesuatu perkara yang mempunyai kaitan dengan makhluk halus . Kewujudan badi ini sama ada daripada manusia , haiwan ataupun yang berkait dengan alam ghaib . Malah badi ini disebut seperti satu keadaan yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi sasau atau gila . Badi juga memberi suatu impak yang buruk atau kuasa jahat kepada seseorang individu . Bahkan akan dinganggu oleh elemen jahat kerana badi mempunyai daya tarikan yang menggerunkan .  Antara tanda dan punca berlakunya badi ini adalah :


     TANDA-TANDA TERKENA BADI   

  • Badan terasa panas dan meracau
  • Rasa takut hendak untuk tidur malam kerana seolah-olah ternampak mayat 
  • Badan menjadi kurus kerana hilang selera makan  
  • Kerap mimpi seram & menakutkan
  • Terketar-ketar
  • Terasa lenguh atau sakit bahagian belakang                                                         


     PUNCA-PUNCA TERKENA BADI   
  • Seseorang individu melihat perkara yang menggerukan seperti kemalangan yang berkait dengan banyak darah atau mati dibunuh
  • Badan yang lemah semangat 
  • Mempunyai tahap ketakutan yang melampau
  • Melihat cerita-cerita seram yang dapat membuatkan seseorang sering terbayang sesuatu yang menakutkan
  • Tidak terus mandi selepas pulang dari tempat kematian 
  • Terkena santau atau sihir
  • Mengamalkan amalan yang bertentangan dari hukum syarak
  • Terambil barang mistik seperti keris , azimat dan sebagainya yang dihidupkan dengan jampi serapah

  Sesiapa yang mengalami pelbagai jenis penyakit yang tidak dapat dirawat oleh perubatan moden bolehlah datang ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa, insyaallah kami dapat membantu untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi 
0111-9980010 (PEMBANTU PERUBATAN) atau boleh datang ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa. 

BADI / KUWONG TIKUS

BADI / KUWONG HAIWAN

                                                                        
                                                                                       Gambar Hiasan. Sumber daripada Iluminasi.com


Badi merupakan penyakit yang berhubung kait dengan spiritual dan roh manusia. Orang Melayu percaya badi adalah satu musibah yang berpunca dari haiwan, tumbuhan dan mayat.Badi atau kenan yang berpunca dari haiwan kebiasaanya berlaku apabila seseorang itu melakukan perbuatan seperti membunuh haiwan di dalam hutan. Sebagai contoh, seorang individu masuk ke dalam hutan dan menembak mati seekor ayam hutan yang sedang bertenggek di atas bonggol tanah. Apabila individu tersebut pulang ke rumah, dia mula berkelakuan seperti seekor ayam; berkokok, mematuk-matuk dan sebagainya seolah-olah terkena kenan ayam hutan yang dibunuhnya. Hal ini terjadi berkemungkinan ayam hutan tersebut sebenarnya merupakan jin yang menyerupai haiwan dan tidak disedarinya kerana pada zahirnya manusia tidak mampu untuk melihat jin.


TANDA-TANDA TERKENA BADI

    *Demam secara tiba-tiba

    *Hilang selera makan

    *Tidak boleh tidur malam

    *Terasa lenguh atau sakit dibelakang badan

    *Perubahan pada tingkah laku

    *Mimpi yang menakutkan

    *Fikiran bercelaru

    *Ketakutan yang teramat

    *Tidur ditindih bayang

    *Menyerupai haiwan atau tingkah lakunya


PUNCA-PUNCA TERKENA BADI

    *Menzalimi haiwan

    *Terkena santau atau sihir badi

    *Kerana mengamal amalan yang salah



❤KEPADA SESIAPA YANG MENGALAMI MASALAH INI BOLEH DATANG KE PUSAT RAWATAN WALINUR SYIFA BAGI MENYELESAIKAN MASALAH ANDA IN SHAA ALLAH KAMI DAPAT MEMBANTU DENGAN IZIN NYA. UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI DI TALIAN 011-19980010 (PEMBANTU PERUBATAN)   ❤




CARA UNTUK MENGENAL KAYU / TERAS YANG ADA KHODAM

    CARA UNTUK MENGENAL KAYU / TERAS YANG ADA KHODAM DILARANG COPY PAGE IMAGES INI!!! PROSES KEJADIAN TERAS Cara paling mudah untuk mengenal...

PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA

PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA

PELAN LOKASI KE PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA, KELANTAN

PELAN LOKASI KE PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA, KELANTAN

SABDA RASULULLAH S.A.W


Sabda Rasulullah S.A.W :
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:

"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
(Riwayat Muslim dan Ahmad)

SOLAT HAJAT KHUSUS DAN RAWATAN JARAK JAUH




SOLAT HAJAT KHUSUS DAN RAWATAN JARAK JAUH




Solat sunat hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada di dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi memohon pertolongan daripada Allah S.W.T dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimanapun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah yang maha pencipta.


Solat hajat khusus pula dilakukan dengan beberapa amalan yang khusus dan perlu mengikut tata cara serta susunan yang betul bagi mendapatkan keberkatan serta keberkesanan yang kuat dari amalan solat hajat khusus ini. Solat hajat khusus dikatakan sangat mustajab untuk mengabulkan segala doa. Siapa pun yang melakukan solat hajat ini maka In Syaa Allah akan dikabulkan oleh Allah S.W.T.


ANDA MEMPUNYAI HAJAT ATAU MASALAH YANG INGIN DISELESAIKAN SEPERTI :


  • Ingin segera melunaskan hutang
  • Hajat untuk segera mendapatkan jodoh
  • Masalah anak lari dari rumah
  • Masalah dengan kawan, pasangan, jiran, rakan sekerja, musuh, lawan dan sebagainya
  • Masalah pada premis perniagaan mahupun syarikat yang dimiliki oleh anda
  • Masalah dalam berumah tangga
  • Masalah penyakit yang tidak kunjung sembuh
  • Hajat untuk mendapat rezeki yang melimpah ruah
  • Atau apa sahaja hajat atau masalah yang ingin anda selesaikan

Kami di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa ada menyediakan pakej Solat Hajat Khusus dan Jarak jauh bagi pesakit-pesakit atau individu yang tidak dapat hadir, memerlukan hajat selama ini segera dimakbulkan. In Syaa Allah akan kami usahakan mengikut kaedah dan tata cara yang betul serta terbukti berkesan buat anda.


Maharnya bernilai di antara RM 1700.00 hingga RM 4500.00 (Mengikut situasi, masa, bentuk, tahap dan jenis hajat atau masalah yang ingin diselesaikan.


1.Maharnya RM 1700 dan RM 2700 berikut adalah berkenaan

  • suami curang dan kayu tiga
  • anak lari dari rumah
  • campur tangan pihak ketiga
  • lunaskan hutang
  • isteri skandal dengan laki lain
  • Pasangan yang tidak setia
  • Campurtangan dari keluarga mentua
  • Dadah
  • Dan lain -lain

2.Dan mahar RM2700 dan RM4000 keatas adalah

  • Santau
  • Sihir
  • Santet
  • Teluh
  • Tenung
  • Saka dari keturunan
  • Ajaran ilmu sesat (black mental)
  • Pelet
  • Dan lain -lain


Untuk keterangan lanjut, hubungi 014 - 217 1141 (Ustaz Nazmi) atau boleh terus datang ke pusat rawatan kami yang beralamat seperti di bawah :


Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa


Lot 2547/A, Kg. Kubang Pa'Amin,

Kasar, 17000 Pasir Mas,

Kelantan.