Sunday, August 27, 2017

SUSUK

SUSUK

Image result for SUSUK

Susuk ialah memasukkan sesuatu bahan asing ke dalam badan bagi mendapatkan sesuatu kelebihan. Pelbagai bahan boleh digunakan, bergantung kepada apakah keinginan pengguna. Antara kebaikan yang kononnya boleh didapati dengan memakai susuk adalah muka sentiasa dipandang manis, tidak berusia, kebal dan banyak lagi.
Terdapat beberapa jenis susuk antaranya ialah susuk emas, susuk berlian, susuk besi, susuk raksa, susuk perak, susuk susu dan banyak lagi. 
Pantang larang bagi si pemakai susuk ialah dari segi pemakan pemakai tidak boleh makan sate, pisang emas, pisang tanduk, labu air, jantung pisang dan tebu hitam. Pemakai susuk juga tidak boleh Melalui bawah penyidaian dan Melalui di bawah tangga/rumah. 
Si pemakai susuk mesti mematuhi pantang larang jika dilanggar susuk akan hilang dan boleh menyebabkan kebinasaan kepada pemakainya. 
Susuk ini terpaksa dibuang, sebaiknya oleh dukun yang memakaikan susuk itu, ataupun melalui cara yang diajari. Sekiranya dukun tersebut telah mati atau cara membuang susuk tidak dipelajari, pemakai susuk ini sukar hendak mati.
Susuk HARAM dipakai terutamanya bagi yang beragama ISLAM, kerana susuk adalah sejenis ilmu hitam yang menyesatkan dan murtad pada sesiapa yang melakukannya.

Kunjungilah Pusat Rawatan Walinur Syifa untuk mendapatkan rawatan. Kami sedia membantu.
Untuk pertanyaan boleh hubungi 014-217 1141 (Ustaz Nazmi)

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

BATU LEKLAI NAGA

 BATU LEKLAI NAGA PANJANG 19 CM LEBAR 11 CM DILARANG COPY IMAGES INI !!! K00001 KEHEBATAN BLN 25021202024750 KHASIAT INI HAK MILIK WALINUR S...