Pada waktu yang sama, pemilik atau pewaris saka buaya ini juga mengalami rasa sakit seakan-akan ada tali yang membelitnya dengan kuat. Disamping itu, saka jenis ini antara saka haiwan yang paling kuat dan tidak ramai yang mampu merawatnya. Pewaris juga sering mengalami sakit kepala yang teruk. Selain itu, juga pewaris akan kerap bermimpi melihat buaya yang berwarna putih dan emas. Ada juga pemilik saka ini mengalami masalah rabun mata yang teruk. Dan lebih teruk lagi kadang kala pemilik saka buaya ini kelihatan sangat garang dan hodoh pada pandangan orang sekelilingnya. Pemilik saka buaya ini juga menghidapi penyakit kulit seperti jerawat, panau, kurap dan sebagainya yang berpanjang.
CIRI-CIRI ORANG YANG MEMILIKI SAKA BUAYA:
- Seseorang itu mudah berasa marah atau naik angin (baran).
- Sukar untuk ditegur dan susah untuk mendengar nasihat daripada orang.
- Suka mencari masalah dengan orang sekeliling (bergaduh).
- Kerap makan makanan dengan kuantiti yang banyak.
- Jarang tidur malam (terjaga).
- Suka untuk memberontak terhadap sesuatu perkara.
- Selalu ingin menang dalam setiap perkara yang berlaku.
- Wanita yang tidak dapat mengandung sedangkan pihak hospital mengesahkan tiada masalah samada suami atau isteri.
- Wanita yang sering keguguran tanpa sebab munasabah.
- Mimpi menyusukan bayi (mendukung atau melihat dikira petanda yang sama)
- Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
- Selalu bermimpi berada di awangan.
- Sukar mendapat jodoh.
- Susah untuk membuat amalan baik.
- Kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang.
- Rumah tangga sering bermasalah, sering bergaduh dalam perkara yang kecil, anak-anak yang degil.
- Berdebar-debar tanpa sebab.
- Sentiasa mengingati Allah s.w.t dengan zikirullah
- Jangan tinggal solat lima waktu
- Sentiasa berdoa memohon pertolongan dari Allah S.W.T.
- Sentiasa berpegang kepada hukum-hukum Allah S.W.T dengan melakukan perkara-perkara yang disuruh dan meninggalkan segala larangannya.
- Sentiasa melakukan solat-solat sunat.
- sentiasa mengamalkan puasa sunat pada hari yang disunatkan misalnya hari isnin dan khamis.
- Sentiasa berada dalam keadaan berwudhu.
- Sentiasa bersihkan diri dan pakai minyak bauan kasturi.
- Sentiasa berselawat.
- Orang ada saka sukar untuk mendapatkan zuriat (anak)
- Banyak perkara ganjil yang berlaku di dalam kehidupannya seperti pernah berjumpa dengan orang pelik namun orang lain tidak dapat melihatnya dan sebagainya
- Tidak berupaya untuk hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit moden malah penyakit aneh yang tidak mampu diagnosiskan. Mungkin juga berpotensi menghidap penyakit kanser kerana kanser mempunyai pertalian yang rapat dengan gangguan jin.
- Tidak suka bergaul dengan manusia lain dan kurang suka hidup bermasyarakat.
- Sangat sensitif dan mudah terasa dengan kata-kata orang.
- Kadangkala tahu perkara-perkara mustahil diketahui oleh orang-orang lain. Namun hakikatnya ia adalah bisikan Iblis dan Jin.
- Anak kepada anak cucu yang mempunyai saka sentiasa banyak menangis semasa kecil dan semasa besar berperangai dengan perangai yang buruk.
- Anak cucu yang mempunyai saka suka melawan cakap ibu bapa dan orang lebih tua.
- Kehidupan menjadi suram dan tidak ceria serta selalu dalam keadaan tegang.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.