TANDA- TANDA SIHIR DAN SANTAU
APAKAH TANDA-TANDA SESEORANG ITU DI SIHIR?
PUSAT RAWATAN WALINUR SYIFA AKAN BERKONGSI DENGAN ANDA TENTANG SIHIR DAN APAKAH TANDA SEEORANG ITU DI SIHIR SECARA RINGKASNYA ADA 3 TANDA.
- TANDA DI DALAM TIDUR.
- TANDA SEMASA TIDUR.
- TANDA SEMASA SEDAR ATAU JAGA.
TANDA DALAM TIDUR (MIMPI)
Seseorang yang terkena sihir akan bermimpi ular, buaya, anjing, kucing, pacat, lintah, ulat bulu, atau sesuatu binatang yang menggerunkan dan berbagai binatang lagi. Semua binatang ini terkena pada badannya tidak kira dengan cara apa sekalipun seperti di patuk ular atau di gigit oleh binatang tadi, maka itulah tanda seseorang sudah terkena sihir daripada seseorang dan sekiranya binatang dalam mimpi itu hanya memerhati sahaja ini bermakna sihir itu belum lagi terkena padanya.
Bermimpi budak kecil sama ada berjalan bersama budak, bermain bersama budak, mendukung budak, dan berbagai lagi ini juga tanda-tanda di sihir.
Selain itu, bermimpi jatuh daripada tempat tinggi sama ada dari bangunan, dari bukit, dari pokok, dari katil, atau lain-lain ini juga tanda-tanda terkena sihir dari seseorang.
TANDA SEMASA TIDUR ( SEDANG TIDUR)
Selalu atau sering di tindih makhluk halus semasa tidur, mengancing gigi semasa dalam tidur, kerap mengigau, dan apabila bangun di waktu pagi ada tanda-tanda semacam nak2 biru di badan terutama di bahagian peha. Ini juga tanda seseorang sudah terkena sihir daripada seseorang.
TANDA SEMASA SEDAR ( DALAM KEADAAN JAGA)
Selalu nampak kelibat semacam ada bayangan melintas di hadapannya atau dari arah lain, kerap rasa dirinya berdebar-debar terutama hampir nak masuk waktu maghrib dengan tidak tahu apakah puncanya, pening tak tentu pasal, kerap meremang bulu roma, jari tangan atau jari kaki menyucuk-nyucuk, di bawah tapak kaki, rasa menyucuk atau sakit, kadang-kadang badan terasa panas tanpa sebab, terasa cepat nak marah, pemikiran bercelaru, banyak termenung, tidak mendengar kata, selalu sakit di atas bahu, dan juga di tempat lain yang mana sakit ini bertukar-tukar tempat dan bila makan ubat hospital tidak sembuh atau pergi mengurut juga tidak sembuh, inilah tanda gangguan makhluk halus atau sudah terkena sihir daripada seseorang.
Sihir terbahagi kepada beberapa jenis, berikut merupakan jenis dan tanda-tanda bagi sihir :-
SIHIR PEMISAH
- Terdapat perubahan tabiat/perubahan secara tiba-tiba
- Kerap berlaku perbalahan antara pasangan atau rakan
- Sering berburuk sangka terhadap pasangan serta melihat pasangan dengan pandangan yang buruk dan jelek
- Masing-masing tidak mahu mengalah dan suka menegakkan 'benang yang basah'
- Langsung tidak memiliki nafsu terhadap pasangan
SIHIR PENGASIH
-Kehadiran rasa rindu dan cinta yang mendadak pada seseorang
-Mudah tunduk dan terikut-ikut pada kehendak pasangan (haram) atau individu secara berlebihan
-Kuat berkhayal tentang adegan seks dan berkeinginan tinggi untuk melakukan hubungan seks
SIHIR MENGHADIRKAN PENYAKIT
- Cakap merapu
- Fikiran menjadi bingung dan sentiasa resah gelisah
- Tidak menjaga kebersihan diri
- Gemar bersendirian dan tidak suka bergaul dengan kawan-kawan
- Tidak ada kekuatan fizikal dan mental
SIHIR PENDARAHAN
- Sihir ini terjadi keatas wanita dimana berlakunya pendarahan pada faraj seolah-olah darah haid, namun ia berterusan dan tidak berhenti. Sihir ini amat bahaya kerana seseorang mangsa boleh kehilangan darah terlampau banyak. Badan akan menjadi terlampau lemah, mudah penat, sukar bernafas dan terdedah kepada gangguan yang lebih serius. Harus diingat haid seseorang wanita hanya selama 14 hari dan selebihnya adalah penyakit (darah istihadah)
- Pendarahan yang berpanjangan seperti haid
- Sakit dibawah tulang kipas dan punggung
- Sesak nafas dan batuk yang berterusan
- Pemarah walaupun sifat asalnya adalah lembut dan penyabar
- Kelopak mata kehitaman kerana gangguan tidur
- Daya ingatan berkurangan
TANDA-TANDA SESEORANG MEMPUNYAI SAKA
- Sukar tidur malam dan sering bermimpi perkara yang menakutkan
- Ketawa dan menangis ketika tidur
- Sering pening kepala, lenguh-lenguh sendi dan berasa malas dan lesu
- Pemarah dan terlalu emosi
- Kebanyakan orang yang terkena gangguan makhluk halus samada dalam bentuk sihir, santau, lebih-lebih lagi saka akan keberatan untuk melakukan rawatan, keadaan ini terjadi semata-mata kerana tipu daya dan fitnah syaitan. Sebahagiannya pula tidak mempercayainya.
Sukacita disarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Penyakit sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.
Dapatkanlah rawatan dengan segera. In Syaa Allah kami sedia membantu anda. Rawatan Jarak Jauh untuk pesakit yang tidak dapat datang ke klinik kami turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.