telunjuk kedua-dua belah tangan dari bawah dagu hingga ke atas dahi. Pastikan membuat urutan dari bawah ke atas.
Petua Kedua : Amalkan membaca surah Yusuf setiap kali selepas solat subuh. Kemudian minum air suam segelas dan selawat sebanyak 3 kali. In shaa Allah muka anda akan berseri seri setiap hari.
Petua Ketiga : Basuh wajah dengan air basuhan beras :
- Basuh wajah guna air basuhan beras yang ketiga sambil selawat 3 kali. Lakukan secara konsisten.
Basuh wajah dengan air kelapa :
- Seminggu sekali cuci muka dengan air kelapa, biarkan kering lalu bilas. Amalan ini bagus untuk naikkan seri wajah dan tegangkan wajah tanpa botoks.
Petua Keempat: Baca dalam hati ayat 35-38 daripada surah Al-Waqiah setiap kali mandi untuk curahan pertama. Mulakan dari kepala.
Petua Kelima : Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yang baik seperti Isnin, Khamis dan Jumaat. Sebaiknya tanam kuku atau rambut yang dipotong.
Petua Keenam : Jadikan yogurt asli sebagai masker. Yogurt mempunyai banyak manfaat seperti pelembap semulajadi dan mencerahkan kulit. Sapu yogurt pada wajah kemudian biarkan selama 15 minit lalu bilas. Wajah akan tampak gebu, halus mulus. Amalkan sebanyak 2 kali seminggu.
Info Ekstra :
- Tukar cadar dan sarung bantal sekurang-kurangnya seminggu sekali atau 2 kali sebulan. Ini kerana minyak asli daripada rambut ketika tidur boleh menyebabkan salah satu faktor muka berjerawat.
📌Kepada sesiapa yg menghadapi masalah lain yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus,sihir,santau mahupun penyakit-penyakit lain, jadi bolehlah datang ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa bagi menyelesaikan masalah anda, in sha allah kami dapat membantu . Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi 0111-9980010 ( PEMBANTU PERUBATAN )
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.