PETUA BUANG ANGIN DALAM BADAN
DILARANG COPY IMEJ INI !!!
Masalah angin dalam badan sering dialami oleh setiap orang tanpa mengira peringkat umur. Seseorang yang mengalami masalah ini sering merasai simptom-simptom seperti kerap sendawa, perut kembung, badan lemah dan pedih ulu hati dan sebagainya. Kebiasaannya ia berpunca daripada masalah sistem penghadaman. Walau bagaimanapun, tidak dinafikan masalah angin dalam badan mungkin juga berpunca daripada gangguan makhluk halus, sihir, santau dan ilmu hitam.
Sebagai ikhtiar untuk mengurangkan atau membuang angin dalam badan., digalakkan menggunakan herba-herba tradisional daripada bahan-bahan semulajadi seperti halia, serai, limau purut dan bawang putih. Berikut merupakan petua buang angin dalam badan menggunakan halia :
1) Ambil atau sediakan halia (sebesar ibu jari)
2) Ketika hendak ambil halia dari pokok, bagi salam kepada Nabi Ilyas (Assalamualaikum Nabi Ilyas)
3) Dalam hati, kita kena jawab salam tersebut (Waalaikumussalam)
4) Lepas siap ambil, basuh dan ketuk halia tersebut hingga hancur (Jangan blend atau hiris)
5)Kemudian, letak dalam cawan dan tuang air panas
6) Tunggu hingga air menjadi suam barulah minum
7) Sebelum minum, baca surah Al-Fatihah, selawat, mana-mana doa dan niat nak buang angin dalam badan dengan izin Allah (nak buang segala penyakit zahir dan batin)
8) Amal setiap hari (akan nampak kesan selepas seminggu ke atas)
Ini hanyalah ikhtiar zahir sahaja, Semuanya dengan Izin Allah S.W.T
Kepada sesiapa yang sudah beberapa kali mencuba tip diatas tetapi belum jumpa jalan penyelesaiannya . Jangan risau semua masalah ada jalan penyelesaianya . Jadi kunjungilah ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa untuk penerangan yang lebih lanjut tetang masalah yang dihadapi . Bagi pesakit yang tidak dapat hadir, rawatan jarak jauh juga turut disediakan . Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah . Untuk keterangan lebih lanjut, Sila hubungi 0111-9980010 (Pembantu Perubatan)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.