TIPS MENDAPATKAN TIDUR YANG BERKUALITI
Tahukah anda, tidur yang berkualiti dan mencukupi amat penting dalam kehidupan seharian. Kegagalan untuk mendapatkan tidur yang berkualiti boleh menyebabkan keletihan. Ramai yang mengalami kesukaran dalam mendapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi rentetan gaya hidup yang sibuk dan jadual yang padat. Berikut dikongsikan antara tips yang boleh diamalkan untuk membantu anda mendapatkan tidur yang diidamkan.
- Tukar tabiat tidur
- Tidur dan bangun pada waktu yang sama pada setiap hari
- Elakkan penggunaan gajet sebelum tidur
- Minum segelas susu suam sebelum tidur
- Kawal rutin makan dan minum
- Elakkan pengambilan kopi atau teh beberapa jam sebelum tidur
- Hindari minuman beralkohol
- Elakkan makan makanan yang berat sebelum tidur
- Wujudkan persekitaran tidur yang lebih baik
- Gunakan bantal dan tilam yang selesa
- Pakai topeng mata untuk mengelakkan cahaya
- Pastikan suhu bilik bersesuaian, tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas
- Cuba untuk kekal aktif
- Lakukan aktiviti fizikal seperti berajalan atau berbasikal selama 30 minit pada waktu siang.
- Elakkan tidur siang berlebihan
- Kawal tekanan
- Elakkan melakukan sesuatu kerja dalam tempoh yang terlalu lama
- Luangkan sedikit masa untuk bersantai dan bertenang dengan melakukan senaman ringan atau mendengar radio.
- Tekanan di rumah atau tempat kerja
- Pengambilan kafein yang berlebihan
- Posisi tidur yang kurang selesa
- Gangguan psikologi seperti kemurungan, stress dan kebimbangan
- Persekitaran yang terlalu panas, terang dan bising
- Gangguan makhluk halus
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.