PETUA /AMALAN MENGUATKAN DAYA INGATAN
Ingatan ialah kemampuan minda seseorang yang boleh menyimpan maklumat dan akan digunakan kemudian hari . Sesetengah orang mempunyai kemampuan daya ingatan yang tinggi seperti mengingati peristiwa yang sudah berlalu tetapi ada juga sesetengah orang yang mudah lupa . Masalah yang mudah lupa ini sering terjadi pada sesetengah individu malah ia juga menganggu aktiviti seharian . Terdapat dua jenis ingatan iaitu ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang . Kita akan menyenaraikan petua ini dibawah :
PETUA MENGUATKAN DAYA INGATAN
-Berdoa dan mengamalkan daripada ayat Al-quran iaitu surah Al-isra ayat 70 untuk tidak mudah lupa . Amalan berdoa ini menunjukkan kita berusaha dan selebihnya tawakal kepada Allah .
-Selepas solat fardhu zikir Bismillahirahmanirahim 100kali pagi dan 100 kali petang . zikir Subhanalah 33 kali , zikir Alhamdulillah 33kali dan zikir Allahuakbar 34 kali .
- Berpuasa adalah amalan yang terbaik dilakukan untuk meningkatkan daya ingatan , ia juga memberi manfaat kepada kesihatan .
-Setiap satu huruf dari kitab Allah memberi hasanah kepada seseorang dan mampu membantu seseorang menajamkan ingatan kerana setiap ayat yang dibaca akan merangsang otak dan menjernihkan fikiran .
- MENGAMALKAN MAKANAN YANG BERKHASIAT
-Disarakan untuk makan makanan yang boleh menguatkan daya ingatan seperti kismis , madu , susu , yogurt kerana ia dapat merangsangkan otak seseorang . Sebiji buah delima makan seminggu sekali
-Elakkan daripada melihat najis , melihat perkara yang buruk , melihat aurat yang terdedah
Sesiapa yang mengalami pelbagai jenis penyakit yang tidak dapat dirawat oleh perubatan moden bolehlah datang ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa, insyaallah kami dapat membantu untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi
0111-9980010 (PEMBANTU PERUBATAN) atau boleh datang ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.