Friday, October 07, 2022

KHASIAT HALIA

 KHASIAT DAN KELEBIHAN HALIA

gambar hiasan, sumber: sfgate.com

Halia merupakan sejenis tumbuhan yang sering digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari Asia Tenggara Maritim dan mula diusahakan oleh orang Austronesia. Penggunaan halia kemudiannya merebak ke India, China, Afrika Barat dan Caribbean. Selain digunakan dalam masakan, berikut dikongsikan antara khasiat atau kelebihan halia yang jarang diketahui umum;


  1. Mengurangkan keradangan
    • mengandungi sebahagian daripada analgesik yang kuat atau dikenali sebagai ubat penahan sakit dan bersifat sebagai pencegah keradangan
  2. Melegakan loya
    • pengambilan 1 gram halia setiap hari dipercayai dapat membantu mengurangkan loya 'morning sickness'
  3. Mengurangkan kesakitan haid
    • pengambilan halia pada awal tempoh haid boleh mengurangkan gejala sakit haid selain teh halia yang sering digunakan dalam merawat sakit haid
  4. Merendahkan paras kolestrol
    • membantu dalam merendahkan paras kolestrol buruk atau 'Low Density Lipoproteins'
  5. Menguatkan imuniti
    • pengambilan hirisan kecil halia sehari dapat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit strok
  6. Membantu penghadaman
    • menggalakkan pengeluaran cecair 'bile' oleh pundi hempedu yang meransang penghadaman selain mampu melegakan kejang perut, diarrhea atau sembelit, dan kembung yang disebabkan oleh gastritis
  7. Membantu mengurangkan berat badan
    • bertindak sebagai agen pembakar lemak tepu di dalam badan selain membantu meningkatkan kadar metabolisma
  8. Membantu mencegah pertumbuhan sel kanser
    • kajian mendapati wujudnya satu kompaun dikenali sebagai 6-gingerol yang dikatakan menjadi agen pencegah sel kanser
  9. Melegakan batuk dan sakit tekak
    • air rebusan halia yang dicampur dengan madu yang diminum ketika masih suam mampu melegakan sakit tekak
  10. Mengurangkan sakit kepala
    • rebus halia di dalam sedikit air kemudian hidu wap yang terhasil
Sekiranya anda mengalami masalah seperti yang disebut atau mempunyai masalah lain dan sedang mencari penyelesaian, anda boleh datang ke Pusat Rawatan Walinur Syifa atau hubungi kami di nombor +601119980010 (Pembantu Perubatan). Anda juga boleh klik pautan 👉 WhatsApp.

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

CENUAI BUNGA BUNIAN

 CENUAI BUNGA BUNIAN  DILARANG COPY IMAGES INI !!!   K00001 KEHEBATAN  CBB 030510202415 PELARIS : 👉 Dapat menaikkan aura seri wajah , waja...

PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA

PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA

PELAN LOKASI KE PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA, KELANTAN

PELAN LOKASI KE PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA, KELANTAN

SABDA RASULULLAH S.A.W


Sabda Rasulullah S.A.W :
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:

"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
(Riwayat Muslim dan Ahmad)

SOLAT HAJAT KHUSUS DAN RAWATAN JARAK JAUH




SOLAT HAJAT KHUSUS DAN RAWATAN JARAK JAUH




Solat sunat hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada di dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi memohon pertolongan daripada Allah S.W.T dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimanapun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah yang maha pencipta.


Solat hajat khusus pula dilakukan dengan beberapa amalan yang khusus dan perlu mengikut tata cara serta susunan yang betul bagi mendapatkan keberkatan serta keberkesanan yang kuat dari amalan solat hajat khusus ini. Solat hajat khusus dikatakan sangat mustajab untuk mengabulkan segala doa. Siapa pun yang melakukan solat hajat ini maka In Syaa Allah akan dikabulkan oleh Allah S.W.T.


ANDA MEMPUNYAI HAJAT ATAU MASALAH YANG INGIN DISELESAIKAN SEPERTI :


  • Ingin segera melunaskan hutang
  • Hajat untuk segera mendapatkan jodoh
  • Masalah anak lari dari rumah
  • Masalah dengan kawan, pasangan, jiran, rakan sekerja, musuh, lawan dan sebagainya
  • Masalah pada premis perniagaan mahupun syarikat yang dimiliki oleh anda
  • Masalah dalam berumah tangga
  • Masalah penyakit yang tidak kunjung sembuh
  • Hajat untuk mendapat rezeki yang melimpah ruah
  • Atau apa sahaja hajat atau masalah yang ingin anda selesaikan

Kami di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa ada menyediakan pakej Solat Hajat Khusus dan Jarak jauh bagi pesakit-pesakit atau individu yang tidak dapat hadir, memerlukan hajat selama ini segera dimakbulkan. In Syaa Allah akan kami usahakan mengikut kaedah dan tata cara yang betul serta terbukti berkesan buat anda.


Maharnya bernilai di antara RM 1700.00 hingga RM 4500.00 (Mengikut situasi, masa, bentuk, tahap dan jenis hajat atau masalah yang ingin diselesaikan.


1.Maharnya RM 1700 dan RM 2700 berikut adalah berkenaan

  • suami curang dan kayu tiga
  • anak lari dari rumah
  • campur tangan pihak ketiga
  • lunaskan hutang
  • isteri skandal dengan laki lain
  • Pasangan yang tidak setia
  • Campurtangan dari keluarga mentua
  • Dadah
  • Dan lain -lain

2.Dan mahar RM2700 dan RM4000 keatas adalah

  • Santau
  • Sihir
  • Santet
  • Teluh
  • Tenung
  • Saka dari keturunan
  • Ajaran ilmu sesat (black mental)
  • Pelet
  • Dan lain -lain


Untuk keterangan lanjut, hubungi 014 - 217 1141 (Ustaz Nazmi) atau boleh terus datang ke pusat rawatan kami yang beralamat seperti di bawah :


Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa


Lot 2547/A, Kg. Kubang Pa'Amin,

Kasar, 17000 Pasir Mas,

Kelantan.