Sunday, November 28, 2021

MASALAH DEMOTIVASI (HILANG SEMANGAT BEKERJA) BERPUNCA DARIPADA SANTAU/SIHIR/ILMU HITAM

MASALAH DEMOTIVASI (HILANG SEMANGAT BEKERJA) BERPUNCA DARIPADA SANTAU/SIHIR/ILMU HITAM



Pernahkan anda mendengar istilah demotivasi ? Demotivasi ini merupakan suatu keadaan di mana seseorang merasa hilang semangat, jemu, letih dan sebagainya di tempat kerja. Keadaan ini biasanya timbul dalam diri seseorang apabila mengalami tekanan perasaan secara berlebihan, emosi bercelaru dan hilang motivasi. Jika masalah sebegini dipandang ringan dan tidak dititikberatkan dalam diri seseorang. Maka, berkemungkinan tinggi akan memberi kesan buruk kepada diri sama ada hilang kewarasan atau hilang mutu dan fokus dalam melakukan setiap pekerjaan. Walaubagaimanapun, tidak dinafikan, ia juga boleh terjadi kerana mempunyai gangguan makhluk halus, santau dan sihir. Sebagai contoh, seseorang itu merasa bosan,ingin berhenti, benci dengan keadaan di tempat kerja tanpa sebab sedangkan dia amat suka dan meminati akan pekerjaan tersebut. Berikut merupakan tanda-tanda dan punca-punca masalah demotivasi (hilang semangat bekerja) yang disebabkan oleh sihir/santau dan ilmu hitam :


TANDA-TANDA HILANG SEMANGAT YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR  / ILMU HITAM :
  • Suka bersendirian
  • Sering mengantuk ditempat kerja
  • Hilang fokus pada pekerjaan dan percakapan
  • Kerja selalu tertangguh
  • Sering meninggalkan solat
  • Asyik marah-marah tanpa sebab yang munasabah
  • Rasa malas bangun pagi
  • Badan kerap sakit apabila berada ditempat kerja
  • Sakit kepala
  • Badan terasa bisa-bisa / sengal tubuh
  • Sakit pinggang
  • Rasa sukar untuk bernafas (sesak nafas)
  • Tidur terkejut
  • Susah tidur waktu malam
  • Hati rasa tidak tenang dan kadang kala rasa berdebar
  • Rasa gelisah dan gelisah yang berpanjangan
  • Sering terdengar bisikan
  • Bermimpi berada ditempat yang kotor
  • Bermimpi jatuh ditempat yang tinggi
  • Bermimpi haiwan berbisa

PUNCA-PUNCA HILANG SEMANGAT YANG DISEBABKAN OLEH SANTAU / SIHIR /ILMU HITAM :
  • Terlalu stress dengan kerja yang banyak
  • Kerap sakit
  • Selalu mendapat komen negatif daripada rakan sekerja atau majikan.
  • Energi yang rendah dan kurang daya saing
  • Gangguan dalam pelbagai bentuk dan cara
  • Tidak mempunyai sokongan moral
  • Pengambilan makanan yang tidak seimbang
  • Terkena sihir atau santau tuju
  • Termakan pelaris kedai di mana - mana premis makanan atau tempat yang dikunjungi
  • Terlangkah barang sihir atau barang yang mempunyai khadam dengan sengaja atau tidak sengaja
  • Ada menyimpan atau terambil barang - barang sihir yang mempunyai khadam di mana - mana tempat dengan sengaja atau tidak sengaja

๐Ÿ“ŒKepada sesiapa yg menghadapi masalah ini ,jangan risau setiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya . Jadi bolehlah datang  ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa . Untuk maklumat lebih lanjut sila hubungi 011-19980010 (PEMBANTU PERUBATAN )

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

BATU LEKLAI NAGA

 BATU LEKLAI NAGA PANJANG 19 CM LEBAR 11 CM DILARANG COPY IMAGES INI !!! K00001 KEHEBATAN BLN 25021202024750 KHASIAT INI HAK MILIK WALINUR S...