Sunday, July 01, 2018

MASALAH ISTERI CURANG

MASALAH ISTERI CURANG

GAMBAR SEKADAR HIASAN

Dalam apa jua masalah, isteri tidak boleh menduakan suami dan berlaku curang dengan suami, sebaiknya carilah jalan penyelesaian yang terbaik untuk mengharmonikan rumahtangga yang telah dibina bukannya mencari jalan untuk meruntuhkannya. Menurut penceramah bebas, Datuk Siti Nor Bahyah Mahmood beliau menyarankan kepada semua wanita iaitu isteri kepada suami, jika berlaku masalah dalam rumahtangga berbincanglah dengan cara baik. Jika berdua sudah tidak mampu untuk menyelesaikn cara baik panggillah ahli keluarga lain untuk membantu. Kerana sudah menjadi lumarah, manusia tidak pernah sempurna. Namun begitu, ianya bukanlah penyebab kepada isteri untuk berlaku curang kepada suami. Dalam Islam sendiri ada pelbagai cara untuk menyelesaikan masalah rumahtangga. Oleh itu, jangan memandang mudah dengan perbuatan curang kerana ianya adalah perbuatan salah dan hukumnya berdosa.

Terdapat beberapa perubahan dalam rumahtangga apabila isteri mulai curang :

  • Suami sukar untuk percaya 100% kepada pasangannya. Kerana pemikiran suami sentiasa dihantui dengan tanda tanya "adakah perkara lama akan diulangi isterinya".
  • Keyakinan diri mulai hilang kerana suami beranggapan dirinya tidak cukup sempurna untuk diri anda yang telah mencuranginya.
  • Suami rasa dendam dan ingin membalas perbuatan pasangannya dengan hal yang sama. Walaupun anda sudah meminta maaf tapi masih ada rasa dendam dalam hatinya yang sukar untuk dipadamkan.
  • Suami mula ada rasa untuk fokus kepada orang baru dan persepektifnya mula turut berubah terhadap isteri. Kerana kepercayaan telah dikhianati, suami mula menjalinkan hubungan dengan orang baru yang merasakan diri amat bermakna.
  • Keinginan suami untuk berhubungan akan pudar kerana si suami akan sentiasa berfikir-fikir tentang kecurangan isteri yang berkemungkinan telah berhubungan dengan orang lain dan ini menyukarkan bagi pasangan ini untuk mula berhubungan kembali seperti dulu.
  • Komited dalam perhubungan kerana menurut psikoterapi, Tina B. Tessina : " Kecurangan sbeenarnya boleh memperbaiki sesuatu perhubungan. Yang curang akan sedar pada kesilapan diri dan cuba menjadi yang terbaik. Yang dicurangi akan melihat apa yang tiada dan mula memperbaikinya".
Tips elak si isteri berlaku curang :
  • Jangan terlalu mementingkan diri sendiri sebaliknya pentingkan pasangan. Mungkin sekarang setiap pasangan mengalami masalah suami lebih utamakan media sosial jika ada masa terluang, sepatutnya suami perlu memberikan perhatian lebih kepada si isteri. Si isteri perlu bertindak jika suami memberi perhatian dengan cara memberitahu secara jujur padanya tentang apa yang si isteri rasa.
  • Cuba menjauhkan diri dari membuka peluang kepada orang baru. Jika anda rasa seakan-akan mula berasa jatuh cinta dan tertarik dengan rakan sepejabat, atau ada rakan yang cuba menggoda anda, sebaiknya anda cubalah lari dan jauhkan diri dari situasi itu. Curang dalam perkahwinan adalah satu keputusan yang terletak di tangan anda. Oleh itu, elakkanlah diri daripada terlalu lama di luar tanpa suami, pergi melancong seorang diri juga membuka peluang untuk curang dan terlalu banyak masa bersendirian berbanding bersama suami. Seeloknya, anda dan suami cuba melakukan sebarang aktiviti dengan pasangan agar kalian semakin rapat.
  • Bersikap terbuka terhadap suami. Cuba mencipta keharmonian dalam rumah tangga anda bersama suami. Anda perlu bersikap jujur dalam apa jua tindakan bagi mengelakkan rasa curiga suami terhadap anda. Selain itu, anda dan suami seharusnya berasa lebih selesa untuk bercerita dan berkongsi apa saja perasaan dan buah fikiran antara satu sama lain. Malah hubungan kalian akan lebih rapat dan lebih baik.
  • Jumpa pakar kaunseling. Berjumpa dengan pakar kaunseling bukan bermakna perkahwinan anda bermasalah, sebaliknya kaunseling atau khidmat nasihat daripada orang yang lebih arif akan membuatkan kalian berubah untuk menjadi lebih baik dan boleh mengelakkan suami berlaku curang.

Jika anda mengalami masalah rumahtangga atau pasangan anda berlaku curang, anda bolehlah kunjungi Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada Ustaz Nazmi sendiri. 

Selain itu, kami di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa merawat semua jenis masalah batin yang anda hadapi seperti santau, sihir, saka, dan histeria. Juga membantu dan menyediakan khidmat kaunseling untuk anda yang menghadapi masalah penyakit kronik seperti barah, jantung, hati, batu karang dan lain-lain lagi.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi : 011-19980010 (Ustaz Nazmi)








No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

KACIP/ KATI PINANG ANTIK KEPALA NAGA BESI KUNING

  KACIP/ KATI PINANG ANTIK KEPALA NAGA BESI KUNING DILARANG COPY PAGE IMAGE INI!!! K00001 KEHEBATAN KKPAKNBK 08071502024450 Mungkin tidak ra...

PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA

PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA

PELAN LOKASI KE PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA, KELANTAN

PELAN LOKASI KE PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA, KELANTAN

SABDA RASULULLAH S.A.W


Sabda Rasulullah S.A.W :
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:

"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
(Riwayat Muslim dan Ahmad)

SOLAT HAJAT KHUSUS DAN RAWATAN JARAK JAUH




SOLAT HAJAT KHUSUS DAN RAWATAN JARAK JAUH




Solat sunat hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada di dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi memohon pertolongan daripada Allah S.W.T dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimanapun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah yang maha pencipta.


Solat hajat khusus pula dilakukan dengan beberapa amalan yang khusus dan perlu mengikut tata cara serta susunan yang betul bagi mendapatkan keberkatan serta keberkesanan yang kuat dari amalan solat hajat khusus ini. Solat hajat khusus dikatakan sangat mustajab untuk mengabulkan segala doa. Siapa pun yang melakukan solat hajat ini maka In Syaa Allah akan dikabulkan oleh Allah S.W.T.


ANDA MEMPUNYAI HAJAT ATAU MASALAH YANG INGIN DISELESAIKAN SEPERTI :


  • Ingin segera melunaskan hutang
  • Hajat untuk segera mendapatkan jodoh
  • Masalah anak lari dari rumah
  • Masalah dengan kawan, pasangan, jiran, rakan sekerja, musuh, lawan dan sebagainya
  • Masalah pada premis perniagaan mahupun syarikat yang dimiliki oleh anda
  • Masalah dalam berumah tangga
  • Masalah penyakit yang tidak kunjung sembuh
  • Hajat untuk mendapat rezeki yang melimpah ruah
  • Atau apa sahaja hajat atau masalah yang ingin anda selesaikan

Kami di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa ada menyediakan pakej Solat Hajat Khusus dan Jarak jauh bagi pesakit-pesakit atau individu yang tidak dapat hadir, memerlukan hajat selama ini segera dimakbulkan. In Syaa Allah akan kami usahakan mengikut kaedah dan tata cara yang betul serta terbukti berkesan buat anda.


Maharnya bernilai di antara RM 1700.00 hingga RM 4500.00 (Mengikut situasi, masa, bentuk, tahap dan jenis hajat atau masalah yang ingin diselesaikan.


1.Maharnya RM 1700 dan RM 2700 berikut adalah berkenaan

  • suami curang dan kayu tiga
  • anak lari dari rumah
  • campur tangan pihak ketiga
  • lunaskan hutang
  • isteri skandal dengan laki lain
  • Pasangan yang tidak setia
  • Campurtangan dari keluarga mentua
  • Dadah
  • Dan lain -lain

2.Dan mahar RM2700 dan RM4000 keatas adalah

  • Santau
  • Sihir
  • Santet
  • Teluh
  • Tenung
  • Saka dari keturunan
  • Ajaran ilmu sesat (black mental)
  • Pelet
  • Dan lain -lain


Untuk keterangan lanjut, hubungi 014 - 217 1141 (Ustaz Nazmi) atau boleh terus datang ke pusat rawatan kami yang beralamat seperti di bawah :


Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa


Lot 2547/A, Kg. Kubang Pa'Amin,

Kasar, 17000 Pasir Mas,

Kelantan.