Menurut kepercayaan orang melayu polong ini dihasilkan dengan memasukkan darah orang yang mati dibunuh kedalam botol kaca yang bermulut panjang. Kemudian botol tersebut akan dipuja dengan jampi serapah dalam tempoh masa tertentu.Selepas selang tujuh hari atau dua minggu, akan kedengaran bunyi menjerit daripada botol tersebut. Kemudian pemuja polong perlu menitikkan darahnya sendiri untuk diberi makan kepada polong tersebut. Darah tersebut merupakan simbol bahawa polong itu telah terikat dengan tuannya dan mesti melakukan apa-apa sahaja suruhan tuannya.
Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak digunakan. Seseorang yang mati disebabkan oleh polong kebiasaannya terdapat bekas seperti lebam pada mayatnya atau keluar darah melalui mulut.Selain itu polong juga digunakan untuk mencuri wang/duit.
Dengan itu hantu polong tersebut perlu diwariskan kepada seseorang sebelum tuannya meninggal. Jika tuannya meninggal sebelum sempat mencari pengganti, maka hantu polong tersebut akan berkeliaran dan mengganggu keluarga dan penduduk kampung.
Tanda-tanda diganggu oleh saka polong ialah :
- Sentiasa ternampak makhluk halus atau kelibatnya.
- Selalu berasa seperti diperhatikan oleh sesuatu.
- Selalu terdengar bisikan/suara/hela nafas.
- Merasakan ada pergerakan dalam badan.
- Mempunyai penyakit yang tidak boleh dikesan oleh doktor.
- Sakit kepala dan sesak nafas.
- Cepat marah dan benci kepada seseorang tanpa sebab.
- Mempunyai kesan-kesan lebam/cakar pada tubuh badan
- Sentiasa berada dalam ketakutan.
- Sukar mendapat jodoh.
- Suami isteri kerap bertengkar walaupun perkara kecil.
- Darah haid lebih daripada 15 hari dan kerap keguguran.
- Gelisah atau panas ketika mendengar ayat suci Al-quran.
- Kerap terjaga atau tidur terkejut
- Susah hendak tidur malam.
- Bercakap/berjalan dalam tidur.
- Selalu bermimpi melihat binatang-binatang buas atau berbisa seperti ular.
- Selalu bermimpi kanak-kanak.
- Mimpi bersetubuh dengan seseorang.
- Bermimpi lemas/ banjir dalam tempat yang kotor.
- Mimpi berada atau jatuh daripada tempat tinggi.
- Selalu ditindih semasa tidur.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.