Tambahan pula, jin pelesit ini biasanya dibela oleh wanita yang bertujuan untuk memikat lelaki. Jin ini akan bertukar menjadi belalang untuk penyamaran bagi menghantar racun atau santau kerana belalang adalah binatang kecil dan senang untuk memasuki rumah dan mangsa juga tidak curiga apabila melihatnya. Cara untuk mengesan belalang yang mempunyai jin pelesit ini ialah mempunyai tanda merah di kepalanya dan ada juraian rambut halus apabila kepalanya dicabut.
Malangnya orang yang membela saka pelesit ini juga memperoleh kesan yang negatif kepada diri dan keluarganya iaitu sukar untuk mendapat zuriat. Jika ada sesiapa yang menyakiti hati tuannya atau keluarga tuannya maka mangsa akan diracun, disantau dan sebagainya. Selain itu juga jin pelesit ini perlu diwarisi sebelum tuannya mati kerana jika tuannya tidak mencari pewaris maka jin pelesit ini akan mengganggu keluarganya dan sukar untuk mati.
- Orang yang membela saka sukar untuk mendapatkan zuriat(anak)
- Banyak perkara ganjil yang berlaku di dalam kehidupannya seperti pernah berjumpa dengan orang pelik namun orang lain tidak dapat melihatnya dan sebagainya
- Tidak berupaya untuk hidup dengan sempurna kerana menghidap pelbagai penyakit moden malah penyakit aneh yang tidak mampu diagnosiskan.
- Tidak suka bergaul dengan manusia lain dan kurang suka hidup bermasyarakat.
- Sangat sensitif dan mudah terasa dengan kata-kata orang sekeliling.
- Kadangkala tahu perkara-perkara yang akan berlaku terhadap diri orang lain. Namun hakikatnya ia adalah bisikan Iblis dan Jin sahaja.
- Rambut gugur, muka lesu, hilang seri wajah, nyanyok dan bengkak gusi.
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.