PENGAMAL PERUBATAN SPIRITUAL TRADITIONAL ISLAM MALAYSIA. PENGASAS PERGURUAN WALINUR SYIFA . MERAWAT SEMUA JENIS PENYAKIT PHYSICALLY AND SPRITUAL.MEMBANTU MENYELESAIKAN PELBAGAI MASALAH DAN PENYAKIT.
Friday, October 28, 2022
SUMBANG MAHRAM YANG DISEBABKAN SANTAU/SIHIR/SANTET/BLACK MAGIC
Friday, October 07, 2022
KHASIAT HALIA
KHASIAT DAN KELEBIHAN HALIA
Halia merupakan sejenis tumbuhan yang sering digunakan sebagai rempah perasa dalam masakan. Tumbuhan ini dikatakan berasal dari Asia Tenggara Maritim dan mula diusahakan oleh orang Austronesia. Penggunaan halia kemudiannya merebak ke India, China, Afrika Barat dan Caribbean. Selain digunakan dalam masakan, berikut dikongsikan antara khasiat atau kelebihan halia yang jarang diketahui umum;
- Mengurangkan keradangan
- mengandungi sebahagian daripada analgesik yang kuat atau dikenali sebagai ubat penahan sakit dan bersifat sebagai pencegah keradangan
- Melegakan loya
- pengambilan 1 gram halia setiap hari dipercayai dapat membantu mengurangkan loya 'morning sickness'
- Mengurangkan kesakitan haid
- pengambilan halia pada awal tempoh haid boleh mengurangkan gejala sakit haid selain teh halia yang sering digunakan dalam merawat sakit haid
- Merendahkan paras kolestrol
- membantu dalam merendahkan paras kolestrol buruk atau 'Low Density Lipoproteins'
- Menguatkan imuniti
- pengambilan hirisan kecil halia sehari dapat membantu dalam mengurangkan risiko penyakit strok
- Membantu penghadaman
- menggalakkan pengeluaran cecair 'bile' oleh pundi hempedu yang meransang penghadaman selain mampu melegakan kejang perut, diarrhea atau sembelit, dan kembung yang disebabkan oleh gastritis
- Membantu mengurangkan berat badan
- bertindak sebagai agen pembakar lemak tepu di dalam badan selain membantu meningkatkan kadar metabolisma
- Membantu mencegah pertumbuhan sel kanser
- kajian mendapati wujudnya satu kompaun dikenali sebagai 6-gingerol yang dikatakan menjadi agen pencegah sel kanser
- Melegakan batuk dan sakit tekak
- air rebusan halia yang dicampur dengan madu yang diminum ketika masih suam mampu melegakan sakit tekak
- Mengurangkan sakit kepala
- rebus halia di dalam sedikit air kemudian hidu wap yang terhasil
Friday, September 09, 2022
PETUA HILANGKAN KETAGIHAN TERHADAP SYABU
PETUA HILANGKAN KETAGIHAN TERHADAP SYABU

- Berterus terang dengan orang yang boleh membantu.
- Jauhi aktiviti yang boleh memudaratkan keselamatan dan kesihatan diri ketika sedang merawat atau menahan ketagihan.
- Jauhi golongan yang masih mengamalkan penyalahgunaan dadah.
- Jauhi faktor risiko pencetus stres.
- Amalkan diet dan gaya hidup yang sihat.
- Dapatkan rehat dan tidur yang mencukupi.
- Hadir ke pusat pemulihan penagihan.
- Cuba alternatif lain seperti perubatan tradisional atau rawatan Islam.
GANGGUAN MAKHLUK HALUS DALAM RUMAH
GANGGUAN MAKHLUK HALUS DALAM RUMAH
gambar hiasan, sumber: mstar.com.myKisah-kisah rumah berhantu dan 'berpenghuni' tidak asing bagi masyarakat kita. Rumah atau bangunan yang ditinggalkan dalam tempoh yang lama kebiasaannya disebut sebagai 'keras' dan dianggap mempunyai penumpang yang tidak dapat dilihat dengan mata zahir. Bagaimana pula dengan rumah yang sedang didiami? Adakah kemungkinan wujudnya gangguan makhluk halus di dalam rumah yang sentiasa berpenghuni? Berikut dikongsikan tanda-tanda adanya gangguan makhluk halus di dalam rumah.
- Sering berasa seolah-olah diperhatikan
- Terdapat kesan lebam pada tubuh badan setelah bangun dari tidur
- Sering terdengar bunyi-bunyi pelik
- Tercium bau yang terlampau busuk atau wangi tanpa diketahui punca
- Terdengar bunyi seperti suara orang sedang mengilai dan menangis
- Sering mengalami gangguan ketika tidur
- Sering mengalami mimpi buruk dan aneh
- Berasa sakit-sakit pada tubuh badan ketika berada di dalam rumah
- Bayi suka meragam ketika berada di dalam rumah
- Kerap kehilangan barang atau wang di dalam rumah
- Objek bergerak dengan sendiri atau berubah tempat seolah-olah dialihkan
- Kerap berasa seram sejuk atau panas ketika berada di dalam rumah
- Ternampak kelibat bayang-bayang di sekitar rumah
- bilik mandi
- pastikan ruang bilik mandi sentiasa bercahaya dan mempunyai sistem peredaran udara yang baik
- bilik kosong
- elakkan ruang atau bilik kosong dibiarkan tidak berpenghuni dalam tempoh masa yang lama
- tempat yang gelap, kotor dan lembap
- pastikan ruang seperti stor simpanan dijaga dan dibersihkan dengan kerap
- kawasan taman
- pastikan kawasan taman kemas dan bebas dari semak samun
- loteng
- elakkan kawasan loteng dibiarkan tanpa sebarang pemantauan
Sunday, August 28, 2022
AMALAN SANTAU/SIHIR/SANTET/BLACK MAGIC YANG BOLEH MEMAKAN DIRI SENDIRI
AMALAN SANTAU/SIHIR YANG BOLEH MEMAKAN DIRI SENDIRI
Meskipun dunia sekarang sudah moden tetapi masih ramai lagi mengamalkan ilmu sihir atau santau ini dalam kalangan masyarakat . Amalan santau atau sihir ini merupakan salah satu dari jenis-jenis dosa besar yang dimurkai oleh Allah SWT malah ia juga memberi impak buruk kepada kita . Jika kita melakukan amalan ini ia dapat merosakkan iman seseorang dan menyebabkan hidup kita menjadi huru hara . Pengamal ilmu sihir sering menggunakan pertolongan dari jin dalam mengamalkan ilmu mahupun membuat suatu amalan tersebut . Amalan jampi ini juga mengandungi unsur syirik , pemujaan jin , syaitan , menggunakan ilmu hitam atau sihir . Kenyataan di bawah tentang tanda-tanda dan punca-punca amalan santau/sihir :
- Pakai tangkal yang mempunyai simbol-simbol berkait dengan sihir
- Bercakap seorang diri dan suka bercakap benda yang merapu
- Pada bahagian kuku pengamal menjadi hitam dan kotor
- Wajah menjadi tidak berseri dan menakutkan
- Lebih suka bersendirian di dalam gelap dan tidak bergaul dengan orang ramai
- Mempunyai keturunan yang mengamal ilmu sihir menyebabkan turun-temurun kepada generasi
- Kurang ilmu agama dalam diri menyebabkan mudah melakukan sesuatu perkara yang melawan syarak dan akidah islam
- Mendapat desakan atau ajakan daripada rakan yang mengamal ilmu sihir
- Untuk menyelesaikan masalah dengan jalan yang mudah
TIPS MENDAPATKAN TIDUR YANG BERKUALITI
TIPS MENDAPATKAN TIDUR YANG BERKUALITI
Tahukah anda, tidur yang berkualiti dan mencukupi amat penting dalam kehidupan seharian. Kegagalan untuk mendapatkan tidur yang berkualiti boleh menyebabkan keletihan. Ramai yang mengalami kesukaran dalam mendapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi rentetan gaya hidup yang sibuk dan jadual yang padat. Berikut dikongsikan antara tips yang boleh diamalkan untuk membantu anda mendapatkan tidur yang diidamkan.
- Tukar tabiat tidur
- Tidur dan bangun pada waktu yang sama pada setiap hari
- Elakkan penggunaan gajet sebelum tidur
- Minum segelas susu suam sebelum tidur
- Kawal rutin makan dan minum
- Elakkan pengambilan kopi atau teh beberapa jam sebelum tidur
- Hindari minuman beralkohol
- Elakkan makan makanan yang berat sebelum tidur
- Wujudkan persekitaran tidur yang lebih baik
- Gunakan bantal dan tilam yang selesa
- Pakai topeng mata untuk mengelakkan cahaya
- Pastikan suhu bilik bersesuaian, tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas
- Cuba untuk kekal aktif
- Lakukan aktiviti fizikal seperti berajalan atau berbasikal selama 30 minit pada waktu siang.
- Elakkan tidur siang berlebihan
- Kawal tekanan
- Elakkan melakukan sesuatu kerja dalam tempoh yang terlalu lama
- Luangkan sedikit masa untuk bersantai dan bertenang dengan melakukan senaman ringan atau mendengar radio.
- Tekanan di rumah atau tempat kerja
- Pengambilan kafein yang berlebihan
- Posisi tidur yang kurang selesa
- Gangguan psikologi seperti kemurungan, stress dan kebimbangan
- Persekitaran yang terlalu panas, terang dan bising
- Gangguan makhluk halus
KETAGIHAN PERMAINAN VIDEO GAME YANG DISEBABKAN SIHIR/SANTET/TELUH/BLACK MAGIC
KETAGIHAN PERMAINAN VIDEO GAME YANG DISEBABKAN SIHIR/SANTET/TELUH/BLACK MAGIC
-
BATU BUKIT NURI DILARANG COPY PAGE INI ❗ Batu Bukit Nuri sememangnya terkenal di sekitar Pantai Timur dan Barat Thailand. Ianya d...
-
KAYU LARAK SALAH DILARANG COPY PAGE INI ❗ K 0001 TEGAS / HALIMUNAN KLS 61206175 K 0001 TEGAS / HALIMUNAN KLS 61...
-
APA ITU SUKMA ❓ DILARANG COPY PAGE IMEJ INI!!! Sukma ini antara penghubung jiwa dan jasad.Sukma ini disimpan di suatu tempat di sekitar...
BATU PERMATA FOSIL AIR
BATU PERMATA FOSIL AIR DILARANG COPY IMAGES INI !! K0000 KEHEBATAN BPFA0401202025250 KEGUNAAN 👇 PENAWAR 💗 Kurangkan tekanan diri 💗...
PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA
PELAN LOKASI KE PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA, KELANTAN
SABDA RASULULLAH S.A.W
SOLAT HAJAT KHUSUS DAN RAWATAN JARAK JAUH
SOLAT HAJAT KHUSUS DAN RAWATAN JARAK JAUH
Solat sunat hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada di dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi memohon pertolongan daripada Allah S.W.T dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimanapun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah yang maha pencipta.
Solat hajat khusus pula dilakukan dengan beberapa amalan yang khusus dan perlu mengikut tata cara serta susunan yang betul bagi mendapatkan keberkatan serta keberkesanan yang kuat dari amalan solat hajat khusus ini. Solat hajat khusus dikatakan sangat mustajab untuk mengabulkan segala doa. Siapa pun yang melakukan solat hajat ini maka In Syaa Allah akan dikabulkan oleh Allah S.W.T.
ANDA MEMPUNYAI HAJAT ATAU MASALAH YANG INGIN DISELESAIKAN SEPERTI :
- Ingin segera melunaskan hutang
- Hajat untuk segera mendapatkan jodoh
- Masalah anak lari dari rumah
- Masalah dengan kawan, pasangan, jiran, rakan sekerja, musuh, lawan dan sebagainya
- Masalah pada premis perniagaan mahupun syarikat yang dimiliki oleh anda
- Masalah dalam berumah tangga
- Masalah penyakit yang tidak kunjung sembuh
- Hajat untuk mendapat rezeki yang melimpah ruah
- Atau apa sahaja hajat atau masalah yang ingin anda selesaikan
Kami di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa ada menyediakan pakej Solat Hajat Khusus dan Jarak jauh bagi pesakit-pesakit atau individu yang tidak dapat hadir, memerlukan hajat selama ini segera dimakbulkan. In Syaa Allah akan kami usahakan mengikut kaedah dan tata cara yang betul serta terbukti berkesan buat anda.
Maharnya bernilai di antara RM 1700.00 hingga RM 4500.00 (Mengikut situasi, masa, bentuk, tahap dan jenis hajat atau masalah yang ingin diselesaikan.
1.Maharnya RM 1700 dan RM 2700 berikut adalah berkenaan
- suami curang dan kayu tiga
- anak lari dari rumah
- campur tangan pihak ketiga
- lunaskan hutang
- isteri skandal dengan laki lain
- Pasangan yang tidak setia
- Campurtangan dari keluarga mentua
- Dadah
- Dan lain -lain
2.Dan mahar RM2700 dan RM4000 keatas adalah
- Santau
- Sihir
- Santet
- Teluh
- Tenung
- Saka dari keturunan
- Ajaran ilmu sesat (black mental)
- Pelet
- Dan lain -lain
Untuk keterangan lanjut, hubungi 014 - 217 1141 (Ustaz Nazmi) atau boleh terus datang ke pusat rawatan kami yang beralamat seperti di bawah :
Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa
Lot 2547/A, Kg. Kubang Pa'Amin,
Kasar, 17000 Pasir Mas,
Kelantan.





