Tuesday, September 25, 2018

SAKA POLONG

SAKA POLONG



Saka polong atau hantu polong merupakan makhluk halus belaan yang dipelihara oleh seseorang lelaki. Tujuan membela makhluk halus ini untuk mengkhinat musuh atau memudaratkan seseorang. Saka polong atau hantu polong ini dipercayai diberi makan darah dari jadi tuannya.

Menurut kepercayaan orang melayu polong ini dihasilkan dengan memasukkan darah orang yang mati dibunuh kedalam botol kaca yang bermulut panjang. Kemudian botol tersebut akan dipuja dengan jampi serapah dalam tempoh masa tertentu.Selepas selang tujuh hari atau dua minggu, akan kedengaran bunyi menjerit daripada botol tersebut. Kemudian pemuja polong perlu menitikkan darahnya sendiri untuk  diberi makan kepada polong tersebut. Darah tersebut merupakan simbol bahawa polong itu telah terikat dengan tuannya dan mesti melakukan apa-apa sahaja suruhan tuannya.

Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak digunakan. Seseorang yang mati disebabkan oleh polong kebiasaannya terdapat bekas seperti lebam pada mayatnya atau keluar darah melalui mulut.Selain itu polong juga digunakan untuk mencuri wang/duit.

Dengan itu hantu polong tersebut perlu diwariskan kepada seseorang sebelum tuannya meninggal. Jika tuannya meninggal sebelum sempat mencari pengganti, maka hantu polong tersebut akan berkeliaran dan mengganggu keluarga dan penduduk kampung.

Tanda-tanda diganggu oleh saka polong ialah :
  • Sentiasa ternampak makhluk halus atau kelibatnya.
  • Selalu berasa seperti diperhatikan oleh sesuatu.
  • Selalu terdengar bisikan/suara/hela nafas.
  • Merasakan ada pergerakan dalam badan.
  • Mempunyai penyakit yang tidak boleh dikesan oleh doktor. 
  • Sakit kepala dan sesak nafas.
  • Cepat marah dan benci kepada seseorang tanpa sebab.
  • Mempunyai kesan-kesan lebam/cakar pada tubuh badan 
  •  Sentiasa berada dalam ketakutan.
  • Sukar mendapat jodoh.
  • Suami isteri kerap bertengkar walaupun perkara kecil.
  • Darah haid lebih daripada 15 hari dan kerap keguguran.
  • Gelisah atau panas ketika mendengar ayat suci Al-quran.
Tanda-tanda semasa tidur :
  • Kerap terjaga atau tidur terkejut 
  • Susah hendak tidur malam.
  • Bercakap/berjalan dalam tidur.
  • Selalu bermimpi melihat binatang-binatang buas atau berbisa seperti ular.
  • Selalu bermimpi kanak-kanak. 
  • Mimpi bersetubuh dengan seseorang.
  • Bermimpi lemas/ banjir dalam tempat yang kotor.
  • Mimpi berada atau jatuh daripada tempat tinggi.
  • Selalu ditindih semasa tidur.
Oleh yang demikian, perkara sebegini tidak boleh dianggap mudah dan perlu diambil penekanan yang serius untuk mengatasi masalah ini daripada berlarutan. Jika Saka polong ini tidak dirawat mengikut kaedah yang betul ia akan memberi kesan buruk terhadap kehidupan dan menjejaskan urusan seharian pesakit.

Jika terdapat tanda-tanda seperti yang dinyatakan di atas sila dapatkan rawatan dengan segera. Anda disarankan untuk berkunjung ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa. In Shaa Allah kami sedia membantu anda mengikut kaedah rawatan yang betul. Rawatan Jarak Jauh untuk pesakit yang tidak berkemampuan untuk hadir ke pusat rawatan juga disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah pesakit. Untuk keterangan lanjut sila hubungi 011-19980010 ( Ustaz Nazmi ).

No comments:

Post a Comment

Note: only a member of this blog may post a comment.

BATU LEKLAI NAGA

 BATU LEKLAI NAGA PANJANG 19 CM LEBAR 11 CM DILARANG COPY IMAGES INI !!! K00001 KEHEBATAN BLN 25021202024750 KHASIAT INI HAK MILIK WALINUR S...