SIHIR PELALAU / PENGHALANG
Sihir pelalau merupakan satu sihir bagi menghalang mangsa dari mencari rezeki sama ada di tempat kerja / pejabat atau premis perniagaan, rezeki berupa jodoh perkahwinan serta rezeki dari segi maju dalam pembelajaran. Semua usaha untuk mencari rezeki-rezeki ini terhalang tanpa sebab yang munasabah.
4 JENIS SIHIR PELALAU ATAU SIHIR PENGHALANG :
- Sihir pelalau perniagaan
- menyebabkan perniagaan mengalami kerugian yang besar atau mungkin tiada pelanggan dalam tempoh yang berterusan
- Sihir pelalau pekerjaan
- mengakibatkan seseorang tidak memberikan tumpuan yang konsisten dalam pekerjaannya dan meyebabkan kerugian pada syarikat
- Sihir pelalau pembelajaran
- anak-anak menjadi lalai dalam pembelajaran dan akhirnya tidak lulus peperiksaan atau berhenti sekolah
- Sihir pelalau perkahwinan / pertunangan
- Menghalang mangsa untuk berkahwin atau bertunang
SIMPTOM-SIMPTOM TERKENA SIHIR PELALAU PERNIAGAAN :
- Pelanggan seolah-olah tidak nampak atau tidak perasan akan kedai atau premis perniagaan yang dilindung dengan sihir pelalau.
- Tempat perniagaan tidak ada daya tarikan
- Makanan yang dihidangkan di kedai makan yang terkena sihir pelalau cepat basi atau rosak, biarpun baru dimasak
- Pelanggan sakit perut selepas makan dari kedai makan tertentu
- Mangsa akan berasa tidak semangat untuk berniaga, kuat mengantuk, rasa malas, takut, gelisah dan sakit badan semasa berada di premis perniagaan mereka
SIMPTOM-SIMPTOM TERKENA SIHIR PELALAU PEKERJAAN :
- Mangsa berasa malas di pejabat, mengantuk yang berpanjangan, resah dan gelisah di tempat kerja
- Hilang fokus pada kerja
- Tidak disenangi oleh kawan-kawan di tempat kerja
- Pencapaian terhadap kerja merosot dan mangsa mempunyai semangat yang rendah untuk berkerja
SIMPTOM-SIMPTOM TERKENA SIHIR PELALAU PERKAHWINAN :
- Hilang keinginan atau terkunci nafsu untuk berkahwin walaupun tarikh cadangan yang sepatutnya mereka berkahwin sudah dekat
- Menyebabkan halangan untuk meneruskan pertunangan atau perkahwinan
- Sihir ini membuatkan mangsa murung, tidak bermaya, pendiam dan menyendiri
- Berlaku pertengkaran dan pergaduhan selepas bertunang atau berkahwin.
Kebanyakan orang yang terkena gangguan makhluk halus samada dalam bentuk sihir, santau, lebih-lebih lagi saka akan keberatan untuk melakukan rawatan, keadaan ini terjadi semata-mata kerana tipu daya dan fitnah syaitan. Sebahagiannya pula tidak mempercayainya.
Sukacita disarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Penyakit sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.
Dapatkanlah rawatan dengan segera. In Syaa Allah kami sedia membantu anda.
Rawatan Jarak Jauh untuk pesakit yang tidak dapat datang ke klinik kami turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.