Tuesday, December 05, 2017

KHIDMAT PAGAR RUMAH, PEJABAT, KEDAI, KEBUN DAN LAIN-LAIN

KHIDMAT PAGAR RUMAH


Anda mempunyai rumah, pejabat, kedai atau kebun yang baru hendak didiami atau diusahakan. Anda meninggalkan rumah untuk tempoh yang lama atau mengalami simptom-simptom seperti :-
  • Makanan di dalam rumah cepat basi
  • Terdengar pelbagai jenis bunyi seperti bisikan seseorang, suara orang tengah berbual walaupun tiada orang di rumah, bunyi seakan guli atau benda berat jatuh di atas bumbung dan macam-macam jenis bunyi yang lain
  • Merasakan seperti ada kelibat yang melintas atau sedang diperhatikan
  • Tiba-tiba merasa suasana yang seram atau meremang bulu roma
Sekiranya anda berhajat untuk melakukan pendinding di tempat kediaman anda, kami menawarkan khidmat pagar rumah, pejabat, kedai atau kebun termasuk amalan doa, zikir khusus, solat hajat khusus, menghalau dan membuang segala punca gangguan, dan pagar mengikut kaedah Islam.


Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi) atau boleh terus berkunjung ke pusat rawatan kami yang beralamat seperti dibawah :

Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa,
Lot 2547/A, Kg. Kubang Pa'Amin,
Kasar, 17000 Pasir Mas,
Kelantan.

PELARIS RESTORAN @ KEDAI MAKAN

PELARIS RESTORAN @ KEDAI MAKAN

Image result for PELARIS RESTORAN ATAU KEDAI MAKAN

Kami menyediakan perkhidmatan untuk melariskan perniagaan di restoran @ kedai makan mengikut landasan syariah Islamiyyah. Tidak dijampi dengan ayat-ayat yang melanggar hukum syarak, tidak diasap dengan kemenyan, dan tidak menggunakan khadam jin sebagai perantara. Hanya menggunakan unsur-unsur alam dan ayat-ayat al-Quran serta zikir sahaja.

Antara perkhidmatan yang turut disediakan dalam pakej ini ialah :
  • Membuat proses merenjis air penawar membuang unsur-unsur gangguan yang menyekat sumber pendapatan bagi kedai tersebut (Tawar Kedai)
  • Membuat air pelaris yang diisi dengan ayat-ayat murni dari Al-Quran serta zikir-zikir pembuka rezeki
Harga mengikut tempat, keluasan, struktur dan jenis kedai.

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi) atau boleh terus berkunjung ke pusat rawatan kami yang beralamat seperti dibawah :

Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa,
Lot 2547/A, Kg. Kubang Pa'Amin,
Kasar, 17000 Pasir Mas,
Kelantan.


MILIK SIAPAKAH ANAK-ANAK SELEPAS BERCERAI ?

MASALAH DALAM HAK PENJAGAAN ANAK

Related image

Di sini kami ingin menceritakan satu kisah di mana ada sepasang suami isteri yang bercerai dan anak mereka kesemuanya dijaga oleh si bapa. Si ibu datang ke Pusat Rawatan kami dan menyatakan hasrat untuk mengambil 2 daripada 4 anaknya untuk dijaga. Namun, si suami seolah-olah enggan kerana ada sekatan dari ibu kepada si suami ini yang menghalang dia untuk menyerahkan anak-anak itu kepada si suami.

Si isteri yang bernama Aminah (bukan nama sebenar) meminta Ustaz Nazmi untuk membuat air pelembut hati dan solat hajat khusus untuk melembutkan hati si suami, Amir (bukan nama sebenar) dan meminta untuk scan sikap suaminya terhadap anak-anak. Ternyata Amir telah diberi makan barang kotor yang berupa sihir oleh wanita lain untuk terus membenci Aminah dan tidak menghiraukan hak yang sepatutnya diperolehi selepas bercerai.

Di dalam Islam, Rasulullah S.A.W sering menekankan bahawa ibu lebih berhak mendapat hak penjagaan ke atas anaknya. Pengorbanan ibu itu lebih mulia apabila mempertaruhkan nyawanya sendiri bagi meneruskan zuriat kaumnya.

Si ibu merupakan orang yang paling berhak untuk menjaga anak-anaknya sehingga umur anak-anak itu mencapai tahap mumayyiz (7 Tahun)

Namun begitu, ada beberapa syarat yang ditetapkan oleh undang-undang bagi menentukan seseorang itu layak atau tidak untuk mendapatkan hak penjagaan anak-anak kecil. Antaranya ialah :
  • Dia seorang Islam
  • Dia sempurna akal
  • Dia berumur yang melayakkan dia memberikan kepada kanak-kanak itu jagaan dan kasih sayang yang mungkin diperlukan oleh kanak-kanak itu
  • Dia berkelakuan baik dari segi akhlak Islamiyyah
  • Dia tinggal di tempat di mana kanak-kanak itu tidak mungkin menghadapi apa-apa akibat buruk dari segi akhlak atau jasmani

Masalah sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.

Sekiranya anda mempunyai apa-apa masalah dalam rumah tangga tidak kira masalah yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus atau sebagainya. Kunjungilah Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa untuk menyelesaikan masalah anda. 

Kami sedia membantu dalam merawat masalah yang berkaitan dengan gangguan mistik dan perkhidmatan kauseling juga disediakan bagi mereka yang memerlukan. Kos rawatan dan perkhidmatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi)





Monday, December 04, 2017

ALAM JIN

ALAM JIN


Jin merupakan makhluk yang dicipta Allah S.W.T seperti manusia. Diberi nama jin atas kewujudannya yang tidak dapat dilihat oleh manusia, kecuali mereka merubah wujudnya menjelma sebagai sesuatu yang lain seperti haiwan, manusia dan bentuk-bentuk yang lain.

FAKTA-FAKTA BERKAITAN JIN :
  • Jin juga mempunyai kewajipan seperti manusia untuk melaksanakan ibadat kepada Allah S.W.T
  • Jin juga terbahagi kepada Islam dan kafir
  • Jin tidak boleh dilihat oleh manusia biasa kecuali semasa mereka mengubah rupa mereka kepada sesuatu yang lain. Namun, mereka boleh melihat manusia dan sentiasa membisikkan tipu dayanya kepada manusia
  • Jin terlebih dahulu diciptakan oleh Allah sebelum manusia dan ia dicipta daripada api dan manusia berasal dari tanah
  • Jin terbahagi kepada tiga kumpulan, iaitu :
    • Kumpulan jin yang mempunyai sayap serta terbang di udara
    • Kumpulan jin yang berupa ular dan anjing
    • Kumpulan jin yang berdiam diri di tempatnya dan melakukan pengembaraan
  • Manusia merupakan makhluk yang lebih mulia daripada jin ekoran semasa penciptaan nabi Adam A.S para malaikat dan jin diarahkan untuk bersujud kepada Nabi Adam dan iblis mengingkarinya.
  • Jin juga mempunyai jantina iaitu lelaki dan wanita serta mempunyai nafsu untuk berkahwin
  • Mereka juga mempunyai nafsu untuk makan. Namun, makanan mereka tidak sama seperti manusia seperti asap, wap dari tulang dan tulang sum-sum binatang.
  • Kehidupan serta kemajuan alam jin sama dengan manusia malah lebih maju berbanding manusia. Jin juga turut mempunyai penginapan dan rumah malah mampu untuk menginap di dalam rumah manusia juga.
Jin merupakan makhluk yang suka mengganggu manusia tidak kira dalam bentuk gangguan apa sekalipun. Ianya kadang-kadang boleh datang hanya sebab ada sesetengah jin itu menyukai manusia itu sendiri dan bole juga datang dalam bentuk santau dan sihir yang sememangnya terkenal dalam masyarakat melayu.


Kebanyakan orang yang terkena gangguan makhluk halus samada dalam bentuk sihir, santau, lebih-lebih lagi saka akan keberatan untuk melakukan rawatan, keadaan ini terjadi semata-mata kerana tipu daya dan fitnah syaitan. Sebahagiannya pula tidak mempercayainya.

Sukacita disarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Penyakit sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.

Dapatkanlah rawatan dengan segera. In Syaa Allah kami sedia membantu anda. Rawatan Jarak Jauh untuk pesakit yang tidak dapat datang ke klinik kami turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi)

SAKA HANTU RAYA

SAKA HANTU RAYA

Image result for saka harimau

Saka Hantu Raya ini merupakan saka yang amat terkenal dalam masyarakat Melayu. Tanpa disedari, masyarakat Melayu dahulu kala sering menggunakan pendamping untuk tugasan harian mereka tanpa mengetahui akan besarnya dosa kesyirikan atas perbuatannya itu.

Ini kerana, perkara yang paling disukai oleh syaitan ialah apabila ada manusia yang menyeru golongan mereka (jin dan syaitan) untuk dijadikan pendamping. Bukan sekadar itu, golongan jin dan syaitan ini dijadikan tempat bagi sebahagian manusia untuk meminta pertolongan. Telah menjadi satu sumpah bagi mereka untuk menyesatkan umat manusia sehingga ke hari khiamat.

Hantu Raya ini dipilih kerana ketangkasan dan kegagahan lalu diambil sebagai penjaga diri, keluarga, kebun dan sebagainya. Namun, masa terus berlalu dan pendamping tersebut telah diwariskan dari generasi ke generasi maka terjadilah saka.

Apabila anak-anak yang merawisi saka ini tidak mengetahui syarat dan pantang larang ketika perjanjian dimeterai menyebabkan mereka tidak menunaikan perjanjian itu seperti tidak menyediakan makanan kepada jin menyebabkan makhluk itu akan mengganggu dan menyakiti mereka kerana marah.

Sukacita disarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Masalah sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.

Dapatkanlah rawatan dengan segera. In Syaa Allah kami sedia membantu anda. Rawatan Jarak Jauh untuk pesakit yang tidak dapat datang ke klinik kami turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi)



KURSUS AMALAN KUAT INGATAN

KURSUS AMALAN KUAT INGATAN

Image result for kursus amalan kuat ingatan

Kursus amalan kuat ingatan ini dibuka untuk sesiapa yang ingin untuk menguatkan daya ingatan sehingga tidak terlepas daripada mengingati sesuatu yang penting. Kursus ini sesuai untuk para pelajar, para huffaz, pensyarah, guru-guru, pendakwah, penceramah serta orang awam yang memerlukan daya ingatan yang kuat serta bertahan lama.

Bagi sesiapa yang mengikuti kursus ini akan dibekalkan dengan zikir-zikir, doa-doa, tips-tips dan amalan-amalan untuk menguatkan daya ingatan semaksima yang mungkin berlandaskan syariat dan kehendak Islam.

Amalan ini merupakan amalan yang telah lama diguna pakai oleh orang-orang alim dan guru-guru agama.

Kursus ini hanya memerlukan mahar sebanyak RM 250.00

Kursus ini boleh diadakan bila-bila masa sahaja, bagi yang berminat bolehlah menghubungi kami untuk tujuan temujanji sebelum mengadakan kursus.

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi) atau boleh terus berkunjung ke pusat rawatan kami yang beralamat seperti dibawah :

Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa,
Lot 2547/A, Kg. Kubang Pa'Amin,
Kasar, 17000 Pasir Mas,
Kelantan.

TERSESAT DI ALAM BUNIAN SEMASA MENDAKI GUNUNG STONG

TERSESAT DI ALAM BUNIAN

Image result for ALAM BUNIAN
[GAMBAR SEKADAR HIASAN]

Bunian adalah sejenis makhluk halus dari golongan jin. Mereka tidak mempunyai jasad dan diciptakan dari api. Kebiasaannya mereka terdiri dari golongan jin Islam. Mereka juga mempunyai budaya setempat, memiliki wajah dan fizikal seperti manusia tetapi tidaklah sempurna seperti wajah dan tubuh badan manusia.

Pada posting kali ini kami ingin berkongsi serba sedikit kisah sepasang suami isteri yang datang ke pusat rawatan kami untuk mengesan keberadaan anak mereka yang hilang selama dua minggu di Gunung Stong. Dipercayai anak mereka didapati hilang semasa melakukan aktiviti untuk turun dari puncak Gunung Ayam ke Baha's Camp semasa melakukan ekspedisi pendakian 3 puncak (Ayam, Baha, Stong) bersama rakan-rakan Kelab Rekreasi Universiti tempat dia belajar.

Dengan ilmu yang ada serta keyakinan sepenuhnya terhadap kekuasaan Allah S.W.T, Ustaz Nazmi mula scan untuk mengesan kedudukan semasa anak mereka yang hilang tadi dan didapati dia tengah mandi-manda bersama sekumpulan wanita-wanita cantik yang dipercayai bunian.

Mamat (bukan nama sebenar) yang merupakan anak kepada pasangan ini dipercayai tengah mandi untuk menyiapkan diri bagi majlis pernikahannya dengan salah seorang puteri bunian yang akan dilangsungkan petang itu. Dengan keizinan dari Allah, Ustaz Nazmi membaca sedikit ruqyah serta melakukan solat hajat khusus untuk menyekat dari perkara tersebut terus berlaku.

Syukur kerana berkat keagungan Allah, Ustaz Nazmi dapat berkomunikasi dengan penghulu bagi kaum bunian yang tinggal di sekitar Gunung Stong itu sendiri dan meminta untuk batalkan majlis tersebut dan biarkan Mamat untuk pulang ke pangkuan keluarganya.

Dipendekkan cerita, selepas selesai berunding dan tegas mempertahankan keputusan untuk melepaskan Mamat pulang ke alam manusia balik. Ustaz Nazmi mengarahkan untuk menghantar sesiapa untuk mencari Mamat di Sungai Rantai yang merupakan salah satu checkpoint di Gunung Stong pada keesokan harinya.

Alhamdulillah, Mamat selamat dibawa pulang dan telah pun seleasi menjalani rawatan untuk menghilangkan trauma dan melupakan setiap pengalaman yang dia tempuhi sepanjang berada di alam bunian itu untuk terus menjalani hidup seperti manusia biasa.

Kita sebagai manusia tidak patut tunduk atau bersetuju dan mengikut apa sahaja yang diperkatakan makhluk halus ini. Bunian atau jin-jin lainnya turut mempunyai akal dan pemikiran yang sama dengan kita. Jangan sesekali mudah terpedaya dengan tipu helah yang dibuat oleh mereka.

In Sya Allah semua masalah boleh diselesaikan jika diusahakan dan diikhtiarkan dengan cara yang betul. Kunjungilah Pusat Rawatan Islam Walinursyifa. Bagi pesakit yang tidak dapat hadir, rawatan jarak jauh turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi) 

CARA UNTUK MENGENAL KAYU / TERAS YANG ADA KHODAM

    CARA UNTUK MENGENAL KAYU / TERAS YANG ADA KHODAM DILARANG COPY PAGE IMAGES INI!!! PROSES KEJADIAN TERAS Cara paling mudah untuk mengenal...

PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA

PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA

PELAN LOKASI KE PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA, KELANTAN

PELAN LOKASI KE PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA, KELANTAN

SABDA RASULULLAH S.A.W


Sabda Rasulullah S.A.W :
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:

"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
(Riwayat Muslim dan Ahmad)

SOLAT HAJAT KHUSUS DAN RAWATAN JARAK JAUH




SOLAT HAJAT KHUSUS DAN RAWATAN JARAK JAUH




Solat sunat hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada di dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi memohon pertolongan daripada Allah S.W.T dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimanapun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah yang maha pencipta.


Solat hajat khusus pula dilakukan dengan beberapa amalan yang khusus dan perlu mengikut tata cara serta susunan yang betul bagi mendapatkan keberkatan serta keberkesanan yang kuat dari amalan solat hajat khusus ini. Solat hajat khusus dikatakan sangat mustajab untuk mengabulkan segala doa. Siapa pun yang melakukan solat hajat ini maka In Syaa Allah akan dikabulkan oleh Allah S.W.T.


ANDA MEMPUNYAI HAJAT ATAU MASALAH YANG INGIN DISELESAIKAN SEPERTI :


  • Ingin segera melunaskan hutang
  • Hajat untuk segera mendapatkan jodoh
  • Masalah anak lari dari rumah
  • Masalah dengan kawan, pasangan, jiran, rakan sekerja, musuh, lawan dan sebagainya
  • Masalah pada premis perniagaan mahupun syarikat yang dimiliki oleh anda
  • Masalah dalam berumah tangga
  • Masalah penyakit yang tidak kunjung sembuh
  • Hajat untuk mendapat rezeki yang melimpah ruah
  • Atau apa sahaja hajat atau masalah yang ingin anda selesaikan

Kami di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa ada menyediakan pakej Solat Hajat Khusus dan Jarak jauh bagi pesakit-pesakit atau individu yang tidak dapat hadir, memerlukan hajat selama ini segera dimakbulkan. In Syaa Allah akan kami usahakan mengikut kaedah dan tata cara yang betul serta terbukti berkesan buat anda.


Maharnya bernilai di antara RM 1700.00 hingga RM 4500.00 (Mengikut situasi, masa, bentuk, tahap dan jenis hajat atau masalah yang ingin diselesaikan.


1.Maharnya RM 1700 dan RM 2700 berikut adalah berkenaan

  • suami curang dan kayu tiga
  • anak lari dari rumah
  • campur tangan pihak ketiga
  • lunaskan hutang
  • isteri skandal dengan laki lain
  • Pasangan yang tidak setia
  • Campurtangan dari keluarga mentua
  • Dadah
  • Dan lain -lain

2.Dan mahar RM2700 dan RM4000 keatas adalah

  • Santau
  • Sihir
  • Santet
  • Teluh
  • Tenung
  • Saka dari keturunan
  • Ajaran ilmu sesat (black mental)
  • Pelet
  • Dan lain -lain


Untuk keterangan lanjut, hubungi 014 - 217 1141 (Ustaz Nazmi) atau boleh terus datang ke pusat rawatan kami yang beralamat seperti di bawah :


Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa


Lot 2547/A, Kg. Kubang Pa'Amin,

Kasar, 17000 Pasir Mas,

Kelantan.