Thursday, December 28, 2017

PUNCA KENAPA ANDA SERING MENGALAMI HISTERIA

HISTERIA

Image result for gangguan histeria

Histeria merupakan satu istilah yang sering digunakan oleh masyarakat melayu yang dilihat sebagai penyakit yang berpunca daripada gangguan makhluk halus atau hantu. Dalam perubatan moden barat, histeria dikatakan sebagai penyakit yang berpunca daripada despresi psikologikal. Kedua-duanya berkaitrapat dengan pemahaman dan budaya yang berbeza antara masyarakat melayu dan barat.

PUNCA-PUNCA TERJADINYA HISTERIA :
  • Akibat gangguan mental atau emosi tidak dapat dikawal dengan baik
  • Akibat disihir, disantau atau tersampuk
  • Akibat kurang belaian kasih sayang atau banyak masalah yang dipendam
  • Akibat memiliki saka atau warisan jin pendamping keluarga
  • Sering lupa dan lalai dengan perintah Allah
  • Kurang membaca doa tertentu sebelum melakukan sesuatu seperti membaca Istiazah dan Basmalah
  • Melakukan sesuatu perkara yang disukai golongan jin dan syaitan atau bercanggah dengan ajaran Islam
  • Akibat kesilapan dan kecuaian manusia itu sendiri
  • Akibat perasaan dendam, cinta atau simpati makhluk jin terhadap manusia. sebagai contoh manusia itu sering mandi secara bertelanjang dan menyebabkan jin itu suka kepadanya
TANDA-TANDA GANGGUAN MAKHLUK HALUS BOLEH BACA DISINI :

UNTUK INFORMASI LAIN BEKAITAN PUNCA GANGGUAN JIN, SILA TEKAN 14 Sebab Punca Gangguan Jin

Kebanyakan orang yang terkena gangguan makhluk halus samada dalam bentuk sihir, santau, lebih-lebih lagi saka akan keberatan untuk melakukan rawatan, keadaan ini terjadi semata-mata kerana tipu daya dan fitnah syaitan. Sebahagiannya pula tidak mempercayainya.

Sukacita disarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Penyakit sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.

Dapatkanlah rawatan dengan segera. In Syaa Allah kami sedia membantu anda. Rawatan Jarak Jauh untuk pesakit yang tidak dapat datang ke klinik kami turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi)

Sunday, December 24, 2017

SIHIR PELALAU / PENGHALANG

SIHIR PELALAU / PENGHALANG

Image result for sihir pelalau

Sihir pelalau merupakan satu sihir bagi menghalang mangsa dari mencari rezeki sama ada di tempat kerja / pejabat atau premis perniagaan, rezeki berupa jodoh perkahwinan serta rezeki dari segi maju dalam pembelajaran. Semua usaha untuk mencari rezeki-rezeki ini terhalang tanpa sebab yang munasabah.

4 JENIS SIHIR PELALAU ATAU SIHIR PENGHALANG :
  • Sihir pelalau perniagaan
    • menyebabkan perniagaan mengalami kerugian yang besar atau mungkin tiada pelanggan dalam tempoh yang berterusan
  • Sihir pelalau pekerjaan
    • mengakibatkan seseorang tidak memberikan tumpuan yang konsisten dalam pekerjaannya dan meyebabkan kerugian pada syarikat
  • Sihir pelalau pembelajaran
    • anak-anak menjadi lalai dalam pembelajaran dan akhirnya tidak lulus peperiksaan atau berhenti sekolah
  • Sihir pelalau perkahwinan / pertunangan
    • Menghalang mangsa untuk berkahwin atau bertunang
SIMPTOM-SIMPTOM TERKENA SIHIR PELALAU PERNIAGAAN :
  • Pelanggan seolah-olah tidak nampak atau tidak perasan akan kedai atau premis perniagaan yang dilindung dengan sihir pelalau.
  • Tempat perniagaan tidak ada daya tarikan
  • Makanan yang dihidangkan di kedai makan yang terkena sihir pelalau cepat basi atau rosak, biarpun baru dimasak
  • Pelanggan sakit perut selepas makan dari kedai makan tertentu
  • Mangsa akan berasa tidak semangat untuk berniaga, kuat mengantuk, rasa malas, takut, gelisah dan sakit badan semasa berada di premis perniagaan mereka
SIMPTOM-SIMPTOM TERKENA SIHIR PELALAU PEKERJAAN :
  • Mangsa berasa malas di pejabat, mengantuk yang berpanjangan, resah dan gelisah di tempat kerja
  • Hilang fokus pada kerja
  • Tidak disenangi oleh kawan-kawan di tempat kerja
  • Pencapaian terhadap kerja merosot dan mangsa mempunyai semangat yang rendah untuk berkerja
SIMPTOM-SIMPTOM TERKENA SIHIR PELALAU PERKAHWINAN :
  • Hilang keinginan atau terkunci nafsu untuk berkahwin walaupun tarikh cadangan yang sepatutnya mereka berkahwin sudah dekat
  • Menyebabkan halangan untuk meneruskan pertunangan atau perkahwinan
  • Sihir ini membuatkan mangsa murung, tidak bermaya, pendiam dan menyendiri
  • Berlaku pertengkaran dan pergaduhan selepas bertunang atau berkahwin.
Kebanyakan orang yang terkena gangguan makhluk halus samada dalam bentuk sihir, santau, lebih-lebih lagi saka akan keberatan untuk melakukan rawatan, keadaan ini terjadi semata-mata kerana tipu daya dan fitnah syaitan. Sebahagiannya pula tidak mempercayainya.

Sukacita disarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Penyakit sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.

Dapatkanlah rawatan dengan segera. In Syaa Allah kami sedia membantu anda. Rawatan Jarak Jauh untuk pesakit yang tidak dapat datang ke klinik kami turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi)

Friday, December 22, 2017

TANDA-TANDA SESEORANG ITU MEMILIKI SAKA

TANDA-TANDA SESEORANG ITU MEMILIKI SAKA

Image result for tanda-tanda seseorang itu mempunyai saka

Saka adalah jin yang berada dalam tubuh manusia yang sudah sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia itu. Ianya berlaku sama ada seseorang itu sedar atau tidak kerana ianya diwarisi dari keturunannya.

Saka juga dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.

ANTARA TANDA-TANDA SESEORANG ITU MEMILIKI SAKA :
  • Selalu bermimpi jatuh dari tempat yang tinggi
  • Selalu bermimpi berada di awangan
  • Sering bermimpi dikejar binatang buas atau dipatuk ular
  • Kerap bermimpi menerima bungkusan dari seseorang
  • Mimpi menyusukan anak (mendukung atau melihat dikira petanda yang sama)
  • Ada lebam pada tubuh setelah bangun dari tidur
  • Rumah tangga sering bermasalah, sering bertengkar dalam perkara kecil dan anak-anak menjadi degil
  • Berdebar-debar tanpa sebab
  • Sakit-sakit pada sendi, pinggang dan buku lali walaupun perubatan moden tidak dapat mengesahkan apa penyakitnya
MEREKA YANG MENJADI SASARAN SAKA :
  • Anak cucu yang sangat cetek pengetahuan agamanya
  • Anak cucu yang melazimi maksiat dan sering melanggar peraturan agama
  • Anak cucu yang sentiasa meninggalkan ibadat wajib seperti solat dan puasa
  • Anak cucu yang lemah mental dan fizikalnya

Sukacita disarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Masalah sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.

Dapatkanlah rawatan dengan segera. In Syaa Allah kami sedia membantu anda. Rawatan Jarak Jauh untuk pesakit yang tidak dapat datang ke klinik kami turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 0111-9980010 (Ustaz Nazmi)

KLEIN-LEVIN SYNDROME YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM DAN SAKA

KLEIN-LEVIN SYNDROME YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM DAN SAKA

Image result for kleine levin syndrome

Klein-Levin Syndrome (KLS) merupakan satu gangguan neurologi yang jarang berlaku dan pelik disebabkan tempoh tidur yang berlebihan. Pesakit yang terkena KLS ini boleh tidur selama berjam-jam, berhari-hari, berminggu-minggu bahkan berbulan-bulan bergantung kepada berapa lama penyakit ini muncul dan menyerang penghidapnya.

Pesakit akan tidur berpanjangan dan hanya akan bangun untuk makan dan ke bilik air atau tandas sahaja. Pesakit boleh dikejutkan oleh orang lain namun mereka akan mengeluh berasa penat dan letih.

CIRI-CIRI BAGI KLEIN-LEVIN SYNDROME :
  • Pesakit tidak boleh membezakan antara realiti dan mimpi. Kadang-kadang mereka akan termenung seketika apabila sedar dari tidur panjang dan terlihat seolah-olah pelik dengan suasana sekeliling
  • Ketika terbangun dari tidur panjang, penghidap akan berkelakuan kebudak-budakan, merasa kebingungan, kehilangan tenaga dan berasa lemas sehingga tidak menunjukkan apa-apa reaksi dengan keadaan sekitarnya.
  • Pesakit juga akan menjadi lebih sensitif kepada banyak perkara seperti suara dan cahaya. Kehilangan nafsu makan juga boleh terjadi dan ada juga yang berlaku peningkatan kepada nafsu seksual.
  • Tidak boleh mengurus diri sendiri kerana walaupun mereka terjaga, mereka akan merasa terlalu letih, tidak ada tenaga dan kemurungan.
PENYEBAB TERJADINYA KLEIN-LEVIN SYNDROME :
  • Masih belum ada penjelasan yang berkait dengan apa sebenarnya penyebab berlakunya dindrom ini. Tetapi melihat kepada gejala yang muncul dalam sindrom ini menunjukkan kerosakan pada bahagian tertentu otak yang memainkan peranan dalam mengawal nafsu makan dan tidur.
  • Namun, penyakit jenis ini juga boleh dikaitkan dengan gangguan yang berlaku diakibatkan oleh alam yang satu lagi atau lebih dikenali dengan alam jin. Pesakit mungkin ada terkena gangguan santau mahupun sihir atau mempunyai hubungan khusus dengan golongan jin.

Masalah sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta. Dapatkanlah rawatan dengan segera. In Syaa Allah kami sedia membantu anda. Rawatan Jarak Jauh untuk pesakit yang tidak dapat datang ke klinik kami turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi)

BERCAKAP KETIKA TIDUR YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM DAN SAKA

BERCAKAP KETIKA TIDUR YANG BERPUNCA DARIPADA SANTAU / SIHIR / TELUH / TENUN / BLACKMAGIC / ILMU HITAM DAN SAKA

Related image

Gejala bercakap ketika tidur @ sleep talking @ Somniloquy merupakan satu keadaan di mana seseorang individu bercakap atau menggumam ketika tidur tanpa disedari. Mereka yang mengalaminya tidak tahu apa yang telah berlaku setelah bangu dari tidur. Mengikut data, separuh dari kanak-kanak berusia diantara 3 hingga 10 tahun mengalaminya dan hanya 5 peratus sahaja dialami oleh orang dewasa.

Namun, keadaan yang lebih teruk boleh terjadi ekoran situasi ini di mana seseorang yang mengalami gejala sleep talking ini akan disusuli dengan mimpi yang teruk dan menakutkan sehingga di dalam tidurnya turut disertakan dengan perbuatan seperti berlari, menendang, memukul dan sebagainya.

Walaupun gejala ini tidak terlalu serius, namun ia dapat menjadi satu gangguan kepada diri kerana tidur mereka yang menggunakan bayak tenaga semasa sedang tidur boleh menyebabkan badan sentiasa dalam keletihan dan mengalami kelesuan.

Gejala ini juga boleh menjadi petanda kepada masalah psikologi dan kesihatan yang serius apabila menepati ciri-ciri yang tertentu. Antara masalah yang menyebabkan orang menjerit semasa tidur ialah REM Sleep Behavior Disorder (RBD) dan Sleep Terrors. Mereka yang mempunyai RBD biasanya bertindak ganas dan mengamuk ketika tidur. Kanak-kanak yang mengalami Sleep terrors pula akan berjalan dan bercakap semasa tidur mereka.

ANTARA FAKTOR PENYEBAB KEPADA MASALAH INI :
  • Pengambilan ubat-ubatan tertentu
  • Stress, tekanan emosi, letih dan lesu
  • Terbawa-bawa dengan peristiwa yang dilalui
  • Masalah kesihatan seperti demam
  • Masalah mental
  • Penyalahgunaan dadah
  • Mempunyai pengalaman didera
  • Disihir atau disantau yang mana orang yang mempunyai masalah gangguan makhluk halus sering disertai dengan gangguan semasa tidur seperti tidur terkejut, mimpi dikejar binatang buas dan berbisa serta jatuh dari tempat tinggi

Sukacita disarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Masalah sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.

Dapatkanlah rawatan dengan segera. In Syaa Allah kami sedia membantu anda. Rawatan Jarak Jauh untuk pesakit yang tidak dapat datang ke klinik kami turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi)

Thursday, December 21, 2017

SCAN PENYAKIT/MASALAH DARI JAUH

SCAN PENYAKIT/MASALAH DARI JAUH

Image result for SCAN PENYAKIT


Penyakit merupakan suatu keadaan yang abnormal dari tubuh atau fikiran yang menyebabkan ketidak selesaan, kehilangan fungsi atau kesukaran terhadap orang yang dipengaruhinya. Hal ini bererti bahawa orang yang terkena penyakit akan dikenalpasti apabila adanya suatu keadaan yang tidak normal dan gangguan pada tubuh mahupun fikiran seseorang yang menyebabkan rasa yang tidak selesa boleh disebut sebagai satu penyakit.

Kami di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa sedia untuk membantu anda untuk mengenal pasti jenis penyakit, punca, tahap dan situasi penyakit yang anda miliki. Kami juga sedia merawat segala jenis penyakit yang berpunca dari gangguan santau dan sihir mahupun saka. Di samping membantu bagi menyelesaikan masalah penyakit jasmani anda. Kos bagi rawatan bergantung kepada jenis, tahap, punca dan situasi pesakit dan penyakit.

Bagi pesakit yang memerlukan perkhidmatan scan atau mengesan penyakit ini, RM 50.00 akan dikenakan kepada pesakit yang hadir ke Pusat Rawatan kami dan manakala RM 70.00 bagi perkhidmatan scan secara jarak jauh.
.

Untuk keterangan lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi) atau boleh terus berkunjung ke pusat rawatan kami yang beralamat seperti dibawah :

Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa,
Lot 2547/A, Kg. Kubang Pa'Amin,
Kasar, 17000 Pasir Mas,
Kelantan.

KURSUS MENANGKAP MAKHLUK HALUS (JIN)

KURSUS MENANGKAP MAKHLUK HALUS


Kursus ini terbuka kepada mereka yang berminat untuk mendalami teknik rawatan spiritual dengan menggunakan teknologi Al-Quran dan zikir.

Kursus penangkapan makhluk halus ini merupakan satu ilmu yang sangat konflik dan mencabar. Oleh itu, peserta kursus akan ditapis dahulu bagi menentukan sama ada layak atau tidak untuk menduduki kursus ini.

Hal ini kerana penangkapan makhluk halus tidak boleh dibuat dan diajar kepada orang yang sebarangan kerana makhluk jin ini juga mempunyai kehidupan yang hampir sama dengan manusia. Kita hanya dibenarkan untuk menangkap jin yang membuat kacau dan mengganggu kehidupan serta kesejahteraan umat manusia sahaja.

Peserta kursus ini perlu untuk hadir ke Pusat Rawatan kami sekurangnya 2 jam sehari bagi mempelajari ilmu ini secara efektif.

Kursus ini memerlukan mahar sebanyak RM 3,000.00

ANTARA PENGISIAN DAN ILMU LAIN YANG BOLEH DITAMBAH UNTUK DIPELAJARI SEJURUS DENGAN KURSUS INI IALAH :
  • Teknik pemagaran diri dan tempat tinggal
  • Kaedah mandian
  • Kaedah rawatan gangguan jin dan sihir
  • Kaedah rawatan saka
  • Kaedah rawatan santau
  • Kaedah membuang susuk
  • Kaedah membuat air penawar
  • Kaedah rawatan jarak jauh dan beberapa lagi kaedah rawatan yang lain
Bagi yang berminat untuk menambah ilmu serta kaedah-kaedah yang disenaraikan diatas, haruslah beserta mahar sebanyak RM 2,000.00

Kursus ini perlulah dipelajari secara bersemuka dan boleh diadakan bila-bila masa dan akan dipelajari secara berperingkat mengikut keadaan semasa.

Bagi yang berminat bolehlah hubungi kami untuk membuat temujanji terlebih dahulu.


Untuk keterangan lanjut, hubungi 0111-9980010 (Ustaz Nazmi) atau boleh terus datang ke pusat rawatan kami yang beralamat seperti di bawah :

Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa,
Lot 2547/A, Kg. Kubang Pa'Amin,
Kasar, 17000 Pasir Mas,
Kelantan.

CARA UNTUK MENGENAL KAYU / TERAS YANG ADA KHODAM

    CARA UNTUK MENGENAL KAYU / TERAS YANG ADA KHODAM DILARANG COPY PAGE IMAGES INI!!! PROSES KEJADIAN TERAS Cara paling mudah untuk mengenal...

PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA

PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA

PELAN LOKASI KE PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA, KELANTAN

PELAN LOKASI KE PUSAT RAWATAN ISLAM WALINUR SYIFA, KELANTAN

SABDA RASULULLAH S.A.W


Sabda Rasulullah S.A.W :
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:

"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
(Riwayat Muslim dan Ahmad)

SOLAT HAJAT KHUSUS DAN RAWATAN JARAK JAUH




SOLAT HAJAT KHUSUS DAN RAWATAN JARAK JAUH




Solat sunat hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada di dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi memohon pertolongan daripada Allah S.W.T dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimanapun ia hendaklah disertai dengan keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal kepada Allah yang maha pencipta.


Solat hajat khusus pula dilakukan dengan beberapa amalan yang khusus dan perlu mengikut tata cara serta susunan yang betul bagi mendapatkan keberkatan serta keberkesanan yang kuat dari amalan solat hajat khusus ini. Solat hajat khusus dikatakan sangat mustajab untuk mengabulkan segala doa. Siapa pun yang melakukan solat hajat ini maka In Syaa Allah akan dikabulkan oleh Allah S.W.T.


ANDA MEMPUNYAI HAJAT ATAU MASALAH YANG INGIN DISELESAIKAN SEPERTI :


  • Ingin segera melunaskan hutang
  • Hajat untuk segera mendapatkan jodoh
  • Masalah anak lari dari rumah
  • Masalah dengan kawan, pasangan, jiran, rakan sekerja, musuh, lawan dan sebagainya
  • Masalah pada premis perniagaan mahupun syarikat yang dimiliki oleh anda
  • Masalah dalam berumah tangga
  • Masalah penyakit yang tidak kunjung sembuh
  • Hajat untuk mendapat rezeki yang melimpah ruah
  • Atau apa sahaja hajat atau masalah yang ingin anda selesaikan

Kami di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa ada menyediakan pakej Solat Hajat Khusus dan Jarak jauh bagi pesakit-pesakit atau individu yang tidak dapat hadir, memerlukan hajat selama ini segera dimakbulkan. In Syaa Allah akan kami usahakan mengikut kaedah dan tata cara yang betul serta terbukti berkesan buat anda.


Maharnya bernilai di antara RM 1700.00 hingga RM 4500.00 (Mengikut situasi, masa, bentuk, tahap dan jenis hajat atau masalah yang ingin diselesaikan.


1.Maharnya RM 1700 dan RM 2700 berikut adalah berkenaan

  • suami curang dan kayu tiga
  • anak lari dari rumah
  • campur tangan pihak ketiga
  • lunaskan hutang
  • isteri skandal dengan laki lain
  • Pasangan yang tidak setia
  • Campurtangan dari keluarga mentua
  • Dadah
  • Dan lain -lain

2.Dan mahar RM2700 dan RM4000 keatas adalah

  • Santau
  • Sihir
  • Santet
  • Teluh
  • Tenung
  • Saka dari keturunan
  • Ajaran ilmu sesat (black mental)
  • Pelet
  • Dan lain -lain


Untuk keterangan lanjut, hubungi 014 - 217 1141 (Ustaz Nazmi) atau boleh terus datang ke pusat rawatan kami yang beralamat seperti di bawah :


Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa


Lot 2547/A, Kg. Kubang Pa'Amin,

Kasar, 17000 Pasir Mas,

Kelantan.