HISTERIA
Histeria merupakan satu istilah yang sering digunakan oleh masyarakat melayu yang dilihat sebagai penyakit yang berpunca daripada gangguan makhluk halus atau hantu. Dalam perubatan moden barat, histeria dikatakan sebagai penyakit yang berpunca daripada despresi psikologikal. Kedua-duanya berkaitrapat dengan pemahaman dan budaya yang berbeza antara masyarakat melayu dan barat.
PUNCA-PUNCA TERJADINYA HISTERIA :
- Akibat gangguan mental atau emosi tidak dapat dikawal dengan baik
- Akibat disihir, disantau atau tersampuk
- Akibat kurang belaian kasih sayang atau banyak masalah yang dipendam
- Akibat memiliki saka atau warisan jin pendamping keluarga
- Sering lupa dan lalai dengan perintah Allah
- Kurang membaca doa tertentu sebelum melakukan sesuatu seperti membaca Istiazah dan Basmalah
- Melakukan sesuatu perkara yang disukai golongan jin dan syaitan atau bercanggah dengan ajaran Islam
- Akibat kesilapan dan kecuaian manusia itu sendiri
- Akibat perasaan dendam, cinta atau simpati makhluk jin terhadap manusia. sebagai contoh manusia itu sering mandi secara bertelanjang dan menyebabkan jin itu suka kepadanya
TANDA-TANDA GANGGUAN MAKHLUK HALUS BOLEH BACA DISINI :
Kebanyakan orang yang terkena gangguan makhluk halus samada dalam bentuk sihir, santau, lebih-lebih lagi saka akan keberatan untuk melakukan rawatan, keadaan ini terjadi semata-mata kerana tipu daya dan fitnah syaitan. Sebahagiannya pula tidak mempercayainya.
Sukacita disarankan agar anda kuatkan semangat dan keimanan seterusnya melawan keadaan ini daripada membelenggu diri anda. Penyakit sebegini bakal menyusahkan diri sendiri dan menghancurkan kerukunan rumahtangga dan keluarga tercinta.
Dapatkanlah rawatan dengan segera. In Syaa Allah kami sedia membantu anda.
Rawatan Jarak Jauh untuk pesakit yang tidak dapat datang ke klinik kami turut disediakan. Kos rawatan bergantung kepada situasi dan tahap masalah. Untuk keterangan lebih lanjut, boleh hubungi 011-19980010 (Ustaz Nazmi)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.