MASALAH PASANGAN ATAU JODOH
Firman Allah SWT:
" Dan di antara tanda-tanda (kebesaran) - Nya ialah Dia menciptakan pasangan-pasangan untukmu dari jenismu sendiri, agar kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan Dia menjadikan di antaramu rasa kasih dan sayang. Sungguh, pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang berpikir. " (Ar-Rum: 21)
Apabila diperkatakan mengenai soal 'Jodoh', ramai diantara kita masing-masing melihat diri sendiri sama ada sudah mempunyai pasangan ataupun belum. Bagi mereka yang sudah mempunyai pasangan, mereka akan terus menjaga hubungan mereka hingga ke jinjang pelamin. Manakala bagi mereka yang belum mempunyai pasangan, masing-masing diantara mereka akan mempunyai tanggapan mereka tersendiri.
Masalah yang biasa diperkatakan ialah jodoh tidak perlu dicari, ia akan datang dengan sendiri apabila tiba masanya. Terserah sahaja kepada takdir yang menentukan. Penyataan ini sering menjadi pemikiran bagi mereka yang kurang pemahaman dalam persoalan mencari jodoh yang sebenar. Seperti mana yang sudah diketahui, rezeki, ajal, maut dan jodoh semuanya ditangan Tuhan. Tidak ada satu pun yang boleh kita nafikan tentang ketentuan ini. Tapi apabila jodoh sampai lewat, masing-masing mulalah berasa resah dan kelam kabut tak tentu arah fikir yang bukan-bukan.
Jom sama-sama kita semak sebab2 yang membuatkan jodoh kita 'berat'.
- Usaha belum cukup sempurna.
Walaupun kita sudah berusaha, jangan pernah merasakan yang usaha kita lakukan itu sudah capai pada tahap yang maksimum. Mungkin sahaja Allah SWT sengaja ingin menguji kita samada kita dapat mengharungi rintangan yang diberi ataupun sebaliknya. Setelah kita berusaha, kita kena yakin dengan sebenar-benarnya bahawa perancangan Allah SWT adalah yang sebaik-baiknya bagi setiap hamba-Nya. Bila sudah berusaha, jangan lupa untuk berdoa juga. Dengan berdoa, insya-Allah semua masalah dapat diselesaikan. Akhir sekali, kita kena tawakal kepada Allah atas setiap perkara yang kita lakukan agar dipermudahkan segala urusan.
2. Tiada Daya Penarik.
Diri kita diibaratkan seperti magnet. Fungsi magnet adalah untuk menarik kepada sesuatu cas yang berlawanan. Seperti seorang perempuan yang tertarik kepada seorang lelaki ataupun pasangannya. Oleh itu, untuk menjadi penarik yang kuat, kita perlu meningkatkan 'power' magnet supaya dapat memiliki daya penarik yang kuat. Cara untuk meningkatkan 'power' magnet ini ialah dengan mengisi cas-cas positif ialah dengan banyakkan bersabar, tidak mempunyai perasaan hasad dengki dan sentiasa mengamalkan sifat2 mahmudah. Banyakkan beristighfar juga antara salah satu cara yang dapat mencuci segala karat didalam hati.
3. Yang baik selalunya datang lambat.
Sering kali kita dengar kata-kata ini disebut oleh orang tua-tua. Hal ini disebabkan, jika seseorang itu amat mementingkan kesempurnaan, maka ia akan terus mencari. Apa yang paling penting adalah jangan berhenti berdoa kepada Allah SWT. Yang istimewa memang susah dimiliki, jadi jangan cepat mengalah. Kita kena pegang dengan janji Allah SWT , "Setelah susah, pasti ada kesenangan."
Akhir sekali, kita sepatutnya sedar akan diri sebagai hamba Allah SWT yang tidak berupaya untuk menentang takdir yang ditetapkan oleh Ilahi. Perkara seperti kelewatan dalam bertemu jodoh bukan terjadi kepada semua wanita kerana Allah tidak menzalimi makhluk-Nya bahkan tersangat sayang kepada setiap makhluk ciptaan-Nya. Cuma kita sebagai hamba yang hina ini sahaja yang tidak sedar akan hakikat itu yang sebenar.
Jika anda mengalami masalah jodoh lambat, merasakan diri anda kurang daya penarik, usaha yang anda belum menemui jalan penyelesaian bolehlah kunjungi Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa untuk mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan daripada Ustaz Azmi sendiri.
Selain itu, kami di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa merawat semua jenis masalah batin yang anda hadapi seperti santau, sihir, saka, dan histeria. Juga membantu dan menyediakan khidmat kaunseling untuk anda yang menghadapi masalah penyakit kronik seperti barah, jantung, hati, batu karang dan lain-lain lagi.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi : 011-19980010 (Ustaz Nazmi)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.