SOLAT SUNAT TAHAJJUD
"DAN bangunlah pada sebahagian daripada waktu malam serta kerjakanlah solat Tahajud padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji."
-Al-Israk: 79.
Pengertian Tahajjud : Sembahyang sunat apabila terjaga daripada tidur malam walau hanya sekejap. Tahajjud dilakukan selepas daripada solat Isyak sehingga terbit fajar. Sebaik-baiknya dilakukan pada waktu satu pertiga malam (jam 3.00 pagi) hingga ke fajar. Solat sunat tahajjud dilakukan sekurang-kurangnya dua rakaat secara bersendirian. Boleh dilakukan seberapa banyak yang termampu.
Fadhilat Solat Tahajjud :
- Mendapatkan pengawasan Allah SWT dan menampakkan kesan-kesan ketaantan di wajahnya.
- Dikasihi oleh para ahli ibadat dan orang-orang mukmin.
- Meningkatkan keimanan dan ketakwaan seorang hamba.
- Mendapat keberkatan di dunia dan di akhirat.
- Meningkatkan perasaan kehambaan kepada Allah SWT.
- Percakapannya mempunyai hikmah, benar dan bijaksana.
- Wajahnya bersih bersinar dan bercahaya semasa dibangkitkan di padang mahsyar.
- Dimudahkan hisab ke atasnya.
Cara-cara Mengerjakan Solat Tahajjud :
Lafaz Niat :
Maksudnya -
" Sahaja aku solat sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Taala".
Bacaan dalam solat Tahajjud :
Pada rakaat pertama hendaklah membaca surah Al-Fathihah dan surah Al-Kafirun
Pada rakaat kedua hendaklah membaca surah Al-Fathihah dan surah Al-Ikhlas
Selepas salam hendaklah membaca doa ini:
Doa Ringkas :
Maksudnya :
"Wahai Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan hindarkan kami daripada siksaan api neraka".
Doa Solat Sunat Tahajjud :
Maksudnya : “Ya Allah! Bagi-Mu segala puji-pujian. Engkaulah Pencipta langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Bagi-Mulah segala pujian, Engkaulah Penguasa langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya. Dan bagi-Mulah segala puji, Pemancar cahaya langit dan bumi dan alam semesta serta segala isinya.
Bagi-Mulah segala pujian, Engkaulah yang benar (Al-haq), janji-Mu adalah benar, firman-Mu adalah benar, perjumpaan dengan-Mu adalah benar, syurga itu benar dan neraka adalah benar. Nabi-nabi itu benar, Nabi Muhammad SAW adalah benar dan adanya hari Kiamat itu benar.
Ya Allah! Pada-Mulah aku menyerahkan diri, dengan-Mu daku beriman, kepada-Mu aku bertawakal, kepada-Mu aku kembali, dengan-Mu aku menghadapi musuh dan kepada-Mu aku berhukum. Ampunilah dosa kesalahanku yang telah lalu dan yang terkemudian, baik yang aku sembunyikan mahupun yang daku nyatakan, di mana Engkaulah lebih mengetahuinya. Engkaulah yang Maha Mendahului dan Maha Mengakhiri. Tiada Tuhan melainkan Engkau! Tiada padaku daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah.”
Mungkin sukar untuk bangun malam, berikut merupakan tips yang boleh digunakan bagi memudahkan kita bangun daripada tidur :
- Sebelum masuk tidur, berniatlah ingin melakukan Solat Tahajjud.
- Sentiasa menjauhkan diri daripada perbuatan maksiat.
- Bersederhana dalam makan dan minum di waktu siang.
- Membaca doa dan ayat-ayat Al-Quran sebelum tidur.
InshaaAllah, Allah akan permudahkan urusan jika niat seseorang itu ikhlas untuk mencari keredhaan daripada-Nya. Namun begitu kita perlu berusaha dan berikhtiar untuk kebaikan diri kita.
Dengan kesempatan ini Kami Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. Semoga segala amalan kita diterima Allah S.W.T dan diberi rezeki berjumpa dengan Ramadhan tahun seterusnya. Amin Ya Rabbala'lamin.
Jika anda mempunyai masalah lesu dan malas untuk beribadat boleh datang ke pusat rawatan kami di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa untuk mendapatkan khidmat nasihat dan menambah amalan. In sya ALLAH kami sedia membantu. Untuk pengetahuan anda semua, kami juga merawat semua jenis masalah batin yang anda hadapi seperti santau, sihir, saka, dan histeria. Juga membantu dan menyediakan khidmat kaunseling untuk anda yang menghadapi masalah penyakit kronik seperti barah, jantung, hati, batu karang dan lain-lain lagi.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi : 011-9980010 (Ustaz Nazmi)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.