KELEBIHAN PUASA ENAM
ISLAM menganjurkan supaya umatnya untuk melakukan kebaikan dan kebajikan yang berterusan, walaupun sedikit. Bersempena dengan bulan Syawal yang mulia, marilah kita melaksanakan " Puasa Enam" iaitu puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Umat Islam digalakkan untuk berpuasa sunat enam hari di bulan Syawal bagi memperolehi keistimewaan ganjaran pahala seperti berpuasa sepanjang tahun. Puasa enam hari di bulan Syawal juga akan melengkapkan kekurangan dan kecacatan yang terdapat sewaktu melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadan.
Orang yang berpuasa di bulan Ramadan dan diikuti dengan puasa sunat enam hari pada bulan Syawal maka, pahalanya sama seperti berpuasa setahun.
Daripada Abu al-Ansari R.A bahawa sabda Rasulullah S.A.W :
من صام رمضان ثم اتبعه بست من شوال كان كصيام الدهر
" Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka dia seperti puasa sepanjang tahun "
-H.R Muslim, Abu Daud, Tirmidzi, Nasa'i dan Ibnu Majah-
Di dalam hadis ini Rasulullah s.a.w menyatakan bahawa puasa enam hari di bulan syawal akan diganjari pahala seolah-olah berpuasa selama setahun. Para Ulama' menghuraikan rahsia disebalik ganjaran tersebut dengan menyatakan pada setiap amalan kebaikan manusia akan diberi ganjaran sebanyak 10 kali ganda. Puasa 30 hari bulan Ramadan akan diganjari sebanyak 300 hari, manakala puasa enam hari di bulan Syawal pula diganjari dengan 60 hari. Jika dikira jumlahnya ialah 360 hari, ia hampir menyamai jumlah hari di dalam setahun iaitu sebanyak 360 hari. Sesungguhnya Allah Taala Maha Berkuasa untuk memberi ganjaran sebanyak mana yang dikehendakiNya.
Bagaimana melaksanakan Puasa Sunat Enam Syawal
Seseorang yang hendak berpuasa di bulan Syawal adalah lebih afdhal berturutan seperti puasa bulan Ramadan tetapi dibolehkan berpuasa secara berselang hari selama dalam tempoh bulan Syawal itu.
Puasa sunat enam Syawal paling awal dimulakan pada 2 Syawal. Ini kerana 1 Syawal adalah Hari Raya AidilFitri dan kita dilarang untuk berpuasa pada hari tersebut. Abu Hurairah r.a. berkata :
أن رسول الله نهى عن صيام يومين : يوم الأضحى ويوم الفطر
" Rasulullah s.a.w melarang berpuasa pada hari (Aidil) Fitri dan (Aidil) Adha "
Sebagaimana yang sedia maklum, semua amalan sunat adalah sebagai penampung dan penambah kepada mana-mana kekurangan dalam amalan fardhu. Seharusnya kita mengambil peluang ini untuk berpuasa enam hari di bulan Syawal. Selain mendapat pahala puasa setahun, kita juga dapat memperbaiki segala kekurangan dalam ibadat puasa di sepanjang Ramadan.
Untuk masalah lain yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus mahupun penyakit lain. Boleh berkunjung ke Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa di Lot 2547/A Kg.Kubang Pa'Amin 17000 Pasir Mas, Kelantan atau hubungi 0111-9980010 (Ustaz Nazmi).
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.