SUNNAH DAN ADAB AIDILFITRI
Semasa menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan, terdapat umat Islam yang tidak sabar-sabar menunggu kedatangan 1 Syawal. Terdapat pelbagai amalan baik yang boleh dilakukan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri sesuai dengan ajaran Rasulullah S.A.W yang mana baginda telah menunjukkan contoh terbaik meraikan Aidilfitri.
- Mandi dan bersihkan diri (Niat mandi sunat Hari Raya)
- Makan dulu sebelum solat sunat Aidilfitri (afdhal makan tamar dengan bilangan ganjil)
- Pakai pakaian yang terbaik
- Bertakbir
- Pergi awal ke tempat solat bagi makmum
- Disunatkan berjalan dan melalui jalan yang berbeza ketika pergi dan pulang
- Dihidupkan malam Hari Raya dengan solat, membaca Al-Quran, berzikir, berdoa dan istighfar
- Solat sunat mutlak
- Mengucapkan tahniah sempena Hari Raya contohnya "Taqabbalallahu minna wa minkum" yang bermaksud "Semoga Allah menerima amalan kami dan kamu"
Dengan kesempatan ini Kami Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin. Semoga segala amalan kita diterima Allah S.W.T dan diberi rezeki berjumpa dengan Ramadhan tahun seterusnya. Amin Ya Rabbala'lamin.
Jika anda mempunyai masalah lesu dan malas untuk beribadat boleh datang ke pusat rawatan kami di Pusat Rawatan Islam Walinur Syifa untuk mendapatkan khidmat nasihat dan menambah amalan. In sya ALLAH kami sedia membantu. Untuk pengetahuan anda semua, kami juga merawat semua jenis masalah batin yang anda hadapi seperti santau, sihir, saka, dan histeria. Juga membantu dan menyediakan khidmat kaunseling untuk anda yang menghadapi masalah penyakit kronik seperti barah, jantung, hati, batu karang dan lain-lain lagi.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi : 011-19980010 (Ustaz Nazmi)
No comments:
Post a Comment
Note: only a member of this blog may post a comment.